Selamat Pagi Al Hambra

12:20 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Buenos días Alhambra @ Selamat Pagi Al Hambra.

Untuk mukadimah entri ini, sukar pula untuk memulakannya.
Apatah lagi masih terngiang-ngiang di telinga suara tour leader yang mengatakan peristiwa Alhambra merupakan kisah yang sangat hiba.

Ketika kami melangkah masuk, diselimuti udara pagi yang amat dingin, cahaya matahari pula seolah-olahnya sedang menyentuh lembut dinding-dinding merah yang telah berdiri sejak ratusan tahun lalu. Alhambra (dalam bahasa Arab) bermaksud Si Merah mengambil nama sempena gelaran ayahanda kepada pengasas Al Hambra, iaitu Sultan Muhammad I. 

Al Hambra yang tersergam di atas Bukit Sabika di kaki pergunungan Sierra Nevada adalah kubu seluas 740 meter panjang dan 40 hingga 220 meter lebar. Di atas pelan tanah memanjang, besar di tengah dan mengecil di kiri dan kanan, terbinanya Alhambra, istana hebat dari zaman pemerintahan Islam di Granada, Sepanyol. Dengan kedudukan setinggi 790 meter dari aras laut, Alhambra adalah tempat bertakhta 24 Sultan Nasrid. Benteng terakhir kuasa Islam di Granada adalah kerajaan Nasrid, yang kemudiannya jatuh ke tangan Kristian.

Alhambra dibangunkan kerajaan Islam dari Bani Ahmar atau bangsa Moor (Moria), berasal dari Afrika Utara, sebagai kerajaan Islam terakhir yang berkuasa di Andalusia (kini Sepanyol) dari 1232 M hingga 1492 M.

Sultan Muhammad dikenali sebagai Al-Ahmar dari Bani Nasr berketurunan Sa’id bin Ubaidah, seorang sahabat Rasulullah dari suku Khazraj di Madinah dikatakan menjadi pengasas pembangunan istana itu (1238-1358 M), yang diteruskan oleh keturunan raja-raja Bani Ahmar.

Rupa bumi yang tidak rata dengan pemandangan luas tidak terhalang, memberi kelebihan untuk mengawasi musuh dari bukit itu. Sungai Darro melingkungi Alhambra pula menjadi sempadan semula jadi, menguatkan ciri pertahanannya sebagai benteng musuh.




Walaupun suasana kelihatan sejuk dan kaku dengan pokok-pokok tanpa dedaun hijau, namun sepanjang perjalanan telinga dapat menangkap bunyi kicauan burung-burung kecil yang hinggap di dahan. Apabila fon telinga kembali menutupi lubang telinga, hilanglah nyanyian merdu dang burung. Biasanya burung-burung akan terbang ke wilayah yang lebih panas pada musim dingin, namun barangkali ada beberapa keluarga burung yang terus menetap di sini.




Biarpun masih dalam musim sejuk, tetapi bunga-buangaan kelihatan mekar berkembang menyerikan suasana.




Peristiwa pengepungan Ratu Isabella terhadap Al Hambra:
  • Pada abad ke-15, satu-satunya kerajaan Islam yang ada di sepanyol adalah Kerajaan Granada di bawah kekuasaan Dinasti Nasrid.
  • Ratu Isabella dan suaminya, Raja Ferdinand dari Aragon bersatu melalui pernikahan pada 1469 dan bersumpah  untuk menyatukan Sepanyol di bawah panji Kristian.
  • Pada tahun 1482, usaha ketenteraan dilancarkan oleh pasukan Kristian untuk menakluk Granada.
  • Setelah lebih 10 tahun pertempuran dan pengepungan dijalankan, akhirnya pada 1489, pengepungan terakhir terhadap ibu kota Granada dijalankan secara intensif.

