Apa Lagi Kurangnya Aku di Mata Mereka?
7:58 PGAlhamdulillah, kelmarin sampailah buku setebal 272 muka surat dengan harga RM38.00 dan kos penghantaran RM13.90. Pertama kali menatap Apa Lagi Kurangnya Aku di Mata Mereka, teruja membaca petikan di bawah tajuk iaitu : Untuk mereka yang terperangkap dalam kitaran toksik - sebagai anak, pasangan atau ibu bapa.
Pernah rasa tidak cukup, walaupun sudah memberikan segalanya? Bila rumah sendiri, dan hubungan dengan ibu bapa, menjadi tempat yang paling menyakitkan?
Buku ini ditulis untuk mereka yang pernah mempersoalkan diri - Apa lagi kurangnya aku? kerana sering dipersalahkan, dikawal, atau dilukai oleh insan yang sepatutnya menjadi pelindung.
Dr. Luqman Mahmud mengajak pembaca menyelami corak hubungan toksik dan narsisistik antara anak dan ibu bapa - sikap yang sering berselindung di sebalik kasih sayang dan tanggungjawab, namun dalam diam menghakis keyakinan dan harga diri.
- Kesan ibu bapa narsisistik kepada anak-anak.
- Mengenal pasti ibu bapa narsisistik.
- Perasaan anak yang mempunyai ibu bapa narsistik.
- Empat jenis ibu bapa narsisistik.
- Tindak balas anak kepada ibu bapa narsisistik.
- Menjadi anak yang memendam rasa dalam keluarga narsisistik.
- Bangkit dari kelukaan yang panjang.
- Sembuh dari cengkaman ibu bapa narsisistik.
- Jadilah diri sendiri.
- Putuskan rantaian narsisistik, jadilah ibu bapa yang matang pada masa hadapan.
11 comments
tahun lepas baucer buku anak saya telah ditebus oleh orang lain. sakit betul hati.
BalasPadamYa Allah kak, macam sesuai je buku ni untuk bacaan ammi. Pernah juga nampak video di TT ciri-ciri ibu narsistik dan ammi macam "ehhhh apsal macam aku ni". Apakah tanpa saya sedari saya sebenarnya ibu yang narsis?
BalasPadamTajuknya menarik dan menyentuh hati, Kak Amie.
BalasPadamLife is harsh. People will be cruel. Systems are messy. Tengok jelah isu semasa sekarang ni. Sometimes, the revolution isn’t against the system — it’s within it. Sometimes, raising emotionally intelligent children in a toxic world is the greatest form of activism, kan?
BalasPadambagus isi2 pada buku ni. kalau hidup dgn org narsistik, mmng memeningkan kepala
BalasPadamKesiannya persekitaran anak tu. Bila persekitaran macam tu sedikit sebanyak dia pun akan mengikut juga perangai kedua ibu bapanya kelak.
BalasPadamAkak...buku ni sesuai dengan SA...sebab SA sering dipersalahkan, dikawal, atau dilukai oleh insan yang dekat dengan SA...(bukan suami)...teringin nak baca buku ni
BalasPadamSaya pernah menikah dengan lelaki NPD. Syukurlah kami dah pisah, lalu diberi ganti jodoh yg jauuuh lebih baik.
BalasPadamTapi kalau orangtua NPD , tak habis pikir juga. Mungkin sebaiknya mereka ini memang tak usah menjadi orangtua, dan memilih childfree. Kasihan anaknya yg menjadi korban
Guna eBoucer buku, menarik tajuknya, serba sedikit telah di buat ringkasan..hebat tahniah..
BalasPadamWahhh... guru pun dapat baucer.
BalasPadamBagus lah buku ni Kak Amie, rasa nak cari jugak.
BalasPadam