Mencari Tempat Solat di Sekitar Mezquita - Catedral de Cordova
8:58 PGBismillahirrahmanirrahim.
Di bawah bacaan suhu 15'C, kami berjalan melewati lorong bersebelahan Meszquita - Catedral de Cordova mencari tempat untuk menunaikan solat jamak. Tempat yang dicadangkan merupakan sebuah restoran yang mempunyai ruang solat yang boleh memuatkan sehingga 10 orang. Bolehlah kami bergilir-gilir mengambil tempat.
Semoga Allah permudahkan urusan kami pada petang itu.
Warna langit tidak cerah birunya. Mungkinkah mendung, atau di musim sejuk memang begitu suasananya.
Seperti biasa, rakam gambar mana yang dapat semasa dalam perjalanan, samada arah depan, kiri atau kanan. Bolehlah nanti dibelek-belek apabila ada masa lapang atau teringin hendak melihat kembali kenangan jalan-jalan di Kota Cordova.
Pemandangannya ada persamaan dengan pasar-pasar di Morocco tetapi di sini ruangannya lebih terbuka dan bukan tertutup oleh bumbung dan bangunan.
Kami melalui lorong berbatu-bata, masuk simpang dan keluar simpang.
Tidaklah boleh berhenti di mana-mana kerana tempat tujuan yang hendak dicari ialah tempat solat.
Benarlah! Langit tidak cerah, dan itulah tanda hujan akan turun kerana dari tadi kelihatan awan mendung.
Jalanan pun mula dibasahi hujan!
Susunan batu-bata dan bentuk jalan menunjukkan kawasan ini sudah dimamah usia.
Sampailah kami ke tempat untuk menumpang solat.
Sayangnya sewaktu kami tiba, kami tidak ada peluang untuk menunaikan solat kerana restoran sudah ditutup. Mbak Watie, tour guide kami tidak perasan bahawa waktu operasi kedai makan pada pukul 11:30 -04:00 petang dan dibuka semula pada pukul 7:30 -11:00 malam.
Walaupun tidak dapat solat di sini sekurang-kurangnya sempat juga jejakkan kaki di sekitar Kota Cordova secara selayang pandang.
Comel betul tempat letak rempah-rempahan ini.
Di bahagian bawah merupakan premis perniagaan atau kedai, di bahagian atas pula merupakan tempat tinggal atau juga tempat penginapan yang disewakan.
Sudahlah sejuk, dan hujan gerimis pula! Apabila melalui hadapan kedai makan, terhidulah pelbagai aroma masakan yang sedap-sedap! Tour leader dan Mbak Watie mengizinkan kami untuk minum di sini tetapi kami hendak cepat-cepat menunaikan solat.
Sekian.
Catatan kecil di suatu petang yang dingin di Kota Cordova, Sepanyol.
6 comments
Sampai ke sudah tak jumpa tempat solat nampaknya tu, Kak Amie. Rambang mata tengok pelbagai souvenir dijual, warna-warni. Tiba² nampak ada pokok berbuah merah ang² macan pokok rambutan, bila dibesarkan, macan buah peach pun ada.
BalasPadamwahhhh banyak nya..Buah Oren ke tu
BalasPadamSuka tengok jalan lorong-lorong ni dan vibes area ni Kota Cordova ni kak..kalau SA kat situ, beratus gambar dah amik tu
BalasPadamrugi lah kan tak dpt singgah kedai2 tu... kalau boleh sure banyak duit habis
BalasPadamCantik semua gambar-gambar yang dikongsikan. Colourful. Kira memang boleh cecah 10K steps pusing-pusing jalan sana sini bila travel kan
BalasPadamMenarik juga melihat di lorong itu banyak barang-barang souvenir yang diperdagangkan. Tapi Mbak tak sempat berbelanja disana ya?
BalasPadamSulit juga ya Mbak mencari tempat untuk melaksanakan shalat disana.
Salam,