Makan Arroz Basmati di Kebab el Rio
9:19 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Sekarang tiba waktu untuk makan tengah hari! Kami singgah makan di Kebab el Rio Restaurante.
Hidangan tengah hari di Cordova. |
Selamat datang ke Kebab el Rio. |
Kebab El Río (Halal) terletak di Calle Ronda de los Mártires, No. 7, 14002 Córdoba, Andalusia, Sepanyol. Alhamdulillah, di restoran ini terdapat banyak pilihan hidangan Turki termasuk dürüm, falafel, pizza Turki, nasi basmahi ala Pakistan, burger, falafel dan banyak lagi.
Harga makanan seperti kebab ayam, daging atau kambing antara €6.50 – €14.50. Kami dihidangkan kentang goreng, set nasi basmathi dan minuman air mineral.
Amie faham perkataan ARROZ BASMATI yang tertera dalam gambar di atas. Arroz dalam bahasa Arab itu bermasud beras @ nasi. Sudah tentu maksudnya set nasi basmati... ahaks! Syukur Alhamdulillah dapat makan nasi! Maklumlah, di negara empat musim ini, nasi bukanlah makanan ruji seperti di tempat kita. Apabila sesekali dihidangkan nasi, memang teruja sangatlah.
Kentang Goreng |
Hidangan pertama sampai ialah kentang goreng. Saiz potongannya besar dan sudah tentu dari kentang segar. Memang berbezalah sedikit rasanya dengan kentang goreng kita. Makan separuh pun sudah rasa kenyang! Itu belum datang set Arroz Basmati pula!
Set Arroz Basmati & Kentang Goreng |
Set Arroz Basmati lengkap dengan lauk beberapa ketul ayam dan juga salad.
Bismillah. |
Ambil gambar selepas makan. Mata pun tertutup sebab kekenyangan kot... ahaks!
Seperti biasa sebaik keluar dari restoran, ambil gambar pemandangan kiri dan kanan jalan dan kemudian naik bas.
Beginilah pemandangan di pinggir kota Cordova!
Petang itu kami singgah lagi di satu tempat lawatan di sekitar Puente Romato @ Jambatan Rom. Nun di hujung sanun (gambar di bawah) sudah kelihatan sebahagian Torre la de Calahorra.
Torra de la Calahorra |
Dalam entri seterusnya Amie akan paparkan gambar dan sedikit info berkaitan Torre de la Calahorra iaitu sebuah menara pertahanan bersejarah yang terletak di hujung selatan Puente Romano (Jambatan Rom) di Córdoba, Sepanyol. Torre de la Calahorra merupakan satu simbol penting perpaduan tamadun Islam, Yahudi, dan Kristian di Andalusia.
14 comments
Menyelerakan ..
BalasPadamNampak kentang goreng tu teringat Firdaus tak Kak Amie hehe...
BalasPadamSalad tu nampak segar² bahan²nya, mesti sedap dikunyah tu
kenyang makan kebab n kentang sedap menu
BalasPadamNampak sedap jugak tu. Teringin pulak tengok.
BalasPadamBerbeza betul gambar sebelum makan dengan selepas makan. Selepas makan tu agaknya sudah terbayang bantal aje tu, Kak Amie, hihihi. Sedapnya nasi basmathi, lauknya pun nampak menyelerakan.
BalasPadamMbak, satu porsi Arroz Basmati & Kentang Goreng itu banyak sekali ya? Benar-benar membuat perut kenyang.
BalasPadamSaya menikmati foto-foto di pinggir kota Cordova. Disana tampak sepi ya Mbak, jarang terlihat ada orang yang lewat.
Salam,
saiz kentang tu memang nampak gemuk2 la :D terliur tengok kebab nasi tu
BalasPadamNampak macam restoren makanan segera sebab makanan dihidang menggunakan polisterin dan bekas aluminium.
BalasPadamMemang nampak besar betul fries tu kak... nasi basmati tu pun nampak sedap. Patutla kekenyangan sampai ambil gambar tutup mata hahaha
BalasPadamKalo basmati di sana, pastilah sedaaaap. Selalu sukaaaa kalo ketemu nasi basmati di negara2 arab atau yg dulu pernah berjaya Islamnya. Tak pernah ada yg failed.
BalasPadamSedap semua makanan nya Kak Amie. Set Arroz Basmathi tu nampak sedap
BalasPadamKentang goreng signature fav Firdaus tu kak..set nasi tu nampak sedap...
BalasPadamNikmat dpt makan nasi tu lain macam kan
BalasPadamJalan-jalan luar negara, kalau jumpa nasi memang satu nikmat betul. Dapat pula nasi basmati yang sedap dan mengenyangkan. Oo kentang disana besar-besar ye. Makan double karbo nampaknya. Extra kenyanglah gitu. Kenyang sampai tertutup mata bergambar. hihi..kebetulan tu kadang tak ready lagi orang dah ambil gambar. Begitulah.
BalasPadam