Berkenalan dengan Ikan Timun Tanda & Ikan Merah Maluku
10:59 PGBismillahirrahmanirrahim.
Cerita tentang ikan lagi. Melalui rujukan di Talk About Fish dan Fish and Fishing di Tanjung Leman, dapatlah Amie kenal pasti nama dua jenis ikan dalam gambar di bawah ini.
Gambar atas - Ikan Timun Tanda Gambar bawah - Ikan Merah Maluku |
Ikan Timun Tanda |
Walaupun Ikan Timun Tanda ini nampak sama tetapi apabila diperhatikan betul-betul ada berpezaannya. Sekali pandang rupanya sama tetapi dua kali pandang bentuknya berbeza. Mereka dari satu keluarga tetapi mungkin lain-lain pangkat. Barangkali ikan di sebelah atas itu jenis ikan jantan dan yang satu lagi ikan betina. Wallahu'alam. Ikan sebelah bawah dalam gambar ini agak bulat berbanding ikan yang satu lagi.
Apabila digoreng, sama saja bentuknya! |
Ikan Merah Maluku |
Sebagaimana Ikan Timun Tanda, Ikan Merah Maluku juga begitu. Ada beza di antara kedua-duanya iaitu dari segi bentuk dan warna. Allahu Akbar! Hanya jauhari yang mengenal manikam. Begitulah kebesaran Allah. Diciptakannya manusia dalam bentuk yang sama tetapi tidak serupa! Begitu juga dengan makhluk ciptaan-Nya yang lain.
Ikan Merah Maluku yang sudah digoreng! |
8 comments
hampir serupa bentuknya, warna pun nak sama.
BalasPadamlepas dah goreng lagilah tak reti nak bezakan..
Tak.. masalahnya, kenapa ikan merah maluku tu dua² mulut ternganga? Memang tak reti tutup mulut ke? Sy agak diorang tengah berborak sebelum kena tangkap tu, Kak Amie. Hahahaha.
BalasPadamcili 2 ketul tu buat ulam ke kak amie...hehehe..ikan atas sekali tu kat Seremban SA tgok tag hari tu namanya Ikan Tetanda..agaknya sebab ada tanda kat badan dia tu kan...
BalasPadamrare nama ikan timun
BalasPadambeza antara yang jantan dan betina kot... tang lain-lain pangkat tu hahahaha tergelak ammi baca
BalasPadamGemuk-gemuk ikan. Goreng garing, sedap!
BalasPadamNampak betul fresh ikannya kak... kalau sekali imbas memang nampak sama...
BalasPadamBanyak betul spesis ikan laut..Saya hanya kenal beberapa jenis sahaja..
BalasPadamTapi keenakan tuna sabah & ikan layaran sukar dilupa