Bapa Ayam Penyet, Anak Ayam Geprek
7:59 PGBismillahirrahmanirrahim.
Minggu ini Firdaus menduduki UASA - Ujian Akhir Sesi Akademik 2025. oleh kerana Firdaus tidak hadir ke sekolah agama, jadi kami bawa dia makan tengah hari. Dua hari lepas Firdaus makan di Perdana Square. Katanya, hendak makan Nasi Ayam Geprek. Sebelum ini sudah bawa dia makan di Geprek Kitchen dan Restoran Ratu Geprek. Katanya, nanti hendak minta sambal lebih.
Kami memesan:
- Set Nasi Ayam Geprek
- Set Nasi Ayam Penyet
- Bihun Sup
- Wantan Goreng
- Teh O Ais
- Chinese Tea
| Hidangan Tengah Hari | 
| Teh O Ais | 
| Encik Suami - Set Nasi Ayam Penyet | 
| Ayam Penyet | 
| Selain ayam goreng, hidangan ini dilengkapi dengan sambal, semangkuk kecil sup kosong, tempe dan terung goreng serta hirisan timun. | 
Oleh kerana Firdaus tidak cukup dengan sambal yang dihidangkan, jadi kami minta tambah. Untuk sambal tambahan kena bayar RM2.00.
Ketika hidangan di bawa ke meja, sambal tambahan terletak di dalam pinggan Nasi Ayam Penyet Encik Suami. Tiba-tiba Firdaus tarik muka masam! Eh, kenapa ni? Katanya, sambal itu dia punyaa, kenapa letak di pinggan Baba?
Oohhh.... budak ini! Ingatkan kenapa nampak muka marah-marah.
| Firdaus - Set Nasi Ayam Geprek | 
Sukalah dia dapat dua bekas sambal. Ayamnya pula besar dan panas, baru digoreng. 
Seperti kebiasaannya, Firdaus suka makan dengan tangan. habis licin Nasi Ayam Geprek termasuk terung dan tempe goreng, timun dan sambalnya.
| Bihun Sup & Beef | 
Bihun Sup yang Amie pesan mengandungi banyak aksesori termasuk hirisan daging, bebola ikan, bebola udang, isi siput kahanga dan isi udang segar.
| Isi siput kahanga di sebelah bebola udang. | 
| Isi udang bemban yang manis dan kenyal! | 
| Wantan Inti Udang Segar | 
Wantan goreng ini merupakan sejenis dumpling Asia yang berisi udang segar yang dicincang halus dan dibungkus dengan kulit wantan. Menyedari diri sendiri hantu wantan, Amie memesan dua set sebab memang pasti Firdaus sukakannya.
Setiap gigitan menampilkan rasa manis dan lembut udang segar yang dibalut kulit wantan nipis dan lembut. Wantan goreng ini sesuai sebagai pembuka selera tetapi kami makan berselang-seli dengan hidangan utama masing-masing. 
Seperti yang dijangkakan, Firdaus makan wantan dengan bersungguh-sungguh. Amie pun makan sama. Terakhir, tinggal seketul. Firdaus tanya Encik Suami, mahukah makan wantan? Encik Suami kata : Makanlah.
Tak tahu berapa keping wantan masuk ke perutnya!
| Setiap bekas mengandungi tujuh keping wantan goreng. | 
 
7 comments
Kadang2 rasa kagum dgn budak-budak - badan kecik tapi boleh sumbat macam2 makanan 😅 kita ni makan nasi separuh pinggan dah kenyang hehe. Anak sulung saya pun macam tu, makan sampai 2 pinggan nasi tapi maintain kecik je badannya ikut genetik bapaknya
BalasPadamMinggu ni memang bz dgn UASA je kan kak
BalasPadamsuka tengok selera firdaus makan,penat balik sekolah agaknya...di kuantan ni pun makin banyak restoran ayam penyet ayam geprek ,tapi kami belum pernah cuba 1 pun
BalasPadamperghhh portion ayam tuuuuu boleh mkn 2 org! terbaiklah👍👍👍
BalasPadamAwal UASA di sekolah Firdaus. Sekolah anak bongsu ammi minggu depan baru mula. Yang di asrama (Form 3) hari Isnin lepas dah mula
BalasPadamTajuk tak menahan sungguh
BalasPadamsedapnya
BalasPadam