Kaki terus melangkah sambil mengenangkan:
  • Al Hambra bukan hanya kediaman raja tetapi lambang kemegahan peradaban Islam  yang telah berlangsung sejak tahun 711M..
  • Pada 02 Januari 1492, di musim dingin Sultan terakhir, Abu 'Abdallah Muhammad ibn Ali ibn Sa'id menyerahkan kunci kota kepada raja dan ratu Katolik (Isbella & Ferdinand).
  • Secara simbolisnya, peristiwa penyerahan kunci kota telah mengakhiri 781 tahun pemerintahan Islam di Sepanyol. Penyerahan ini dilakukan secara damai setelah kesepakatan dicapai bahawa umat Islam akan dijamin haknya untuk beragama dan hidup damai. (Namun sebenarnya janji ini dimungkiri oleh Ratu Isabella).
  • Ketika sultan bersama keluarganya meninggalkan Granada, di puncak bukit baginda menghentikan kudanya dan baginda sempat menoleh ke belakang sambil  menangis melihat kota terakhir Islam jatuh ke tangan musuh. Tempat tersebut kini dikenali sebagai El Suspiro del Moro yang terletak di luar Granada, di jalan pergunungan menuju Alpujarras.
  • Maka berakhirlah  sejarah Islam di Andalusia, tinggallah segala kejayaan ilmu, seni dan peradaban yang pernah menyinari Eropah.
  • Peristiwa ini menjadi penyatuan Sepanyol sebagai Kerajaan Kristian.
  • Setelah menyerah, Sultan Abu 'Abdallah Muhammad dan keluarganya diizinkan pindah ke luar Granada, lalu ke Afrika Utara. Baginda menghabiskan sisa hidupnya di Fez (Fès), Maghribi, dan meninggal di sana pada tahun 1533.


Benar, tidak mudah untuk Amie menulis entri kali ini. Apabila direnung kronologinya, dan dihayati kisah perjalanan perjuangan tamadun Islam di Andalusia memang sangat menyentuh hati. Apatah lagi mengenangkan peristiwa berdarah di bumi saudara kita di Palestin, saban hari melalui kehidupan penuh derita yang tidak dapat dibayangkan keperitannya. Seakan-akan terbayang kekejaman dan penyiksaan yang dilalui oleh umat Islam di Granada berabad lalu.



Untuk memahami jalan cerita Al Hambra ini, mari kita berkenalan dengan Ratu Isabella. Ratu Isabella I dari Castile, meskipun dikenang sebagai tokoh besar dalam penyatuan Sepanyol, baginda juga  dikenang sebagai tokoh yang sangat keras dan kejam terhadap umat Islam selepas jatuhnya Granada pada 1492. Kekejaman itu terjadi melalui berbagai  penindasan keagamaan dan sosial terhadap Muslim (dan juga Yahudi) yang sebelumnya hidup berabad-abad di Andalusia.

Kekejaman Ratu Isabella terhadap Umat Islam:
Pengkhianatan Perjanjian Granada (1492)
Setelah penyerahan Granada oleh SultanAbu 'Adallah Muhammad,  kerajaan Katolik                berjanji kepada umat Islam bahawa mereka akan:
  • Dibiarkan hidup dengan damai
  • Bebas memeluk Islam
  • Bebas berkomunikasi dalam bahasa Arab
  • Bebas mengajar anak-anak mereka ajaran Islam

 Namun, janji itu tidak ditepati. Dalam waktu kurang dari 10 tahun:
  • Masjid-masjid ditutup atau diubah menjadi gereja
  • Bahasa Arab dilarang digunakan
  • Buku-buku dalam bahasa Arab dibakar
  • Imam-imam diusir atau dibunuh

