Masak Rendang Daging di LD - Bawa Balik Beraya ke Selangor
5:52 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Selamat berhujung minggu buat pengunjung setia Amie's Little Kitchen.
Hari ini duduk-duduk saja di rumah. Tiada uindangan kahwin atau sebarang majlis. Selepas mengemas dapur, malas pula hendak buat sarapan. Ajak Encik Suami dan Firdaus makan di luar. Kemudian singgah di kedai beli barang keperluan, singgah lagi di kedai kasut sebab Encik Suami hendak belikan Firdaus kasut sekolah. Katanya tapak kasut Firdaus koyak! Lasak betul Firdaus. Belum hujung tahun tapak kasut sudah koyak.... ahaks!
Kali ini Amie hendak kongsikan Rendang Daging Hari Raya yang sudah berbulan-bulan tersimpan dalam galeri. Anak-anak memang suka makan rendang daging tidak kira waktu. Dua hari sebelum terbang ke kampung, Amie sudah siapkan lima bekas berisi rendang daging yang sudah dibekukan.
Rendang Daging |
Biasanya masakan rendang, orang gunakan daging batang pinang tapi Amie gunakan daging lembu nombor dua. Ada lemak dan urat. Berbanding daging secantik batang pinang, kami lebih suka pula daging yang kedua.
Bahan-bahan:
4.5 kg daging - potong ikut saiz dan ketebalan yang disukai
2 kilogram pati santan segar
12 sudu besar kerisik
4 keping asam gelugur
12 helai daun kunyit - 6 helai disiat-siat - 6 helai dihiris halus
10 helai daun limau purut - buang urat belakang - lima helai diramas-ramas - 5 helai dihiris halus
200 gram gula melaka
garam / perasa pilihan secukupnya
Bahan kisar:
30 ulas bawang putih
750 gram bawang besar
500 gram bawang merah
5 cm halia
5 cm lengkuas
5 cm kunyit hidup
20 batang serai - hiris
15 tangkai cili kering - jenis kurang pedas (pilihan)
Cara:
1. Tuangkan santan ke dalam periuk / kuali.
2. Masukkan daging lembu.
3. Tambahkan semua bahan kisar, daun kunyit yang disiat dan daun limau purut yang diramas.
4. Masukkan gula melaka dan kerisik, garam /perasa pilihan secukupnya.
5. Masak bahan rendang menggunakan api besar sehingga mendidih dan kemudian perlahankan api.
6. Kacau sekali-sekala supaya rendang tidak hangus.
7. Apabila kuah mulai mengering, masukkan pula hirisan daun kunyit dan daun limau purut.
8. Jika suka rendang yang agak basah, tidak perlu tunggu sehingga kuah kering.
9. Padamkan api dapur.
30 ulas bawang putih
750 gram bawang besar
500 gram bawang merah
5 cm halia
5 cm lengkuas
5 cm kunyit hidup
20 batang serai - hiris
15 tangkai cili kering - jenis kurang pedas (pilihan)
Cara:
1. Tuangkan santan ke dalam periuk / kuali.
2. Masukkan daging lembu.
3. Tambahkan semua bahan kisar, daun kunyit yang disiat dan daun limau purut yang diramas.
4. Masukkan gula melaka dan kerisik, garam /perasa pilihan secukupnya.
5. Masak bahan rendang menggunakan api besar sehingga mendidih dan kemudian perlahankan api.
6. Kacau sekali-sekala supaya rendang tidak hangus.
7. Apabila kuah mulai mengering, masukkan pula hirisan daun kunyit dan daun limau purut.
8. Jika suka rendang yang agak basah, tidak perlu tunggu sehingga kuah kering.
9. Padamkan api dapur.
Penggunaan bahan segar menambah aroma masakan rendang.
Lengkuas, serai dan daun kunyit. |
Kunyit hidup. |
Amie sediakan kerisik sendiri dari sebiji kelapa parut.
Entah ke mana hilang pengisar kering. Jadi terpaksalah tumbuk dalam lesung. Syukurlah, ada yang membantu.
Kerisik. |
Sediakan bahan untuk dikisar, termasuk serai. Ambil bahagian isi serai yang lembut dan putih.
Oleh kerana bahan yang dikisar agak banyak, Amie kisar satu-persatu. Kalau boleh bawang merah jangan dikisar terlalu halus. Biarlah nanti hancur semasa direndang, dan akan ada rasa manis semulajadi.
Oleh kerana gambar-gambar semasa memasak sudah hilang, jadi Amie kongsikan sahajalah proses memasak rendang daging dalam video di bawah ini,
Video masak rendang.
Amie gunakan dua kilogram pati santan segar. Apabila ditemukan semua bahan dalam periuk, timbullah aroma yang sangat menggoda selera!
Ketika ini daging sudah mula lembut setelah lebih dua jam dalam periuk. Terpulanglah hendak keringkan kuah rendang atau dikeringkan. Amie keringkan supaya mudah untuk dibekukan. Nanti sampai kampung, bolehlah panaskan semula. kalau hendak berkuah bolehlah tambahkan sedikit air.
Hirisan daun limau purut dan daun kunyit. Daun limau purut itu Firdaus tukang hirisnya, agak kasar sedikit. |
Hasilnya dapatlah lima bekas rendang daging dan sempat membeku sebelum dibawa terbang. Hendak dijadikan cerita penerbangan kami delay dari LD. Sepatutnya tiba di kampung pada sebelah petang, akhirnya sampai pukul dua tengah malam. Alhamdulillah, rendang daging tidak rosak. Masih elok dalam kotak. Syukurlah rendang tidak berkuah. Jadi tidaklah terkeluar kuahnya. Maklumlah, walaupun sudah disusun elok, kita tidak tahu keadaan kotak yang kadang-kadang dicampak terbalik dalam kargo.
Pejam celik, pejam celik bulan Mac 2026 Aidil Fitri bakal menjelang lagi!
5 comments
Sedapnya makan dengan pulut ni. Masa Cie kecik dulu waktu kenduri kahwin kakak mesti buat kerisik sendiri. Tempat kami tak panggil kerisik tapi panggil nyor gula. Entahla sebab apa ada gula sedangkan rasanya tak letak gula pun. Kelapa parut semata.
BalasPadamDaging cukup disukai isteri saya... rendang memang favourite
BalasPadamHampir sama sangat bahan rendang kita Kak Amie.
BalasPadamsaya pernah tolong mak tumbuk kerisik tu, lenguh tangan!
BalasPadammemang leceh kerja merendang ni
BalasPadamKalau tak raya memang jarang2 merendang