Bubur Nasi Beras Bario
8:42 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Petang tadi melangkah juga ke dapur. Pukul dua petang, masak bubur dalam slow cooker. Tekan butang auto, kemudian tinggalkan. Berehat dalam bilik sehingga masuk waktu asar. Kemudian masuk semula ke dapur melihat kejadian bubur yang dimasak. Apa khabarmu wahai bubur!
Bubur Nasi Beras Bario & The Gang |
Beras Bario |
Beras Bario ini Amie beli di Kundasang. Asalnya beras huma ini dari daerah pergunungan Bario, Sarawak. Butir berasnya pendek-pendek. Aromanya seharum beras pandan wangi. Apabila dimasak menjadi bubur, kejadiannya sangat cantik!
Teman-teman Bubur Nasi Beras Bario |
Bubur Nasi Beras Bario |
Biasanya bubur nasi ini kosong sahaja, tapi Amie tambahkan beberapa bahan seperti ayam dan biji teratai. Biji teratai ini sudah lama tersimpan dalam peti sejuk. Amie hendak masak biji teratai dengan longan kering, tapi entah ke mana perginya bungkusan longannya. Daripada terbiar tidak dimasak, eloklah masukkan ke dalam bubur nasi.
Resipi Bubur Nasi Beras Bario:
Bahan-bahan:
2 cup rice cooker beras bario
2.5 liter air
1 cawan isi ayam cincang
1 cawan biji teratai
3 cm halia muda - hiris halus
7 ulas bawang putih - belah 2
1 labu bawang besar - belah 6
3 helai daun pandan - siat dan simpul
sedikit garam / perasa
Cara memasak:
1. Cuci bersih beras.
2. Masukkan ke dalam slow cooker.
3. Masukkan semua bahan di atas.
4. Tekan butang auto.
5. Biarkan sehingga bubur masak sempurna lebih kurang tiga jam.
Inilah rupa biji teratai dalam bubur nasi. Rasanya lemak apabila dikunyah. |
Ikan Bilis Mata Biru & Kacang Tanah Goreng |
Selepas asar, barulah turun melihat khabar bubur beras bario. Harum wangi aroma pandan dan halia! Sambil hidu bau bubur, sambil mencari apa yang patut untuk dijadikan lauknya. Antaranya:
- Ikan Bilis Mata Biru Goreng
- Kacang Tanah Goreng
- Hirisan Daun Bawang
- Hirisan Daun Sup
- Bawang Goreng
- Egg Century @ Telur Seribu Tahun
- Pickled Lettuce
- Kicap Lada
Bawang Goreng |
Hirisan Daun Bawang & Daun Sup |
Egg Century @ Telur Seribu tahun |
Pickled Lettuce |
Kicap Lada |
Bubur Nasi Beras Bario & The Gang |
Tak sabar nak makan. Semua aksesori nak bubuh dalam mangkuk sampai tak nampak bubur... ahaks! Jemput makan. Bismillah.
Alhamdulillah |
31 comments
Lah.... biji teratai tu boleh makan ke?
BalasPadamBoleh. Sedap, lemak.
PadamMenarik hidangan nasi bubur kak Amie, banyak aksesorinya.
BalasPadamBelum pernah try makan atau beli biji teratai.
Telur hitam tu saya pernah makan dalam hidangan masakan Cina. Tapi saya tak boleh nak makan banyak, makan sekadar mencuba.
Masak bubur sendiri, boleh bubuh aksesori ikut citarasa.
PadamDemi bubur nasi, Kak Amie gigihkan juga membuatnya. Alhamdulillah, hilang rasa kempunan Kak Amie yang tak dapat makan dikedai. Dah masak bubur boleh ulang makan banyak kali. Banyak betul accesoriesnya. Saya pernah makan biji teratai mentah tu. Rasa lemak lemak kacang tapi kalau tergigit kulit hijau dia tu pahit yang amat. Telur hitam tu dulu pernah makan masa kecik, lawankan dengan lauk ikan baung masak lemak cili api. Sedap!
