Makan Malam : Dürme @ Dürüm dan Coklat Panas
10:23 PGBismillahirrahmanirrahim.
Di Cordova kami daftar masuk di B&B Hotel. Makan malam tidak disediakan di hotel.Mbak Watie telah menempah makanan untuk kami berupa set dürüm lengkap dengan sos dan juga kentang goreng. Minumannya pula,kami boleh ambil sendiri dari mesin minuman di dewan makan hotel. Setelah bungkusan dibuka, Amie sangka shawarna, tetapi tour leader mengatakan itulah dürüm.
Set Dürüm |
Kalau kita biasa makan shawarma di tempat kita, tidaklah menjadi masalah apabila makan dürüm. Sekali pandang dürüm kelihatan seperti shawarna kerana kedua-duanya berisi daging berempah dibalut dengan roti.
Shawarma versi Arab, berempah kuat, guna roti tebal (pita atau khubz), kadang masuk kentang goreng dan jeruk dalam gulungan. Dürüm versi Turki, lebih ringkas, guna roti lavash atau yufka yang nipis seperti tortilla, dan rasa perapan lebih lembut.
Pendek kata shawarma terkenal dengan jolokan Sandwic Timur Tengah dengan rempah Arab meletup. Dürüm pula lebih dikenali sebagai Kebab gaya Turki yang digulung seperti wrap.
Kiranya lengkapkan makan malam kami, ada karbohidrat, protein dan fiber. Hirisan dagingnya banyak (terlindung oleh hirisan sayur / salad). Ada rasa sedikit berempah di samping rasa masam dan lemak dari sosnya. Kalau habis makan durum ini memang kekenyanganlah. Amie tidak habis makan sebab tak larat dengan mengunyah rotinya! Amie habiskan salad dan dagingnya sahaja.
Kami mengambil minuman panas dari sini. Memang ngam betul dengan suhu sejuk, dapat panaskan badan dengan minum coklat. Semoga lenalah tidur sampai ke pagi.
Masuk ke bilik, sempat melihat smartwatch baca jumlah langkah sepanjang hari ini:
- 8927 langkah
- 317 kcl - terbakar
- 6.73 km
7 comments
portion duyuum tu besar, confirm kenyang kan kak?ke tak habis..kalau SA yang perut kecik ni confirm x habis tu...
BalasPadamSA nii mesti tak baca sampai habis.. hihihi.
PadamKak "Amie tidak habis makan sebab tak larat dengan mengunyah rotinya! Amie habiskan salad dan dagingnya sahaja."
Sikit lagi nak 10K langkah. Macammana sebutan dűrűm tu, Kak Amie? Sy pun pada mulanya ingat itu Shawarma.
BalasPadamBesar2 fries dia tu. Nampak menarik jugak durum tu. Nanti ada la tu jual kat Malaysia juga macam shawarma tu.
BalasPadamMenariknya durum tuh. Sekilas pandang ingatkan shawarma. Diakhiri dengan hot chocolate memang ngam ye
BalasPadamkalau saya dapat durum ni kire oklah juga, pasal saya suke juga makan shawarma..
BalasPadamCoklat panas itu Mbak...ah cocok sekali untuk tubuh yang letih berjalan sampai 6,7 km...
BalasPadamSalam,