Pemaksaan Menganut Kristian:
  • Ribuan umat Islam dan Yahudi dipaksa dibaptis dan menjadi penganut Kristian.
  • Siapa yang enggan akan menghadapi diusir  atau dijatuhi hukuman mati.
  • Mereka yang berpura-pura masuk Kristian tapi masih mengamalkan ajaran Islam secara diam-diam disebut Moriscos dan diburu.
  • Spanish Inquisition yang bermula sekitar 1478 memainkan peranan utama dalam penyiksaan dengan pelbagai cara seperti strappado iaitu menggantung mangsa dengan tangan terikat di belakang. 
  • Selain itu  penyiksaan cara waterboarding iaitu pihak Gereja Katolik dan kerajaan Sepanyol turut melakukan penyiksaan berupa - mangsa akan diikat dan kainakan diletakkan di muka mereka, lalu air dituangkan suopaya mereka berasa lemas. Hal ini akan menyebabkan mangsa berasa panik yang melampau, sukar bernafas dan mengalami trauma psikologi yang teruk.
  • Pemecahan jari dan kuku
  • Penggunaan roda penyiksaan (roda pematah tulang) atau dikenali sebagai breaking wheel atau Catherine Wheel merupakan alat penyiksaan yang kejam dan menyakitkan. Alat penyiksaan ini merupakan roda kayu besar seperti roda pedati yang digunakan untuk mematahkan tulang mangsa dan memanjangkan penderitaan secara perlahan-lahan sebelum mati. Mangsa akan diikat pada roda atau di tanah dengan roda besar digulung ke atas badan. Kadangkala mangsa diikat dengan tangan dan kaki terbentang pada jari-jari roda. Untuk mematahkan tulang, orang yang menjatuhkan hukuman mati akan memukul anggota badan mangsa dengan tukul besi atau kayu besar. Tujuannya supaya dapat mematahkan tulang lengan, kaki, dan rusuk, tanpa membunuh serta-merta, supaya mangsa merasai kesakitan selama mungkin. Selain itu, melalui cara pusingan dan paparan pula, roda itu kemudian dipusingkan dan dipamerkan di tempat awam sebagai amaran kepada orang lain. Kadang-kadang mangsa dibiarkan hidup berhari-hari dalam keadaan menggeliat kesakitan hingga mati perlahan-lahan.
  • Mereka yang dituduh sebagai “Muslim rahsia” (crypto-Muslim) akan dipaksa mengaku dan dihukum.
Hukuman Pengadilan Sepanyol:
  • Didirikan oleh Isabella dan Ferdinand pada 1478.
  • Pada mulanya  ditujukan kepada orang Yahudi yang masuk Kristian secara paksa (Conversos), tapi kemudian juga disasarkan ke atas Moriscos (Muslim yang berpura-pura masuk Kristian).
  • Kekejaman yang dilakukan termasuklah penyiksaan dan pembakaran hidup-hidup bagi yang dianggap murtad. Banyak umat Islam dibunuh tanpa proses pengadilan, sekadar dicurigai kerana masik mengamalkan ajaran Islam, hukuman terus dijalankan.
Pengusiran Beramai-ramai:
  • Pada awal 1500-an, pemerintah menjadi lebih kejam - semua Muslim yang menolak masuk Kristian harus keluar dari Sepanyol.
  • Ribuan keluarga Muslim meninggalkan rumah, harta, dan tanah yang mereka miliki selama ratusan tahun.
  • Banyak yang meninggal dalam perjalanan ke Afrika Utara karena kelaparan dan serangan. Ada kisah sedih yang ditinggalkan - mereka dijanjikan untuk menyeberang ke Afrika Utara, tetapi semua kapal dibakar! Akhirnya mereka dibunuh.
Penghapusan Budaya Islam
  • Seni bina Islam dihapuskan atau dikristiankan.
  • Nama-nama Arab diubah
  • Identiti sejarah Islam dihapuskan secara sistematik
 Kesimpulan: Fanatisme atas Nama Agama
  • Ratu Isabella sering disebut sebagai pemimpin fanatik Katolik, yang percaya bahwa Sepanyol hanya boleh menjadi negara Katolik murni. 
  • Pada pandangan baginda : Tidak ada tempat untuk Muslim atau Yahudi dan penyatuan Sepanyol = penyatuan agama.
  • Dari sudut pandang umat Islam, pemerintah Isabella bukan hanya kekejaman, tapi pembersihan budaya dan agama (cultural and religious cleansing).
Ahli sejarah menyebut bahawa segala peristiwa yang berlaku merupakan warisan luka yang panjang. Hal ini kerana jejak penderitaan itu masih dikenang sehingga hari ini. Tambahan pula banyak keturunan Moriscos masih tercari-cari identiti mereka. Sejarawan Islam melihat era Isabella sebagai zaman kelam ( fitnah besar) dalam sejarah umat Islam di Eropah.

Setakat ini dahulu yang dapat Amie kongsikan peristiwa menyayat hati umat Islam pada waktu itu. Nanti Amie akan sambung semula dalam lawatan ke tempat yang lain. Sekarang kami sudah melalui pintu Al Hambra dan meneruskan lawatan melihat tapak warisan dunia UNESCO yang meliputi:
  • Istana Nasrid - Palacios Nazaries
  • Taman Generalife - Jannat al-Arif
  • Alcazaba - Kubu Pertahanan
  • Istana Charles V - Palacio de Carlos V
  • Seni Kaligrafi dan Simbolik Islam
Pendek kata, dengan kunjungan ini kami bukan sekadar melihat bangunan bersejarah tetapi turut menghayati keagungan tamadun Islam Sepanyol yang telah lenyap secara fizikal tetapi tetap kekal dalam warisan seni bina dan budaya.





