Temankan Firdaus Makan Rabokki Cheese (Ramen + Tteokbokki )
7:57 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Hari ini hendak berehat-rehat sahaja di rumah. Kelmarin berada di ladang, jadi tukang masak untuk program SPM bagi mata pelajaran Matematik dan Bahasa Melayu. Pukul 1:30 tengah hari makanan sudah sedia untuk diagihkan kepada semua peserta program.
Firdaus pula ikut serta dalam Program Bestari Solat di sekolahnya bermula dari pukul 7:30 hingga pukul 1:00 tengah hari. Awal pagi lagi sudah tunjuk perasaan tak mahu ke sekolah. Kita pujuk, balik sekolah nanti pergi makan di Restoran Nasi Lemak. Tak mahu, katanya! Tak mahu makan. Okey...okey!
Sedang kita minum di dapur, tiba-tiba Firdaus bersuara: Katanya nak bawa Daus makan. Kenapa tak jadi?
Eh, budak ini.
Dia yang jual mahal, dia kata kita pula yang tak jadinya!
Barangkali penat setiap hari ikut banyak program sekolah, jadi keletihannya itulah punca marah-marah! Apa tidaknya. Sebaik sahaja selesai pertandingan Choral Speaking, ada latihan untuk penggambaran mini documentary pula. Tiba-tiba setiap petang ada lagi latihan Choral Speaking untuk pertandingan peringkat negeri pula.
Petang tadi kami bawalah Firdaus ke Encik Oppa Cafe. Suka sangatlah dia dapat masuk cafe makanan Korea. Dia pun terus pilih menu Rabokki Cheese (Ramen + Tteokbokki + Cheese).
Firdaus : Rabokki Cheese |
Encik Suami : Ais Lemon Tea |
Firdaus : Matcha Latte |
Apalah agaknya keistimewaan menu ini sehingga menambat selera Firdaus?
Selesai makan, katanya perutnya kenyang sangat!
Amie : Mixed Kimbap & Fried Dumpling |
Fried Dumpling |
Mixed Kimbap |
Encik Suami : Bibimbap Chicken |
Encik Suami pilih bibimbap sebab banyak sayur dan ada nasi. Kiranya untuk makan malam sekalilah, katanya. |
Jadinya, kami tiga beranak dapatlah melayan lidah dengan selera Korea yang menggabungkan rasa pedas, manis dan likat dalam hidangan Rabokki Cheese, menu pilihan Firdaus. Encik Suami pula menikmati Bibimbap Chicken hingga licin. Agaknya lidahnya dapat menerima dengan baik kimchi yang pedas masam itu. Dan kita sendiri makan hingga habis kimbap yang lembut dan harum serta ayam goreng sos merah menyala gabungan gochujang atau pes cili Korea itu! Pedas tapi manis.
Encik Oppa Cafe |
4 comments
Ice lemon tea tu menyegarkan. Ayam goreng tu pun nyumsss nampak jugak friend dumpling. Sedapnya.
BalasPadambyk betul aktiviti Firdaus...Alhamdulillah, ke peringkat negeri...tak pernah makan rabokki...
BalasPadamAmboi Daus! Kemain dia!
BalasPadamBudak2 sekarang suka betul masakan korea.
BalasPadam