Demam, Memaksa Diri Untuk Berehat
8:48 PGBismillahirrahirrahmanirrahim.
Ketika kami masak-masak di ladang pada hari Sabtu lepas, cuaca sangat panas. Tanpa disedari, Amie minum banyak air sirap Sun Valley Geraldine sejuk. Sun Valley Geraldine hanya ada di Borneo sahaja dan rasanya memang sedap. Oleh kerana perut banyak diisi dengan air, jadi kuranglah selera untuk makan nasi.
Sebelah petangnya, sebaik sampai di rumah kepala rasa berat. Rasa tidak selesa. Menjelang malam, minta Encik Suami picit kepala, dan Firdaus tolong urut kaki. Badan mula berasa panas. Encik Suami suruh makan panadol. Keesokan paginya, tak larat hendak bangun. Mulut rasa pahit.
Encik Suami belikan Nasi Lemak, Bubur Ayam MB @ Marrybrown dan Bubur Pedas MB.
Bubur Pedas MB & Bubur Ayam MB. |
Sayangnya, tak ada selera pula hendak jamah Bubur Pedas MB. Tempoh hari bukan main lagi teringin nak makan!
Bolehlah jamah sedikit Bubur Ayam MB.
Nasi Lemak Udang Goreng |
Jamah sesudu sahaja. |
Sangkaannya demam sekejap sahaja. Setelah makan panadol dan berehat, sembuhlah seperti sediakala. Malam berikutnya selsema pula menyerang dan paginya mula batuk-batuk. Pada pagi Isnin, pergilah ke ladang untuk menoreh seperti biasa. Kepala masih berasa pusing, tangan jadi sejuk pula. Kita pun minta izin ke klinik.
Setelah doktor dengar cerita kita, katanya minum air sejuk ketika cuaca sangat panas memang memberi kelegaan dan kesan yang cepat. Akan tetapi sistem dalam badan akan terkejut terutama tekak dan saluran pernafasan. Hal ini akan menyebabkan reaksi seperti sakit tekak, batuk atau selsema. Ringkasnya minum air sejuk yang banyak dalam cuaca panas sebenarnya menjadi pencetus ketidakselesaan dan mengundang penyakit, terutamanya jika sistem imun sudah lemah.
Ubat-ubatan dari klinik. |
Adapun bukan Amie seorang yang jatuh sakit, tetapi tiga orang penoreh yang sama-sama terlibat masak-masak pada hari Sabtu turut mendapat cuti sakit! Kami berempat dapat MC selama dua hari.
Apabila demam, tidur pun terganggu, terkejut-terkejut dan asyik mimpi yang bukan-bukan. Selera makan terus hilang, mulut berasa pahit! Sebentar tadi pihak klinik telefon bertanya khabar. Adakah sakit berkurangan atau bertambah teruk? Amie beritahu masih demam, begitu juga dengan batuk dan selsema. Nasihat dari klinik supaya teruskan makan ubat dan sekiranya keadaan tidak reda, datanglah semula ke klinik.
5 comments
Bagusnya klinik tu follow up keadaan psakitnya. Kak Amie makan ubat ikut aturan, jangan lupa makan. Kesian, hari tu nak bubur pedas, bila dah depan mata, tak ada selera pulak. Sirap geraldine tu sy beli online masa bulan puasa lepas.
BalasPadamSA baru aje sihat dari demam 2 hari kak..cuaca sekarang sangat2 x sihat..makan ubat ikut nasihat doc ye kak..bagusnya doc tu siap follow up...
BalasPadamTaufik kalau tekak tak lalu nak makan memang bedal je bubur pedas gila...hahahaha
BalasPadamSemoga cepat sembuh Kak Amie.. memang sekarang cuaca tengah panas betul kat Sabah ni.
BalasPadamMoga KAMIE kembali sihat, rest kak...and take care ya.
BalasPadam