Video suasana di dalam Al Hambra.


Dinding Al Hambra.



Sebelum kita bercerita tentang dinding dalam istana, kita lihat dahulu dinding luar Al Hambra sebagai simbol kekuatan dan fungsi pertahanan. Dinding luar Al Hambra, terutama di kawasan Alcazaba (kubu pertahanan), tebal dan kukuh, dibina daripada batu, bata dan mortar kapur. Iamempunyai menara-menara pengawal seperti Torre de la Vela serta laluan peronda, menunjukkan fungsi ketenteraan selain estetika.

Sekarang kita saksikan reka hias dinding dalam istana, contohnya istana Nasrid dindingnya lebih halus dan sarat dengan hiasan. Permukaan dinding dihiasi dengan ukiran stucco (plaster gipsum yang diukir secara halus). Ukiran ini terdiri daripada Kaligrafi Kufic dan Naskh – biasanya pujian kepada Allah, surah pendek al-Quran, dan puisi Arab. Selain itu terdapat motif geometri – berulang secara simetri, melambangkan keteraturan ciptaan Tuhan. Terdapat juga corak arabesque – tumbuhan menjalar dan bunga, melambangkan syurga. Di bahagian bawah dinding biasanya ditutupi dengan jubin seramik berwarna-warni dalam corak geometri kompleks (zellij). Fungsi jubin ini bukan sahaja hiasan, tetapi juga membantu mengawal kelembapan pada dinding. Di bahagian atasnya pula kadang-kadang dihiasi muqarnas, atau dicat secara halus.


Keunikan dinding Al Hambra.







Siling Al Hambra








Seni bina Al Hambra.





Keindahan seni bina Al Hambra





Bumbung Al Hambra mempunyai reka bentuk tradisional Andalusia. Biasanya berbentuk segi tiga (gable roof) dan berjubin tanah liat merah (terracotta), sesuai dengan iklim Mediterranean. Bahagian bumbung ini menyokong sistem pengudaraan semula jadi, membolehkan udara panas keluar dan udara sejuk masuk dan merupakan teknologi pasif yang bijak untuk cuaca panas.

Di bawah bumbung utama, terutamanya di dewan-dewan istana, terdapat siling kayu yang dihias indah dengan menggunakan teknik yang dikenali sebagai artesonado iaitu siling berpanel kayu dengan reka bentuk geometri Islam. Ukiran-ukiran di siling juga dipenuhi kaligrafi Arab, motif geometri, dan corak arabesque mencerminkan keindahan dan falsafah Islam.

Beberapa bahagian dalam Al Hambra, seperti Sala de los Abencerrajes dan Hall of the Two Sisters, menampilkan muqarnas iaitu elemen arkitek Islam yang menyerupai sarang lebah atau stalaktit. Muqarnas biasanya terdapat di kubah atau sudut bumbung dalam ruang dalaman dan melambangkan peralihan dari dunia fana ke alam Ilahi.

Selain keindahan seni, bumbung Al Hambra dibina dengan ketelitian fungsi bagi memastikan pengaliran air hujan yang lancar, tahan terhadap panas, dan tahan lama. Penggunaan kayu seperti cedar yang tahan serangga dan kelembapan juga menunjukkan kefahaman mendalam terhadap bahan binaan.

Dalam seni bina Islam, bumbung bukan hanya struktur fizikal tetapi juga membawa makna metafizik. Langit terbuka diwakili oleh struktur bumbung, manakala hiasan geometri mencerminkan keteraturan ciptaan Tuhan.


Dinding dan siling Al Hambra










Seterusnya kita melawat ke Court of Lions pula.


Court of the Lions (Bahasa Arab: Sahn al-Asad, Sepanyol: Patio de los Leones) adalah salah satu bahagian paling terkenal dan ikonik dalam kompleks Istana Al Hambra.   Court of the Lions menjadi simbol kebudayaan Islam Andalusia, perpaduan seni, sains, spiritualiti dan keindahan. Antara ciri utama Court of the Lions:

Pelan Segi Empat & Kolonad:
Ruang terbuka berbentuk segi empat tepat, dikelilingi oleh galeri berkolon (kolonad) yang terdiri daripada 124 tiang marmar halus bergaya Arab. Setiap sisi mempunyai pintu gerbang yang menuju ke ruang penting lain seperti:
Sala de los Abencerrajes
Sala de las Dos Hermanas
Sala de los Reyes
Sala de los Mocárabes

Air Pancut Singa (Fuente de los Leones) :
Di tengah-tengah halaman terdapat air pancut marmar putih yang dikelilingi oleh 12 patung singa sebagai saluran air. Setiap singa mewakili kekuasaan, keagungan, dan mungkin 12 suku atau tokoh penting, walaupun makna tepatnya masih menjadi perdebatan. Air mengalir dari mulut singa melalui sistem paip tersembunyi ke empat saluran air yang memancar keluar secara bersilang — melambangkan empat sungai syurga dalam Islam.

