Tom Yam Untuk Firdaus & Keputusan Pertandingan Choral Speaking
7:30 PTGSetiap hari pukul 5:20 petang, Firdaus tamat sesi pembelajaran di sekolah agama. Biasanya sampai ke rumah pukul enam lebih, ketika maghrib sudah menjelma. Sebenarnya, sesak di jalan! Sudah tentulah akan terlewat sampai ke kelas malam kalau pulang dahulu ke rumah memandangkan waktu itu lalu lintas masih sesak!
Kelmarin nampak sungguh letih wajah Firdaus. Tengah hari tadi sebelum ke sekolah agama, Firdaus mengeluh penat. Kita pujuk, kita beri kata-kata semangat bahawa untuk berjaya bukanlah mudah. Perlu sabar dan jangan cepat putus asa. Tambahan pula, Firdaus sudah tiga minggu tidak hadir ke sekolah agama kerana mengikuti latihan untuk pertandingan Choral Speaking setiap petang!
Sebelum turun dari kereta, kita tanya : Sayang Mommy nak makan apa malam nanti? Jawabnya: Bolehkah Mommy masak tom yam?
Boleh.
Wah! Terima kasih Mommy. Jangan lupa masukkan putik jagung dalam tom yam.
Tiga hari lepas Amie masak sayur campur kacang Holland, ditambah cendawan shiitake dan putik jagung. Sewaktu makan, Firdaus tanya: Bolehkah Mommy masak tom yam? Masukkan putik jagung? Kita senyum saja, tak menyahut.
Tom Yam Daging & Ceker |
Kita ikutkan sahajalah keinginannya. Yang penting Firdaus bersemangat untuk mengikuti kelas tambahan. Harapnya, balik nanti sukalah dia makan tom yam. Amie dengan Encik Suami sudah makan sebelum pukul enam petang tadi. Nanti sewaktu Firdaus hendak makan, bolehlah panaskan semula.
Keputusan Choral Speaking Competition 2025 Daerah Lahad Datu. |
Tom Yam untuk Firdaus. |
Nanti, pukul 8:30 malam Encik Suami akan ke sekolah agama untuk mengambil Firdaus.
3 comments
Alhamdulillah dan Tahniah Firdaus dengan pasukan Choral Speaking. Sedapnya Tomyam tu Kak Amie.
BalasPadamMacam tajuk drama melor untuk firdaus tapi ni tomyam untuk firdaus. Hihi. Nampak sedap tu pasti berselera makan nanti. Cie paling suka tengok choral speaking masa sek rendah. Dulu2 ada kat tv sekarang takde dah nampak.
BalasPadamKesian budak sekolah sekarang.
BalasPadamNgalahkan orang bekerja.
Takde masa nak main sungai macam wak sekolah jaman dulu kala.