Ajar Firdaus Makan Nasi Pulao dengan Chapli Kebab
7:09 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Hari ini kita lewat sedikit keluar dari ladang sebab ada mesyuarat. Encik Suami dan Firdaus sudah menunggu di kereta. Firdaus tidak ke sekolah agama. Amie dan Encik Suami pun tidak galakkan ke sekolah kerana sudah ada murid sekelasnya yang dijangkiti influenza, tak pasti A atau B. Allahu Akbar! Teringat pula peristiwa jangkitan Covid-19 2020!
Mudah-mudahan kes influenza ini akan segera berakhir.
Untuk memujuk perut yang lapar, kami singgah makan di Kedai Makan Pakistan sahaja. Firdaus jarang ikut kami makan di sini. Kali ini Amie nak ajar Firdaus makan chapli kebab. Kalau dia boleh makan, maknanya adalah peluang untuk ikut melancong.... ahaks! Bukan apa, kalau ke luar negara yang beza budayanya, tentu makanannya pun tak sama. Firdaus kenalah kental semangatnya kalau jumpa makanan yang tak sama atau memenuhi seleranya. Kenalah jadi macam Mommynya, tolak batu dan kayu asalkan halal...hiks!
Firdaus makan Nasi Pulao & Chapli Kebab. |
Encik Suami :Roti Paratha |
Menu wajib Encik Suami - Roti Paratha.
Beef Roast (Roasht) |
Beef Roasht ini sedap dimakan bersama roti nan, roti paratha dan nasi pulao. |
Chana Masala |
Amie : Roti Canai |
Roti canainya lembut! |
Firdaus : Nasi Pulao |
Nasi Pulao ini sebenarnya sudah ada daging di dalamnya, tetapi Amie mahu Firdaus merasa chapli kebab. Amie memesan dua keping chapli kebab. Satu untuk Firdaus dan satu untuk diri sendiri. Kita kan hantu chapli kebab... ahaks! Kalau pesan sekeping, nanti terliur pula tengok Firdaus makan.
Chapli Kebab |
Nasi Pulao & Chapli Kebab |
Alhamdulillah. Habis licin Firdaus makan Nasi Pulau dengan Chapli Kebab. Katanya, nasi dan chapli kebab sedap. Baguslah. Firdaus boleh terima makanan Pakistan. Ada rezeki nanti bolehlah jadi teman Mommy travel.
7 comments
Banyak kes sekarang ni. Cepat je tersebar. Cie dah kena tahun lepas. Seksa sangat.
BalasPadamHuntungla daus
BalasPadamnak makan apa pun dapat
Alhamdulillah, syukur makanan lazat untuk anak tersayang ..
BalasPadamchapli kebab tu nampak sedap, roti canai pun nampak gebu, nasi pun menarik... aishh.. bikin ngences la entry ni.. hahaha. betul tu, kalau nak melancong kena bersedia mental fizikal. Makanan tempat orang belum tentu kena dengan tekak kita
BalasPadamtengok ni pun dah terliur.. firdaus ni bagus, semua jenis makanan dia makan tau!
BalasPadamSA yang tgok , baca entry ni pun terliur...mesti sedap betul ni...
BalasPadamChapli kebab tu saya makan juga dengan roti nan pun sedap.
BalasPadam