Simbolisme dan Falsafah Islam - Taman Syurga
Court of the Lions menggambarkan konsep jannat - taman syurga  dalam Islam meliputi ruang tertutup dengan air yang mengalir, kehijauan, dan kedamaian. Reka bentuk simetri dengan aliran air dari tengah menyimbolkan pusat alam dan ketertiban kosmos.

Kaligrafi dan Hiasan:
Tiang, gerbang, dan dinding galeri dihiasi dengan ukiran stucco yang rumit, kaligrafi Arab (pujian kepada Allah dan sultan) dan muqarnas (hiasan sarang lebah) pada lengkungan pintu dan siling.

Teknologi & Kejuruteraan:
Sistem pengaliran air di pancut dan salurannya sangat maju dengan menggunakan daya graviti dan tekanan semula jadi Ia masih berfungsi hingga hari ini. Teknologi dan kejuruteraan ini menunjukkan perpaduan antara seni, sains, dan keagamaan.











Video pemandangan siling.




Banyak tulisan Wa la ghalib illa Allah yang bermaksud: Tiada kemenangan selain daripada Allah – merupakan ambang Dinasti Nasrid.







Pemandangan taman yang indah melalui tingkap.






Pemandangan di sekitar Granada.




























Sebelum meninggalkan Al Hambra, sempat singgah di Guide Books & Souvenirs. Untuk kenang-kenangan, belilah tumbler sebuah. Sebenarnya tumbler begini banyak di Morocco tetapi hati tidak tergerak untuk membelinya. Di Morocco harganya berbeza dari satu kedai dengan kedai yang lain antara 90 -150 Dirham (RM45-75.00). Ramailah kawan-kawan beli sewaktu di Morocco untuk buah tangan. Di sini harganya 22.90 EURO - RM125.00. Pejam mata sajalah membayarnya, takut nanti teringat-ingat apabila sudah sampai ke tanah air.

Walaupun harganya lebih mahal berbanding di Morocco tetapi istimewanya pada penutup tumble ada tulisan Alhambra! Kita gunakan untuk bawa bekal air panas ke ladang.


Walaupun pagi itu hanya melawat Al Hambra tetapi banyak iktibar yang kami perolehi misalnya kejatuhan tamadun Islam di Sepanyol (al-Andalus) adalah satu peristiwa bersejarah yang kompleks dan menyayat hati, melibatkan kejatuhan politik, penghapusan budaya, dan pemaksaan agama. Tamadun Islam di Sepanyol wujud selama lebih 700 tahun (711–1492), dan pernah menjadi antara pusat ilmu, seni bina, sains, dan toleransi agama yang terunggul di Eropah.

Kronologi terbinanya tamadun Islam di Sepanyol bermula pada tahun 711M, panglima Umayyah iaitu Tariq ibn Ziyad bersama 12,000 tenteranya menyeberangi Selat Gibraltar dan menewaskan Raja Visigoth. Wilayah itu dinamakan al-Andalus, dan menjadi sebahagian daripada empayar Islam Umayyah, kemudian diperintah secara berasingan seperti:
  • Emiriyah Cordoba
  • Khilafah Cordoba (929 M)
  • Kerajaan-kerajaan Taifa
  • Dinasti Almoravid dan Almohad dari Maghribi
  • Dinasti Nasrid di Granada (1238–1492)
Selama berabad-abad, al-Andalus menjadi pusat keilmuan, teknologi, dan seni bina, dengan tokoh seperti:
  • Ibnu Rusyd (Averroes) – falsafah & perubatan
  • Al-Zahrawi – perubatan
  • Ibnu Hazm – sastera & agama
Kejatuhan Secara Berperingkat:
  • Reconquista (Penaklukan Semula Kristian) - Usaha selama berabad-abad oleh kerajaan-kerajaan Kristian di utara Sepanyol (seperti Castile, Aragon, León) untuk menawan semula wilayah Islam. Bermula sejak abad ke-8 dan memuncak secara beransur-ansur.
  • Kejatuhan Kerajaan-kerajaan Taifa - Kerajaan kecil Islam (Taifa) mula berpecah selepas kejatuhan Khilafah Cordoba (1031 M). Perpecahan ini memudahkan penaklukan oleh kuasa Kristian.
  • Kemerosotan Kuasa Islam - Kuasa politik dan ketenteraan Islam semakin lemah. Dinasti terakhir, Nasrid di Granada, hanya menguasai wilayah kecil di selatan.
Kemuncak Kejatuhan 1492:
  • 2 Januari 1492 - Sultan Muhammad XII (Boabdil), raja terakhir Nasrid, menyerahkan Granada kepada Raja Ferdinand dan Ratu Isabella (Reyes Católicos). Ini menandakan tamatnya pemerintahan Islam di Sepanyol.

Akibat Kejatuhan Islam:
  • Pemaksaan Agama - Perjanjian Granada (1492) menjanjikan kebebasan agama kepada umat Islam, tetapi tidak ditepati. Dalam masa beberapa tahun, masjid ditukar menjadi gereja, bahasa Arab diharamkan dan umat Islam dipaksa memeluk Kristian (menjadi Moriscos).
  • Institusi gereja yang menyiasat dan menyeksa mereka yang disyaki kembali kepada Islam atau Yahudi secara rahsia.
  • Penyiksaan, pengusiran, dan pembunuhan secara besar-besaran berlaku.
  • Tahun 1609–1614, semua Moriscos diarah keluar dari Sepanyol.
  • Ratusan ribu terpaksa berpindah ke Afrika Utara, Turki Uthmaniyyah, dan negara lain.

Kesan kepada Dunia Islam dan Sepanyol:
  • Kepada Dunia Islam: Kehilangan salah satu pusat tamadun Islam yang paling cemerlang. Banyak manuskrip dan karya ilmu Islam dimusnahkan atau disimpan di Eropah.
  • Kepada Sepanyol: Kehilangan masyarakat yang pernah menyumbang besar kepada ilmu, ekonomi, dan budaya. Penyeragaman agama dan budaya menyebabkan kemunduran pemikiran bebas untuk seketika.
Kejatuhan tamadun Islam di Sepanyol bukan sekadar kejatuhan satu kerajaan tetapi merupakan kehilangan identiti, pemaksaan budaya dan melenyapkan warisan cemerlang Islam di bumi Eropah. kehilangan identiti, pemaksaan budaya, dan lenyapnya warisan cemerlang Islam dari bumi Eropah. Namun, warisan itu masih boleh dilihat hari ini di tempat seperti Alhambra, Masjid Cordoba, dan melalui pengaruh seni bina serta ilmu yang telah meresap ke dalam Eropah dan Dunia Barat.

7 comments

  1. semua tempat cantik....penuh dengan kisah sejarah, rasa tak nak balik kalau saya hehehhhehe

    BalasPadam
  2. banyaknya tempat menarik....kat sana memang paling tinggi pernah cecah suhu berapa ye

    BalasPadam
  3. Artikel ini penuh dengan foto-foto indah berhubungan dengan suasana istana Al Hambra saat ini. Rupanya istana tetap terjaga dengan baik dan menjadi tujuan wisata.

    Tapi tak tahan rasa pilu membeca kisah dinasti Islam terakhir disana dan bagaimana perlakuan terhadap umat muslim disana.

    Salam,

    BalasPadam
  4. Subhanallah semua cantik, dia punya rekabentuk bangunannya tu. Sayang dan sedih bila baca kisah alhambra sebuah kota peninggalan terakhir Islam di Sepanyol. Sedangkan dulu ia sangat gah pada zamannya...

    BalasPadam
  5. sedih betul baca kejatuhan islam di sepanyol ni, memang macam situasi di palestine. harap ratu isabella tu kena azab paling teruk di akhirat nanti

    cantik betul interior bangunan tu, penuh dgn ukiran yg sanat halus pembuatannya.

    BalasPadam
  6. subhanallah seronoknya baca kisah kak amie dapat jejak kaki ke sana.. tp tu lah ana ni jenis tak tahan cuaca sejukk ehehehe

    BalasPadam
  7. Seni ukur yang sangat kreatif..terpukau juga melihat gambar gambar menarik sekali

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe