Hendak Makan Masak Bening Saja!
8:21 PTGTak mahu fikirkan itu semua, yang penting ringankan kepala. Jom kita jalan-jalan cari makan. Tengah hari tadi, Amie beritahu Encik Suami hendak makan masak bening saja. Maksudnya, masakan rebus atau sup yang ringan-ringan. Tak mahulah sup yang ada rempah. Mana hendak cari masak bening? Tanya Encik Suami.
Kita hendak makan bihun sup tapi pada masa yang sama hendak makan ikan masak halia! Bolehkah pesan menu begini? Pelayan restoran kata: Kami masak sahaja apa yang pelanggan pesan.
Wokey!
Bihun Sup |
Isi Ikan Kerapu Masak Halia |
Sebenarnya Isi Ikan Kerapu Masak Halia ini dihidangkan bersama nasi, tapi Amie tidak mahu nasi. |
Bihun Sup |
Bihun Sup dengan Isi Ikan Goreng. |
Encik Suami : Isi Ikan Goreng |
Encik Suami : Mi Goreng + Isi Ikan Goreng + Sup Kosong |
Encik Suami pula memesan bihun goreng dengan isi ikan goreng, tetapi yang datang mi goreng. Tak apalah, makan saja kata Encik Suami. Mungkin ketika itu ramai pelanggan jadi berlaku kesilapan tukang masak di dapur atau juga pelayan restoran yang mengambil pesanan.
Chinese Tea |
Dimsum Mentai Cheese |
Vietnam Roll |
Mentai Rice Daging |
2 comments
Kalau fikir kerja sampai bila2 tak habis kan. Perut tetap kena isi. Kat sana memang masak fillet ikan je senang nak makan.
BalasPadamKadang-kadang bila badan kita dah penat itulah jadinya kan Kak Amie...selera terganggu..selagi x selesai kerja selagi tu la x tenteram
BalasPadam