Bihun Sup Ikan Batu Goreng
2:28 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Sudah makan tengah hari? Kami makan bihun sup untuk alas perut selepas balik dari ladang. Kami sudah tidak kisah tentang makanan apa yang hendak dimakan, asalkan mengenyangkan sudah memadai. Selepas hantar Firdaus ke sekolah agama, kami singgah makan di Bandar Tabanak.
Amie hendak makan Bihun Sup dengan Ikan Batu Goreng sementara Encik Suami berminat memesan Bihun Goreng dengan Ikan Kerapu Goreng. Kedua-dua isi ikan disalut tepung dan digoreng rangup, dihidang panas.
Amie : Bihun Sup Ikan Batu Goreng |
Bihun Sup dan Ikan Batu Goreng didatangkan secara berasingan. Sewaktu hendak makan, ambil ikan goreng dan makan bersama bihun sup.
Bihun Sup |
Ikan Batu Goreng |
Ikan Batu Goreng sudah dimasukkan ke dalam mangkuk Bihun Sup. |
Bismillah. |
Encik Suami : Bihun Goreng dengan Ikan Kerapu Goreng. |
Set Bihun Goreng datang bersama semangkuk sup kosong. |
Bihun Goreng dengan Ikan Kerapu Goreng. |
Minuman : Chinese Tea Panas |
Sudah hirup sup, minumannya pun panas! Berpeluh-peluhlah kami di kedai makan. Selesai makan cepat-cepat masuk kereta, cari sejuk-sejuk air-cond! Ahh.... nyaman bah!
24 comments
First time SA tengok menu macam ni Kak Amie...nampak sedap..mesti ikan tu garing...
BalasPadamSelalu kami makan menu begini di kantin, tapi setelah bertukar pengusahanya terpaksalah cari makan di kedai pula.
PadamDekat Sabah banyak sangat ikan fillet macam ni...mudah nak makan...dulu ddk sabah suka ikan fillet goreng masak berlada...hari2 makan pun ok...
BalasPadamBetul tu, banyak pilihan ikan. Banyak bekalan protein.
PadamSedapnya kak amie...terus terasa nak tiru menu akak. Kak kalau tak keberatan, akak buatlah entry dekat ladang,teringin nak tengok mesti best akak monitor ladang
BalasPadamTerima kasih Mieja.
PadamBiasa-biasa saja kerja ladang ni, tiap-tiap pagi bersiap-sedia untuk keluar menoreh.
Bihun goreng tu, nampak macam suhun goreng. Satu kelainan, makan bihun sup atau bihun goreng bersama ikan goreng. Lagi-lagi ikan celup tepung.
BalasPadamIstimewanya gunakan isi ikan segar digoreng rangup. Kiranya pengganti fishcake atau fishball.
PadamOh ikan goreng makan dengan beehoon sup. oh sedap juga kan.
BalasPadamYa, isi ikan salut tepung digoreng rangup.
PadamSpecial betul bihun sup dekat tempat akak, lain dari yg lain bila ada ikan goreng atas tu. Mesti sedap hirup sup panas-panas.
BalasPadamSupnya memang sedap Dana. Tak banyak bahan atau rempah, tetap menggoda selera.
Padamganding ikan batu goreng n bihun sup sedap tu
BalasPadamBetul Kak PI.
PadamMenarik sungguh bihun sup ni. Terpancing selera saya, kak.
BalasPadamJemput ye Farrah.
PadamIkan Batu tu ikan ape kak? Kalau stonefish Tu bukan ke beracun?
BalasPadamKeluarga ikan batu ni banyak jenis. Bukan stonefish.... matilah pelanggan kalau dihidangkan ikan beracun hihihiii!
PadamKita kecur tengok ikan batu tu, nampak crispy betul. Rasanya, nama jer ikan batu tapi isinya lembut, betul tak, Kak Amie?
BalasPadamBetul, nama batu tapi isinya putih bersih, lembut sangat. Kena orang pandai mengolahnya.
PadamDari penglihatan kasar nampak garing... Sedap Krup krap krup krap
BalasPadamBetul, memang garing isi ikan goreng tu.
PadamOh sedap ye makan dengan ikan. Tak pernah lagi makan macam ni. Ikan batu tu pun tak kenal.
BalasPadamDi Sabah ni banyak sangat hasil lautnya. Saya pun tak khatam lagi nama-nama ikan di sini.
Padam