BalasPadamBetul tu, petang makan bubur dengan Encik Suami. Malamnya pula setelah Firdaus balik dari kelas tambahan, kami temankan dua makan, kami makan lagi...hihihii.
PadamSedapnyaaa Amie. Sesuai sgt menu ni utk sy yg tgh batuk ni. Tak ingat la biji teratai pernah mkn ke tak, mcm pernah terjumpa dlm laici kang, sama ke tu?.
BalasPadamNyiru tu legend, teringat arwah Mak. Sobszz.
Ya, kadang-kadang ada dakam laici kang.
PadamPersiapan memasak yang menyeronokkan saya kira, sebab serba serbi cukup dan ada ramuannya..jadilah bubur beras bario yang mantap rasanya...terima kasih resipi bonda ni..hehehe
BalasPadamBeras Mario memang sesuai sangat dibuat bubur. Terima kasih kembali sudi bertandang.
Padamrajin mak masak bubur nasi., hehe
BalasPadamHendak makan punya pasal Wak.
PadamMenarik betullah bubur nasi Akk ni 😋
BalasPadamBaru tahu biji teratai boleh dimakan :)
Kami biasa makan biji teratai, campur dalam laici kang.
PadamSy macam tak berapa berani la makan telur egg century tu, Kak Amie. Kadang² kalau pergi beberapa hotel kat Melaka, dia ada letak egg century tu menemani bubur nasi.
BalasPadamDulu saya sanfja terbeli telur rosak, hebdak buang sahaja. Kawan jara itu telur herba. Dari situ belahar makan. Tak biasa makan memang susah nak telan.
Padamsedapnya amie, peberet saya juga sepanjang masa. kalau pegi hotel mesti cari bubur
BalasPadamHehehee...kuta gang bubur hotel.
PadamPenasaran dengan beras bario ini, Mbak.
BalasPadamBubur nasi racikan Mbak sungguh luar biasa. Itu teman-temannya lengkap sekali. Ada ikan bilis juga...ini benar-benar bubur nasi yang istimewa.
Selamat menikmati bubur nasi beras bario nya Mbak.
Salam,
Terima kasih Abah. Bubur ayam yang Abah selalu makan di rumah makan tidak kurang hebatnya. Meriah dengan kerupuknya.
PadamCantik betul butir bersa bario tu ye kak... macam beras pulut susu pulak comelnya tu. Sedap bila dah ada pelbagai lauk nya tu kak. Century egg tu camne rasanya ye kak? tak pernah dana cuba nak rasa, seram tengok rupanya tu
BalasPadamKecil comel kam beras bario.
PadamEgg Century tu macam jelly, tapi isinya ada aroma dan rasa tersendiri. Tak biasa makan memang susah nak terima.
macam manalah rasa century egg tu, teringin pulakk
BalasPadamRamai tak suka rupa dan rasanya. Tapi kalau yang jenis suka mencuba, apa salahnya kan.
PadamTelur seribu tahun tu, di mana boleh beli ya. Sedapnya bubur Kak Amie ni.
BalasPadamBiasanya ada tu di pasar raya, dekat dengan telur masin yang disalut jerami hitam tu.
PadamSedapnya kalau berjiran ni mintak dah semangkuk.
BalasPadamBoleh Cie. Kita tukar-tukar mangkuk. Best kan.
PadamEh kak Amie mask sendiri telur pitan nya? Atau beli kak?
BalasPadamWalau suka bubur tapi saya blm pernah coba buat sendiri. Selalu beli. Apalagi di Deket rumah penjual bubur ayam tak terhitung hahahaha
Kak Amie beli telur pitan tu. Dulu, arwah emak mentua pernah bekerja buat egg Century ni.
PadamBubur nasi lemak lembut, tambah condiments macam-macam… terus naik taraf jadi hidangan mewah..selesa teruss
BalasPadam