Hari Ini Firdaus Sibuk Betul!
8:36 PTGSelesai buat kaca mata baharu, Firdaus kembali ke sekolah. Petang tadi Firdaus tidak ke sekolah agama kerana mengikuti penggambaran mini documentary. Bagaimanapun, pukul 7:00 - 9:00 malam, Firdaus mengikuti kelam tambahan di sekolah agamanya.
Penggambaran Mini Documentary (Pertandingan Membuat Filem Dokumentari dalam Bahasa Inggeris) kali ini berkisar tentang makanan tradisional. Firdaus terpilih untuk menyertainya seperti tahun-tahun sebelumnya. Para peserta dikehendaki menulis tentang keunikan makanan tradisi masing-masing. Mereka juga dikehendaki memakai pakaian tradisi sesuai dengan budaya kaum mereka.
- Skrip keunikan kuih pudin, kuih tradisional masyarakat Cocos.
- Kuih pudin.
- Pakaian tradisonal Melayu Cocos.
Firdaus memakai baju baskad lengkap, bersedia untuk menjalani penggambaran mini documentary. |
Inilah kuih Pudin Cocos yang dikukus selama 12 jam itu. |
12 comments
kuih tu nampak macam kek buah, tak sangka lama betul kena kukus sampai 12 jam :o
BalasPadamsaya pernah tengok kat youtube tentang perkahwinan orang cocos. kedua-dua mempelai pakai baju warna biru
Pertama kali saya baca tentang kuih pudin Cocos. Bagusnya ada program macam ini di sekolah. Boleh kenal makanan dan pakaian tradisi sesuatu kaum.
BalasPadamPudin Cocos kukus 12 jam.... Mesti sedap ni. Segak nampak Firdaus pakai baju baskad. Seronok baca info tentang tradisi masyarakat Cocos ni. Thanks for sharing Kak Amie.
BalasPadamSteady Firdaus.. Petah bercakap.
BalasPadamAchik membaca pun penat, sibuk benar Firdaus...
BalasPadamhebatnya Firdaus,kagum tengok firdaus bercakap..mesti markah penuh pajsk firdaus ni
BalasPadamSibuk betul Firdaus...tahniah Amie dan suami..
BalasPadamWahhhh.. patutlah Firdaus sering dipilih mewakili dalam pelbagai pertandingan, petah sungguh dia bercakap, siap dengan gaya² nya sekali. Syabas, Daus. Ni mesti mewarisi dari mommy.
BalasPadamBagus Firdaus..sanagt talented...first time jugak aunty SA dengar tentang puding Cocos ni...nampak macam cake buah...mesti sedap kan..
BalasPadamTahniah Firdaus 👏👏👏 nampak sedap kuihnya
BalasPadamComel betul Daus dengan baju tradisi tu kak.... petah betul dia bercakap mesti menurun dari emaknya yang seorang cikgu tu kan... ke ayahnya? Dokumentari tu nnti akan dipertandingkan lah kan kak? MOga menang ya
BalasPadamTerbaik Firdaus! First time dengar nama Pudin Cocos.. rasa dia macammana ye kuih tu? ada macam kek buah ke?
BalasPadam