Minggu Lepas Masak Sup Ayam, Minggu Ini Ayam Masak Kuning di Ladang

8:06 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Cerita 19 Julai 2025, hari Sabtu. 
Kami turun ke ladang. Ada program untuk Panitia Bahasa Melayu dan Panitia Matematik untuk calon SPM 2025. Sebahagian AJK bertugas sebagai fasilitator, sebahagian lagi di bahagian penyediaan minum pagi, dan minum petang. Kami adalah sebahagian AJK Masakan yang dibahagikan pula kepada dua bahagian iaitu bahagian masak nasi dan bahagian masak lauk.

Seperti biasa AJK Penyedia Bahan Masakan sudah menjalankan tugas membeli barang keperluan untuk memasak pada hari Jumaat. Pagi Sabtu, mereka akan mengambil tempahan ayam segar. Biasanya sebelum pukul lapan pagi, ayam sudah sampai ke ladang. Kali ini pukul 9:20 pagi baru sampai! Tidak tahu berapa kilogram tetapi untuk lebih 200 orang termasuk calon SPM dan semua AJK. Tentulah ambil masa untuk membersihkannya!

Jusna, sebelah lanan Amie sebagai ketua masak.


Dulu, setiap kali masak-masak di ladang Amie tidak pernah kongsikan ruang masak kami. Inilah (gambar di atas) tempat kami memasak. Kami tidak mempunyai tempat masak sempurna. Kedudukannya bersebelahan dengan kelas di bahagian kiri, surau kecil di bahagian kanan, tempat laluan murid ke tandas dan di sebelah pagar sana adalah gereja. 

Ada dua tong gas dan tiga periuk besar. Periuk itu digunakan oleh AJK Minum Pagi untuk memasak air, bancuh minuman panas. Periuk-periuk ini juga kami gunakan untuk memasak lauk.

Kali ini kami masak sup ayam, jadi gunakan periuk dan bukan kuali besar @ kawah seperti selalunya. Di belakang kami ada meja, tempat kami potong-potong bawang dan sayur. Kami cuci daging ayam di dalam sinki panjang di tepi pagar.

Di mana pula AJK Masak Nasi? Mereka masak nasi gunakan rice cooker di dalam kelas.

Hirisan Bawang Merah

Hirisan Bawang Putih


Serai

Halia

Sayur Kobis


Ketika membersihkan ayam, Nano kumpulkan tongkeng ayam untuk digoreng.


AJK Masakan mendapat idea untuk mempermudahkan kerja masak-masak. Biasanya kami masak satu lauk dan satu sayur. Kerja tersebut agak memakan masa kerana selepas masak lauk, terpaksa cuci kuali dan masak sayur pula. Jadinya kami ambil keputusan masak sup ayam dengan memasukkan semua sayur! Masukkan sahaja kentang, lobak dan kobis.


Setelah kuah sup mula mendidih, kami masukkan lobak dan kentang.



Sebahagian bawang merah dan bawang putih digoreng.


Sementara menunggu sup masak di periuk, kami sediakan kicap lada. Bahagn-bahan untuk kicap laga dikisar di dalam kelas.

Bawang Putih


Limau Kasturi

Kicap lada sudah siap.


Sup ayam sudah masak.

Sup Ayam sedia untuk dihidangkan. Lengkap dengan bawang goreng dan daun sup.

Alhamdulillah, kami berjaya menyiapkan masakan sebelum pukul 1:00 tengah hari. Kesemuanya tiga periuk.

Sup Ayam & Sayur

Penat lelah kami berbayar apabila calon-calon SPM memuji masakan kami, dan ada yang menambah sehingga tiga kali. Bahagian agihan makanan tidak mencatu lauk, sebaliknya akan diberikan sekiranya masih ada. Bukan sahaja sup ayam sedap, kicap lada pun sedap!


Tongkeng ayam goreng untuk kami pada hari itu. Terima kasih Nano, bersihkan dan goreng!


Pada hari Sabtu, 26 Julai 2025 Panitia Sejarah pula mengadakan program untuk mata pelajarannya. Begitulah kami, wajib mengadakan program untuk setiap subjek dan kami saling bantu-membantu membalas budi terutama dalam penyediaan makanan. Minggu lepas Jusna jadi ketua masak, kali ini Amie pula.

Amie cadangkan menu Ayam Masak Kuning, sekali harung masuk sayur! Cadangan dipersetujui.

Amie cadang untuk buat sambal belacan di rumah dan bawa ke ladang. Bolehlah makan bersama penoreh yang lain.

Belacan

Cili & Bawang Merah Besar

Limau Kasturi & Limau Nipis


Amie letakkan sambal belacan dalam dua bekas. Satu untuk para penoreh dan satu bekas lagi untuk calon-calon SPM.


Sempat petik sebiji buah mangga udang. Nanti bolehlah dicincang dan tambah sambal belacan. Rupanya sewaktu kawan penoreh kupas, mangga udang sudah masak. Kami makan begitu saja!

Sebenarnya Amie jarang mengolah Ayam Masak Kuning. Masakan ini biasanya ditemui dalam masakan masyarakat Bugis. Berkali-kali juga Amie bertanya kepada salah seorang penoreh dalam kalangan kami yang berketurunan Bugis tentang bahan dan cara masakannya. Akhirnya Amie berpuas hati dengan hasilnya. Selepas ini tidaklah lagi teragak-agak untuk masak di dapur sendiri.


Serai, halia, lengkuas, bawang besar, bawang merah, bawang putih ditumis terlebih dahulu. Kemudian ditambah dengan bawang putih, bawang merah dan halia kisar. Tambahkan serbuk kunyit dan air dan setelah mendidh masukkan ayam. Oleh kerana tidak ada asam keping, kami gantikan dengan air asam jawa.



Setelah kuah mula mendidih, kami masukkan lobak merah dan kentang diikuti dengan santan.



Akhir sekali, masukkan kacang panjang.

Ayam Masak Kuning sudah siap!

Kicap Lada & Sambal Belacam

Alhamdulillah, siaplah tiga periuk Ayam Masak Kuning! 
Syukur Alhamdulillah, calon-calon SPM menyukai masakan ini. 


Nano dengan tongkeng ayam yang sedang digoreng.


Seperti minggu lepas dan dulu-dulu, tongkeng ayam tetap jadi rebutan!


Ayam Masak Kuning biasanya dinikmati bersama buras. Kebetulan ada ralan penoreh bawa buras. jadi, kita pun cubalah makan. Ya ampun! Sedapnya.


Buras rasa lemak, Ayam Masak Kuning cukup rasa. Maka, nikmat manakah lagi yang ingin kamu dustakan?


Bersama para penoreh di dapur 'kami'.

Mangga udang saiz kecil yang rupanya sudah masak.

Petang itu, sebaik sahaja sampai di rumah Amie rasa kurang selesa. Rasa tak sedap badan dan malam itu tumbang sampai keesokan harinya!

6 comments

  1. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Ini bukan sebarang makcik bawang ni. Belacan tu macam mainan muzik sekali pandang, hihi.

    BalasPadam
  2. Seronok masak sama2. Buras dan ayam masak kuning tu sedapnya. Asal ada kelengkapan memasak yang wajib, di mana2 pun boleh masak, kan Kak Amie. Moga Kak Amie dan semua rakan2 guru sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki.

    BalasPadam
  3. Aktif buat aktiviti demi menjayakan anak-anak , pelajar SPM kena bagi tumpuan ..tahniah

    BalasPadam
  4. Seronoknya bergotong royong ramai2 menyediakan juadah. Tak pernah makan buras tu. Teringin pulak tengok nampak ngam je makan dengan ayam masak kuning tu.

    BalasPadam
  5. bestnya dapat rewang bersama-sama, saya berkenan dengan belacan siap dibungkus style begitu, cantik dan senang nak potong-potong atau cubit-cubit belacannya bila nak memsk

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe