Masjid Córdoba - Simbol Keagungan Islam di Eropah (Jejak Islam di Tanah Andalusia)
8:31 PTGSumber : Mosque–Cathedral of Córdoba
Sebelum melangkah masuk ke pintu gerbang Masjid Cordova, kita berkenalan terlebih dahulu dengan Tanah Andalusia iaitu sebuah wilayah di selatan Sepanyol moden yang pernah menjadi pusat kegemilangan tamadun Islam di benua Eropah. Dikenali sebagai Al-Andalus dalam bahasa Arab, wilayah ini dibuka oleh umat Islam pada tahun 711 Masihi melalui kepimpinan panglima agung Tariq bin Ziyad. Selama hampir 800 tahun, Andalusia telah menyinar sebagai mercu tanda ketamadunan yang menggabungkan kemajuan ilmu, seni bina, toleransi agama dan budaya yang tinggi. Sejarah Andalusia bukan sekadar kisah kehebatan masa lalu, tetapi juga pengajaran penting buat umat Islam hari ini.
Setibanya umat Islam di tanah Andalusia, mereka tidak hanya menakluk secara fizikal, tetapi membawa bersama cahaya ilmu, keadilan dan pembangunan. Kota-kota besar seperti Córdoba, Granada, Seville, dan Toledo menjadi pusat ilmu yang mengumpulkan para cendekiawan dari pelbagai agama dan bangsa. Córdoba, misalnya, menjadi kota terbesar di Eropah dan memiliki lebih daripada 70 perpustakaan, masjid, hospital, universiti dan sistem jalan yang berturap serta lampu jalan yang canggih.
Selain itu, tokoh-tokoh hebat seperti Ibnu Rusyd (Averroes) dalam falsafah, Al-Zahrawi dalam bidang perubatan, dan Ibnu Hazm dalam ilmu agama menjadi simbol ketinggian tamadun Islam. Keindahan seni bina seperti Masjid Córdoba dan Istana Alhambra terus menjadi bukti kecanggihan seni dan kehalusan budaya umat Islam.
Salah satu ciri unik Andalusia ialah toleransi agama dan budaya. Di bawah pemerintahan Islam, orang Islam, Kristian, dan Yahudi hidup bersama dengan aman. Golongan bukan Islam (zimmi) dibenarkan mengamalkan agama mereka, diberikan perlindungan, dan dibenarkan menyumbang kepada masyarakat. Ini menjadikan Andalusia sebagai contoh masyarakat majmuk yang harmoni dan bertamadun dengan kata lain jauh lebih maju daripada banyak kawasan lain di Eropah ketika itu.
Namun, selepas beberapa abad kegemilangan, tanah Andalusia mula berpecah kepada kerajaan-kerajaan kecil yang dikenali sebagai taifah. Perpecahan ini melemahkan kekuatan politik Islam, hingga memberi peluang kepada tentera Kristian dalam kempen Reconquista untuk menakluk satu demi satu wilayah Islam. Kota terakhir, Granada, jatuh ke tangan Kristian pada tahun 1492M, menandakan berakhirnya pemerintahan Islam di Sepanyol.
Selepas kejatuhan kerajaan, umat Islam diusir, dibunuh, dipaksa murtad, dan dibakar hidup-hidup oleh pihak pengadilan Kristian. Perpustakaan dibakar, masjid dijadikan gereja, dan budaya Islam dihapuskan. Kejatuhan ini menjadi pengajaran besar tentang akibat perpecahan, kelekaan, dan meninggalkan asas keimanan. Andalusia mengajar kita bahawa tamadun boleh jatuh bukan kerana musuh yang kuat, tetapi kerana umat sendiri yang lemah dan berpecah. Semoga kita mengambil ibrah daripada tanah Andalusia dan kembali membina tamadun yang berlandaskan ilmu, iman dan perpaduan.
Google : Mezquita - Pemandangan Catedral de Cordova dari Puente Romano (Roman Bridge) |
Sekarang kita berkenalan pula dengan Córdoba @ Cordoba iaitu sebuah kota bersejarah yang terletak di selatan Sepanyol, dalam wilayah Andalusia. Pada zaman pemerintahan Islam, Córdoba menjadi ibu kota Al-Andalus dan merupakan salah satu kota terpenting dan paling maju di dunia pada abad ke-10 Masihi. Córdoba menjadi ibu kota semasa pemerintahan Abd al-Rahman III (929M) dan terkenal sebagai pusat ilmu, seni bina, falsafah, perubatan, dan teknologi.
Córdoba memiliki lebih 70 perpustakaan, termasuk satu yang memiliki lebih 400,000 buku. Ada universiti, hospital, dan institusi kajian yang menarik pelajar dari seluruh Eropah dan dunia Islam. Cerdik pandai Islam, Yahudi dan Kristian bersama-sama menyumbang kepada ilmu. Selain itu, Cordova memiliki jalan-jalan berturap dan diterangi lampu, sistem bekalan air bersih dan saliran air yang maju. Rumah-rumah mandian awam (hammam) disediakan.
Dalam Islam, kebersihan adalah sebahagian daripada iman. Antara amalan utama orang Islam yang mengagumkan orang Barat ketika itu ialah:
- Mandi wajib (janabah)
- Wuduk lima kali sehari
- Bersugi/gosok gigi
- Memotong kuku dan mencukur bulu
- Membasuh pakaian dan badan secara berkala
Bagi masyarakat Eropah pada Zaman Gelap, mandi dianggap tidak penting, malah ada yang percaya bahawa mandi kerap boleh menyebabkan penyakit!
Orang Islam membina rumah-rumah mandian awam (hammam) di seluruh kota Andalusia seperti Córdoba dan Granada. Hammam ini terbuka kepada semua orang sebagai tempat membersihkan diri dan berinteraksi sosial. Seni bina dan sistem paip air yang canggih dibina oleh umat Islam. Apabila orang Kristian menawan kota-kota Islam di Sepanyol, mereka terkejut melihat kebersihan dan sistem mandian umat Islam. Dalam istana Alhambra di Granada, terdapat sistem saliran air, kolam mandi, dan bilik wap yang belum pernah wujud di istana Eropah ketika itu.
Ramai sejarawan dan pelawat Barat merekodkan bahawa orang Islam bersih, wangi dan sentiasa mandi, berbeza dengan orang Eropah.
Orang Islam mencipta dan menggunakan sabun keras serta minyak wangi secara meluas. Sabun ini kemudian diperkenalkan ke Eropah melalui perdagangan dan pertembungan budaya. Eropah hanya mula menggunakan sabun secara meluas selepas abad ke-12, hasil pengaruh dari dunia Islam.
Maklumat berkaitan Mezquita (Masjid) - Catedral (Gereja Utama). |
- Bahagian asas (berwarna merah jambu), dibina oleh ʿAbd al‑Raḥmān I pada 785–786 M dengan 11 barisan lorong (aisles) menghadap kiblat di selatan.
- Pengembangan oleh ʿAbd al‑Raḥmān II (833–848 M) dan al‑Ḥakam II (962–966 M), ditambah lorong ke arah selatan dan timur dalam nisbah dan gaya asal, termasuk maqsura dan mihrab yang mewah.
- Pengembangan terakhir oleh Almanzor (987–988 M), menambah 8 lorong (aisles) ke arah timur sejajar dengan struktur asal.
- Pada tahun 1236, masjid disucikan menjadi katedral Katolik. Pada mulanya sebuah gereja kecil diletakkan di tengah.
- Sekitar 40 gereja kecil (chapel) dibina dalam lorong utara, termasuk Capilla de Villaviciosa, menggantikan beberapa bahagian lorong.
- Pada tahun 1523, penerapan nave dan transept gaya Gothic-Renaissance oleh Hernán Ruiz I, menara gereja utama (Capilla Mayor) dibina di tengah ruang masjid, menggunakan lorong pilihan sebagai khayalannya. Ini menggantikan beberapa tiang dan lengkung asal.
- Isipadu bangunan - gereja tinggi ini membentuk ruang salib Latin secara visual di tengah keseluruhan ruang, menjadikan terdapat kontras tinggi lembut antara gereja dan lorong asal masjid.
- Sebelum Kristian, pelan asal menampilkan ruang solat yang luas dengan banyak tiang dan lengkung dua lapis warna merah putih. Mahkamah (Patio de los Naranjos) di bahagian utara melengkapkan alam terbuka.
- Selepas Kristian, gereja tengah (Capilla Mayor) menyepadukan sebuah gereja besar bertingkat di tengah struktur masjid, dengan kubah tinggi. Lorong utara dipenuhi gereja kecil, sebahagian lengkung asal ditutup atau digantikan, tetapi struktur modul asal tetap dihormati.
Bell Tower, dahulunya menara azan. |
Bell Tower |
Bumbung rata daripada kayu. |
Gerbang dilapisi batu-bata merah dan batu kapur putih secara berselang-seli, mencipta corak berjalur seperti zebra yang sangat ikonik. |
Tour guide menerangkan bentuk tulisan kaligrafi Arab yang sangat indah dan halus. |
- Pandangan Sejarah Barat Zaman Pertengahan – Kurun 13 dan seterusnya:
- Pandangan Seni Bina & Akademik – Kurun ke‑19 hingga kini:
- Orientalisme positif:
- Pandangan Moden & Kontroversi Agama:
- Pandangan komuniti Muslim & sejarawan:
- UNESCO dan pelancong antarabangsa:
13 comments
betul2 teliti TG nya..betul tu kak Amie, akibat perpecahan, jatuh nya sesuatu kaum, moga rakyat Malaysia sentiasa bersatu padu...aamin
BalasPadamSaya kagum betul dengan kesungguhan tour guide terangkan tentang seni bina Islam masjid di sini. Tidak banyak dia sebut tentang penambahan dan pengubahsuaian masjid ikut gaya Renaissance.
PadamKagum sy lihat betapa halusnya seni tangan orang² terdahulu ni, Kak Amie. Lebih kagum bila mereka dapat mengekalkan dan memelihara bangunan penuh bersejarah ni. Tapi, sejarahnya sedih kepada kita sebagai umat islam. Padahal, mereka yang terdahulu tu boleh jer hidup rukun aman damai walaupun berbeza agama.
BalasPadam200 tahun tempoh pembinaan masjid ini dengan sentuhan iman dan Islam.
PadamAssalamualaikum kak Amie, lama tak berkunjung ke sini.Bestnya travel ke negara orang.Boleh kenal adat dan budaya tempat lain juga kan?
BalasPadamWaalaikumussalam.
PadamYa, itulah antara tujuan travel.
Diorang juga hormatkan islam...yang perpecah belah sekarang bukan sebab agama tapi manusia yang ego.
BalasPadamBetul. Sebahagian mereka masih tercari-cari siapa mereka yang sebenar, sebab nenek moyang mereka adalah Muslim.
Padamwahhh macam macam ada ukiran tulisan bersejarah
BalasPadamYa, betul. Itulah tinggalan tamadun Islam.
PadamSuka tengok seni bina masjid Cordova ni...semoga Islam sentiasa di agungkan x kira la di mana...
BalasPadamAmin ya Allah.
PadamSemoga cahaya Islam kembalu bersinar di barat.
Benar-benar menakjubkan dan mempesona masjid Cordoba ini, Mbak.
BalasPadamBagian dalamnya dengan ornamen-ornamen hiasan yang masih terasa unsur Islamnya walau sudah dipadukan dengan unsur Kristen.
Diceritakan pada tulisan kalau dahulu zaman keemasan Islam, disana hidup 3 agama saling berdampingan dan mengisi kemajuan yaitu Islam, Kristen dan Yahudi...ah saya jadi teringat film Kingdom of Heaven tapi dengan latar belakang Palestina.
Salam,