Sambutan Ulang Tahun Cucu-Cucu Buah di Ballroom Tupperware

10:34 PG

Bismillahirrahmanirrahim.
Minggu lepas, hari Selasa 01 Julai 2025, berkesempatan meraikan ulang tahun empat cucu buah di Ballroom Tupperware.


Ada yang lahir bulan Jun dan ada yang lahir 01 Julai. Cucu-cucu buah:
  • Arriq Emmir Ardani - 6 tahun
  • Ainin Asyifah - 4 tahun
  • Aara Azfirah - 3 tahun
  • Muhammad Zyan Arash - 1 tahun


 Green Cream Animal Safari Watercolor Birthday Party Invitation

Kek Arriq Emmir Ardhani

Kek Aara Azfirah

Kek Ainin Asyifah

Kek Muhammad Zyan Arash


Erriq, Ainin dan Ara adik beradik, manakala Arash masih tunggal, umur 1 tahun. Tak boleh ingat nama penuh cucu-cucu buah. Berbeza betul nama anak-anak zaman sekarang berbanding zaman neneknya dulu.... ahaks! Dulu senang nak ingat, biasanya satu name jew. Kalau nama Halimah, itu nama Melayu. Kalau Selamat, itu nama Jawa. Kalau Galoh, itu nama Banjar. Itulah nama-nama yang biasa disebut dalam kalangan orang kampungku zaman anak-anak dulu.

Sanah helwah buat cucu-cucu buah. Semoga membesar dengan sihat dan menjadi anak soleh dan solehah.

Ada goodies bag. Kiranya kami pulang dapat doorgift!


Majlis ulang tahun di adakan di Ballroom Tupperware tingkat 2. Di tingkat bawah ada kedai tupperware. Rupanya apabila masuk ballroom ada juga tupperwarenya!


Tuan punya kedai tupperware yang mengurus segala tempahan makanan untuk majlis ulang tahun ini. Amie sebenarnya biasa beli tupperware di sini tetapi berurusan di tingkat bawah. Rupanya, malam itu boleh juga beli tupperware di tingkat atas.


Sementara menunggu tetamu lain sampai, kita pun belek-belek tupperware dan kebetulan ada potongan harga. Apalagi! Tak mahulah keluar dari Ballroom Tupperware dengan tangan kosong.... ahaks!


Rambang mata dibuatnya!



Kita terpikat dengan tupperware jenis empat segi. Walaupun sudah ada pelbagai warna, tetapi hendak juga beli yang belum ada warna. Jadi kita beli warna hijau dan biru kundang. Nampak cantiklah pula beg warna biru kundang dengan bekas air dan makanan warna yang sama.

Beg yang di depan beg tupperware tu bukan beg tupperware ya. Itu beg tangan Amie isi dompet dan HP.

Nenek-nenek dan atuk datang meraikan majlis ulang tahun cucu-cucu buah.

Selesai doa selamat, dan doa makan kami pun menjamu selera.

Bismillah.


Gelas tupperware digunakan untuk minuman sejuk.


Cawan tupperware untuk minuman panas.

Lauk-pauk yang disediakan.


Macam-macamlah jenis tart dan kek!



Kita suka kek lobak!
Ambil dua potong.


Kek pisang pun sedap!





Ambil gambar setelah kenyang makan.


Tupperware di Malaysia tidak ditutup — sebaliknya, ia terus beroperasi sebagai salah satu pasaran teras global untuk jenama tersebut. Berikut penjelasan lengkap:

Status Tupperware Malaysia

Pada September 2024, syarikat induk, Tupperware Brands Corp. mengemukakan permohonan perlindungan Chapter 11 di Amerika Syarikat kerana menghadapi hutang yang besar.

Pada akhir Oktober 2024, aset syarikat termasuk jenama dan operasi di pasaran utama seperti Malaysia dibeli oleh kumpulan pemiutang melalui pembiayaan semula. Model perniagaan kemudiannya berubah menjadi bersifat digital dan berfokus pada pasaran teras, termasuk Malaysia  .

Fokus Malaysia — Masih Aktif & Berkembang

Malaysia disebut secara khusus sebagai salah satu pasaran utama Tupperware untuk terus beroperasi selepas penyusunan semula.

Terdapat pelbagai inisiatif pengembangan misalnya pada Mac 2024, dibuka pusat Global Business Services hub di Malaysia sebagai tanda komitmen jangka panjang. Tupperware masih dilancarkan secara aktif, termasuk katalog bulanan membuktikan aktiviti jualan masih berjalan harian.

Tupperware Malaysia tidak ditutup, masih kekal dibuka dan aktif, dengan operasi melalui konsultant jualan langsung, kerjasama runcit, dan saluran e-dagang. Selepas penstrukturan korporat pada 2024, Malaysia tetap dipilih sebagai pasaran utama dalam rangka strategi global baru jenama tersebut.

10 comments

  1. Terus lapar tgk menu2 dekat sini...

    BalasPadam
  2. moga sihat semua cucu-cucu..sentiasa ceria..
    kalau nenek di sini bertambah ceria nampak tupperware bersusun-susun tu,boleh buat rambang mata

    BalasPadam
  3. Wah seronok lah Kak Amie...kalau SA pun akan membeli tupperware tu..geram plak SA tengok cantik2 siap buat hamper macam tu...majlis pun meriah betul...sekali harung sambut birthday senang kan kak

    BalasPadam
  4. Selamat hari lahir buat anak-anak :)

    BalasPadam
  5. Sy ada sedara nama Galoh, heheh. Bestnya dapat makan di tempat yg meriah macam ni. Sungguh murah hati tuan rumah bila tak hidang minuman guna cawan pakai buang. Lepas ni mesti menoreh bawa bekal baharu.

    BalasPadam
  6. Semua cantik, kena dengan tema warna...belon pon mengoda warnanya, kek pon cantik. Happy birthday buat semua anakanda cucus...moga membesar dan sihat selalu. Bagus tupperware Malaysia tak tutup, kena lebih di war-warkan.

    BalasPadam
  7. waahhhh unik-unik nama aanak cucu zmn skrg hehehe.. sedapnya semua juadahnya kak amie!

    BalasPadam
  8. hepi besday cucu2 wah banyak tupperware cantik pilih2

    BalasPadam
  9. Sedap-sedap nama mereka. Kalau dah ramai memang tak ingat nama-nama penuh ni. Ingat nama panggilan je. Comel je kek masing-masing bertemakan haiwan. Belated Happy birthday untuk semua. Senang majlisnya buat sekali.
    Meriah majlisnya buat di ballroom. Siap ada doorgift lagi tu. Sedap-sedap menu yang dihidangkan. Ooo yang gambar semalam tu ingatkan di rumah kak Amie, di sini rupanya. Pandai dia display cantik-cantik bagi tetamu terpikat membeli.
    Belum tutup lagi rupanya. Baguslah macam tu kan. Kalau tidak, ramai juga yang terkesan.

    BalasPadam
  10. Seronok tengok sambut birthday cucu ramai-ramai, happy birthday cucu-cucu, moga tumbuh membesar dengan sihat.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe