Mari Kenali Blogspot dan Blogger Menyinar 2025 - Penghargaan Buat Blogger Etuza

7:07 PTG

 Bismillahirrahmanirrahim.

Dua hari lepas jalan-jalan maya singgah di rumah blogger MAZNI MUNAWAR. Dalam satu entri ada dua cerita. Pertama, tentang Dapat Hadiah Giveaway dari Blogger Notie @ SAJE SUKA-SUKA. Cerita kedua pula mengenai Mari Kenali Blogspot dan Blogger Menyinar 2025 dari blog ETUZA.

Etuza menulis entri Mari Kenali Blogspot dan Blogger Menyinar 2025. Beliau menyenaraikan sebanyak 15 blogger yang aktif menulis. Dalam senarai tersebut, terselitlah URL kita. Terima kasih Etuza yang mengambil inisiatif menyinarkan nama-nama kami di alam maya.


Sewaktu melahirkan Amie's Little Kitchen 14 tahun yang lalu, Amie hanya fokuskan kongsi resipi sahaja memandangkan kepala blog pun tentang dapur. Memang meriah sungguhlah sebab mempunyai ramai rakan dengan minat yang sama. Kami saling bertukar-tukar resepi, mencuba resipi yang dari rakan blogger masakan yang lain. Beberapa tahun kemudian, blogger-blogger masakan semakin menyepi dan boleh dikira dengan jari sahaja yang masih aktif.

Akibat daripada tenggelamnya rakan-rakan dapur, Amie pun ikut berhibernasi! Sewaktu Covid-19 melanda, Amie membuat paparan resipi juga tetapi terasa sangat sunyi tanpa kunjungan rakan blogger masakan. Ketika itu muncullah beberapa blogger yang tidak dikenali menyapa kita. Amie pun tidak hadkan kepada paparan hasil masakan dan kongsi resipi sahaja. Sebaliknya Amie tambahkan cerita-cerita lain termasuk pengalaman mengembara, cerita-cerita keluarga dan seumpamanya.

Alhamdulillah, blog yang dahulu hanya berkisar tentang dunia masakan, akhirnya sudah jadi caca merba dengan pelbagai cerita. Tidak mengapa kan? Walaupun dari dapur, tidak semestinya kisah di bawah tudung saji saja. Di dapur pun kita boleh bercerita macam-macam sebab dapur salah satu tempat untuk keluarga berkumpul!

Sekali lagi terima kasih dan sekalung penghargaan buat saudara Etuza yang mencetuskan idea menarik Mari Kenali Blogspot dan Blogger Menyinar 2025. Mudah-mudahan rakan-rakan blogger sentiasa bersemangat  menulis dan berkongsi paparan untuk semua pembaca.

18 comments

  1. Lebih kurang tahun 2011 kan kak amie mula berblog. Cie dulu pun tenggelam timbul je & carca marba juga. Boleh je seronok je baca blog kak amie.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan Cie.
      Yang penting kita ada tempat yang sesuai untuk release tension... hihihiii!

      Padam
  2. seronok baca blog akak.....dah lama follow kak amie juga..

    BalasPadam
  3. Lamanya kak Amie sudah berblog. Saya ada salin resepi yang kak Amie share di blog ni, dalam buku resepi saya, contohnya ayam masak lemak cili padi, rendang daging dan ayam dan asam pedas ikan mabung. Sejenis lebih suka refer buku, dari handphone yang selalu padam skrinnya. 😊

    BalasPadam
  4. Salam singgah..terkejut dapat penghargaan ...hanya Allah mampu memberi balasan pahala keran membuta Etuza happy..apapun maaf ada ja kesalahan ejaan tak di nafikan lemah saya mengeja ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kembali saudara Etuza. Saya pun selalu juga tersalah eja, maklumlah saiz huruf yang kecil terutama ketika gunakan HP, jadi terusik huruf jiran sebelah-menyebelahnya.

      Padam
  5. Aduhai terharu...ya Allah berilah kesihatan kepada semua teman blogger saya ini.aamiin

    BalasPadam
  6. Waah saya belum kenalan dengan blogger etuza ☺️. Nanti saya nak mampir ke blog nya juga.

    Sama laah kak Amie. Dulu saya buat blog hanya utk menuliskan pengalaman traveling, supaya tak lupa. Lama2 banyak yg komentar, saya pun BW balik, eh jadi ramaaaai. Saya sukaaa, Krn pada dasarnya saya suka mendapat teman baru ☺️ walau hanya di dunia Maya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jadinya, dengan berblogging kita bisa merapatkan silaturrahim di camping berkongsi pelbagai info.

      Padam
  7. Masa PKP dulu, suka baca blog ni sebab ada banyak menu menarik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih banyak sudi singgah. Eh, terkenang pula asyik berkuarantin di rumah masa PKP dulu.

      Padam
  8. Saya kalau ikutkan sudah lama berblog. Pernah meriah suatu ketika dahulu dengan kawan2 blog sehinggalah satu per satu meninggalkan blog mereka.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe