Hari Ini Firdaus Sibuk Betul!
8:36 PTGSelesai buat kaca mata baharu, Firdaus kembali ke sekolah. Petang tadi Firdaus tidak ke sekolah agama kerana mengikuti penggambaran mini documentary. Bagaimanapun, pukul 7:00 - 9:00 malam, Firdaus mengikuti kelam tambahan di sekolah agamanya.
Penggambaran Mini Documentary (Pertandingan Membuat Filem Dokumentari dalam Bahasa Inggeris) kali ini berkisar tentang makanan tradisional. Firdaus terpilih untuk menyertainya seperti tahun-tahun sebelumnya. Para peserta dikehendaki menulis tentang keunikan makanan tradisi masing-masing. Mereka juga dikehendaki memakai pakaian tradisi sesuai dengan budaya kaum mereka.
- Skrip keunikan kuih pudin, kuih tradisional masyarakat Cocos.
- Kuih pudin.
- Pakaian tradisonal Melayu Cocos.
Firdaus memakai baju baskad lengkap, bersedia untuk menjalani penggambaran mini documentary. |
Inilah kuih Pudin Cocos yang dikukus selama 12 jam itu. |
25 comments
kuih tu nampak macam kek buah, tak sangka lama betul kena kukus sampai 12 jam :o
BalasPadamsaya pernah tengok kat youtube tentang perkahwinan orang cocos. kedua-dua mempelai pakai baju warna biru
Ya, pakai baju warna biru. Saya dilu pun bersanding pakai baju warna biru.
PadamPertama kali saya baca tentang kuih pudin Cocos. Bagusnya ada program macam ini di sekolah. Boleh kenal makanan dan pakaian tradisi sesuatu kaum.
BalasPadamAlhamdulillah. Ada usaha di peringkat sekolah untuk ketengahkan budaya satu-satu etnik.
PadamPudin Cocos kukus 12 jam.... Mesti sedap ni. Segak nampak Firdaus pakai baju baskad. Seronok baca info tentang tradisi masyarakat Cocos ni. Thanks for sharing Kak Amie.
BalasPadamYa, 12 jam. Dulu guna dapur kayu, pakai kayu api.
PadamSteady Firdaus.. Petah bercakap.
BalasPadamBersemangat dia kan
PadamAchik membaca pun penat, sibuk benar Firdaus...
BalasPadamKan. Kita yang penat tengok dia sibuk.
Padamhebatnya Firdaus,kagum tengok firdaus bercakap..mesti markah penuh pajsk firdaus ni
BalasPadamAlhamdulillah. Rajin dia buat latihan.
PadamSibuk betul Firdaus...tahniah Amie dan suami..
BalasPadamTerima kasih Linda. Anak sibuk, emak ayah penat ye.
PadamWahhhh.. patutlah Firdaus sering dipilih mewakili dalam pelbagai pertandingan, petah sungguh dia bercakap, siap dengan gaya² nya sekali. Syabas, Daus. Ni mesti mewarisi dari mommy.
BalasPadamNak jawab komen SK dlm entri lama tu... Daus pakai songkok dan tak pakai tanjak. Tanjak tu khas dipakai untuk pengantin, dipanggil setangan tanduk. Baju baskad dipakai oleh penari (Firdaus pakai baju baskad) dan gandingannya memang songkok. Ada beza pakaian pengantin dengan pakaian penari. Terima kasih SK bertanya. Soalan KBAT tu.
PadamSatu lagi SK tanya tentang kukus pudin 12 jam tu mungkin boleh guna elektrik. Kak Amie tengok 12 jam kukus pudin tidaklah dengan kayu api marak sepanjang waktu. Ada masanya kalau tinggal bara, ditambah lagi dengan kayu api. Dan sekarang, menurut Encik Suami mereka kukus guna dapur gas. Katanya, habis satu tong gas maka masak sempurnalah pudinnya tu. Itu sebab pudin jarang ada dan biasanya hanya ditemui pada hari raya sahaja. Proses memasaknya perlukan kesabaran yang tinggi.
Bagus Firdaus..sanagt talented...first time jugak aunty SA dengar tentang puding Cocos ni...nampak macam cake buah...mesti sedap kan..
BalasPadamYe. Macam kek buah tapi masih buat cara tradisi.
PadamTahniah Firdaus 👏👏👏 nampak sedap kuihnya
BalasPadamTerima kasih auntie Mieja.
PadamComel betul Daus dengan baju tradisi tu kak.... petah betul dia bercakap mesti menurun dari emaknya yang seorang cikgu tu kan... ke ayahnya? Dokumentari tu nnti akan dipertandingkan lah kan kak? MOga menang ya
BalasPadamFirdaus tu memang bantak mukut dari kecik hihihii. Ya, mini documentary ini untuk dipertandingkan.
PadamTerbaik Firdaus! First time dengar nama Pudin Cocos.. rasa dia macammana ye kuih tu? ada macam kek buah ke?
BalasPadamAda rasa kek buah tapiblebih padat dan kenyal.
PadamWah hebat Firdaus ini...terlihat sangat serius sekali dalam rekaman video nya, berbicara dengan lancar dan keren sekali memakan pakaian tradisional.
BalasPadamSalam,