Meratah Chapli Kebab di Kala Hujan Gerimis
7:30 PTGKeluar dari ladang, kami singgah cari makan di restoran paling hampir dan tak lain tak bukan sudah tentunya Restoran Pakistan Nasim Khan. Seperti biasa, Encik Suami tidak ubah selera dan mesti memesan roti paratha dengan Teh Pakistani.
Masuk saja ke restoran (kami masuk dari pintu belakang kerana Encik Suami letak kereta di belakang restoran), terbau aroma masakan yang semerbak! Itu aroma Chapli Kebab! Maka, tanpa berfikir dua kali, kita pun terus memasannya.
- Shish Kebab - Turkiye
- Doner Kebab - Jerman
- Gyro - Yunani
- Koobideh - Iran
- Seekh Kebab - India & Pakistan
- Adana Kebab - Turkiye
- Chapli Kebab - Pakistan
- Shami Kebab - India dan Pakistan
- Kofta Kebab - pelbagai negara Timur Tengah
- Pinchos Morunos - Sepanyol
Chapli Kebab - Gilgit, Pakistan. |
Teh Pakistani |
Roti Paratha |
- Roti Paratha
- Teh Pakistani
- Chapli Kebab
- Rajma Curry - Kacang Merah
- Beef Keema
- Siri - Paaye (Kari Perut)
Bismillah |
Chapli Kebab |
Chapli Kebab |
Chapli Kebab ini rasanya sedikit pedas dari lada hitam dan berempah. Rangup diluar, juicy di dalam serta kenyal dan lembut. Ketika dikunyah, barulah dapat nikmati masam-masam segar daripada tomato. Ada sebiji limau kasturi, mungkin ikut citarasa tempatan, jika inginkan rasa masa, bolehlah perah atas chapli kebab.
Kalau di Pakistan, Amie nampak chapli kebab dibubuh cili padi sebiji-sebiji. Mereka makan dengan roti nan, ditambah chutney hijau dan bawang hiris!
Mi Goreng |
Karipap & Kuih Keria |
Mangga Manila |
25 comments
terliur tgk kari perut tu...1st time tgk Chapli Kebab
BalasPadamDi kedai makan Pakistan saja kami jumpa chapli kebab.
PadamUish! Macam tu warna teh pakistan dia? Macam Melo
BalasPadamKali ini macam terlebih pekat pula warna Teh Pakistani tu.
PadamTerrornya Kak Amie boleh tahu bau kebab tu. Roti paratha dia tak macam roti paratha yg sy kenal.
BalasPadamYa, memang tak sama. Tapi itulah roti paratha Pakistan. Kedai makan ini hanya tawarkan dua jenis saja, roti nan dan roti paratha.
PadamSalam singah, ada macam2 kan jenis makanan ni..makanan ni belum pernag makan..roti parta biasa ada makan..selamat menjamu selera ..Alhmdulillah nikmat makanan..
BalasPadamJarang saya jumpa kedai makan Pakistan. Di LD hanya satu saja, yang lain kedai makan mamak.
PadamHebat pengetahuan Kak Amie tentang pelbagai nama/jenis kebab. Sy tahu kebab ayam @ daging ja ahaha...
BalasPadamComel pulak dipanggil adik donut haha... tp sy lagi suka keria, sbb rasa keledek tu sedap, manis2
Kan. Saya suka keria keledek dari dulu. Sekarang jarang orang jual.
PadamTu namanya Chapli kebab...selalu nampak dkt IG diorg masak dlm kuali besar...
BalasPadamYa, chapli kebab.
Padambila baca rasa pedas berempah tu dah boleh agak dah macam mana, kebab depa ni daging sahaja ye Amie, tanpa pita dan sayuran macam kat sini :)
BalasPadamNama kebab tu memang daging saja, tapi boleh makan dengan roti atau nasi.
Padamfirst time tengok chapli kebab ni.. boleh terbayang bau sedap mcm mana.. ^^
BalasPadamKalau tak masukn kedai makan Pakistan, saya pun tak tahu ada kebab rupa begini.
PadamGeram lak nengok kebab akak tu, dah macam daging berger ye kak.... pastu kan mmg banyak buah betul mangga manila tu ye kak, tiap hari ngutip hasil aje
BalasPadamChapli kebab tu memang ada rupa burger sebab leper. Betul Daba, tiap hari kutip hasil.
PadamKari perut juga menawan hati
BalasPadamFirst time makan kari perut masakan Pakistan.
PadamChapli kebab, sedapnya tengok walaupun belum pernah makan.
BalasPadamMelihat bentuknya, saya yakin bisa menyukai makanan2 Pakistan ini 😍😍😍. Apalagi kebab, yg related dengan daging. Biasanya selalu enak. Sayang resto Pakistan jarang saya jumpai di jakarta.
BalasPadamLainkali nak try lah chapli kebab.. nampak cam sedap je.
BalasPadamSaya pun suka Teh Pakistani kalau masuk resto pakistan.
SA memang x arif dengan makanan atau menu2 pakistan..kebab pun SA x pasti asal dari mana...
BalasPadamHujan-hujan ni cepat lapar. Perut pun kerap meminta-minta. Chapli ni saya tak pernah makan. Nampak sedap tu kalau diratah. Boleh kenyang juga. Makan dengan roti paratha lagilah bertambah kenyang. Elok juga pesan satu je. Berterusan mangga manila jatuh ke tanah rumah kak Amie. Alhamdulillah...
BalasPadam