Bermalam di B&B Hotel, Seville
11:26 PGBismillahirrahmanirrahim.
Walaupun suhu sejuk, tetapi rasa sangat nyaman ketika melangkah masuk ke ruang hotel terutama sekali di dalam bilik. Hal ini kerana sebelum kami masuk bilik, heater atau pemanas ruangan sudah dipasang. Tidaklah sampai tergigil-gigil walaupun di tengah malam suhu semakin rendah.
Walaupun suhu sejuk, tetapi rasa sangat nyaman ketika melangkah masuk ke ruang hotel terutama sekali di dalam bilik. Hal ini kerana sebelum kami masuk bilik, heater atau pemanas ruangan sudah dipasang. Tidaklah sampai tergigil-gigil walaupun di tengah malam suhu semakin rendah.
Malam kedua di Sepanyol kami daftar masuk tempat penginapan di B & B Hotel di wilayah Seville, Sepanyol.
B & B Hotel, Seville, Sepanyol. |
Bilik hotel tidaklah besar dan tidaklah sempit. Cukuplah ruang untuk solat dan meletakkan beg masing-masing.
Sebaik kaki melangkah masuk ke bilik, sempat melihat bacaan suhu ketika itu pada pukul 9:36 malam iaitu 13'C.
Turut disediakan TV skrin rata, tapi seperti biasa memang kami tak pernah buka pun!
Ada tuala tambahan yang diletakkan di dalam beg.
Ada tuala mandi di bilik air tetapi turut disediakan tuala di dalam beg kecil.
Walaupun letih dan mengantuk tetapi wajib bersihkan diri!
Mandi, berus gigi dan solat.
Wajib mandi (bukan mandi wajib) sebab seharian sudah berjalan mengelilingi AlHambra di Granada, melewati Roman Bridge serta melawat Tower Calahorra dan memasuki Mezquita - Catedral de Cordova.
Setelah badan bersih, harap tidak ada yang ikut tidur...ahaks!
Selamat malam Seville!
7 comments
Adoi laaa.. terus sy terlupa nak komen apa, Kak Amie ni tiber buat lawak.
BalasPadamMandi wajib x
Wajib mandi /
nyaman beradu di hotel selesa
BalasPadamselamat malam
BalasPadamCantiknyaaaa hotel dia. Walaupun comel tapi nampak cozy. Memang boleh sweet dream ni. Tergelak saya pasal wajib mandi atau mandi wajib😅
BalasPadamtoilet ade bidet tak kak? susah nak membuang kalau takde bidet.. hahaha
BalasPadamBetul Mbak, kalau tubuh kita sudah letih dan berkeringat, memang wajib mandi...tapi iya bukan mandi wajib...hehehe Mbak bisa saja ah...
BalasPadamSalam,
Saya pun kalau travel pun memang la kena membersihkan diri. Tak reti saya kalau tak mandi.
BalasPadam