Benih Disemai Hasil Dituai
11:48 PGBismillahirrahmanirrahim.
Kalau jalan-jalan sudah tentu hendak beri makan HP selalu. Ada sahaja benda yang hendak dirakam. Kali ini Amie paparkan hasil tangkapan sewaktu kunjung ziarah di rumah adik ipar di kampung. Sempat petik rambutan di halaman rumah walaupun belum berapa ranum.
Buah Rambutan |
Buah rambutan atas pokok, belum masak. |
Buah Kedondong |
Sedap sangat kalau buah kedondong dibuat jus. Bubuh asam boi dan kiub ais. Slurrrppp.... slurrrpppp! Bergelas-gelas melintasi tekak.
Buah Jambu Batu |
Teringat zaman kanak-kanak dahulu, tak bolehlah nampak buah jambu atas pokok. Mesti hendak petik walaupun masih muda. Kalau ada jambu batu yang masak atas pokok, itu dikira satu keajaiban!
Buah Mahkota Dewa |
Putik Mahkota Dewa |
Bunga Mahkota Dewa |
Pokok Misai Kucing |
Pokok Bunga Raya |
Setelah ambil gambar buah dan pokok bunga di kampung, teringat pula di halaman rumah sendiri pun ada juga pokok bunga, terutamanya pokok bunga telang di sudut Taman Firdaus.
Pokok bunga telang yang melilit di batang pokok epal bidara. |
Pokok Ketumbar Jawa |
Jom tengok pokok ketumbar jawa yang Encik Suami tanam dalam pasu. Nampaknya pokok ketumbar jawa sedang mengeluarkan bunga! Biji benih dari bunga ketumbar jawa ini apabila sudah tua bolehlah disemai.
Bunga ketumbar jawa. |
15 comments
Inilah untungnya bila berbudi kepada tanah. Betullah, dulu² susah nak dapat buah jambu dah masak di pokok. Muda² digigit, maklumlah, gigi masih kuat, hihi.
BalasPadambagus amalkan minum air rendaman daun telang waktu pagi..
BalasPadamWahhhh banyaknya pokok. Buah Mahkota Dewa tu first time saya tengok. Ohhh ada rambutan....saya suka buahnya.
BalasPadamDari hari tu SA nak tanya, pokok ketumbar jawa tu buat masak apa biasanya kak....wah buah rambutan...tengah musim ke kak?
BalasPadamSaya ada tanam pokok ketumbar jawa tu...tapi mati selepas beberapa minggu...x tahu la kenapa...
BalasPadamSedapnya rambutan kalau ada pokok sendiri. Petik terus makan je.
BalasPadamBanyak tumbuhan berkhasiat boleh dibuat teh, pokok misai kucing dan bunga telang. Alhamdulillah, seronoknya tengok.
BalasPadam1st time dgr buah mahkota dewa
BalasPadamOoh gitu rupa buah mahkota dewa. Selalu dengar produk hasil buah ni, tapi belum pernah tengok sendiri rupa buahnya. Boleh dimakan gitu je ke kak?
BalasPadamRambutan ini yg sampai skr saya blm bisa makan 😅😅. Memang tak suka lah.
BalasPadamNaah kalau kedondong memang sedap dibuat jus pakai asam boi ya kak 😍😍😍👍. Kalau dimakan begitu saja saya tak suka.
Hadui..punyalah cantik ni, rasa rindu terus nak buat entry hal tumbuhan..hehehe bagus bagus..rajin pasti ada hasilnya kan..
BalasPadamCantik2 gambarnya
BalasPadamAlhamdulillah...meriah hasilnya ..
BalasPadamApa khabar pohon apple bidara & bunga akar dani? 😍
Pernah nampak juga pokok Mahkota Dewa... tak ingat apa khasiatnya.
BalasPadamPokok ketumbar jawa saya rasa tak dapat diselamatkan... petik sehelai je tak ingat masak apa. Selalu lupa kewujudannya.. tu yang dia merajuk agaknya.
Pokok mahkota dewa ni ada dengar khasiatnya tapi tak sure bahagian mana. Ketumbar jawa kami dah tak dapat diselamatkan.
BalasPadam