Sedap Juga Makan Nasi Lemak Lauk Kari Ikan Tenggiri
7:52 PGBismillahirrahmanirrahim.
Hari ini ladang kami cuti peristiwa setelah para pekerja dan murid-murid bertungkus-lumus menjayakan Program A.G.E - Aspire For Greatness In Education pada hari Sabtu. Sebentar lagi kami akan keluar cari sarapan. Sementara itu bolehlah tulis entri dulu.
Hari Sabtu malam Ahad, Firdaus ternampak gambar nasi lemak yang Encik Suami kongsi dalam group WhatsAap keluarga. Kata Firdaus : Kenapa tak bawa Daus makan sekali? Oh, sayang Daus. Waktu itu Daus sibuk membuat rakaman pertandingan Choral Speaking sehingga pukul tiga petang!
Jadinya, kelmarin kami bawa Firdaus untuk makan nasi lemak di tempat yang sama. Terpulanglah kepadanya samada hendak makan nasi lemak atau memilih menu yang lain. Kami sampai di kedai ini pun sudah lewat pukul 11 pagi.
Nasi Lemak Kari Ikan Tenggiri |
Menu yang dipesan:
- Wat Tan Sang Mian
- Fried Wantan
- Nasi Lemak Chicken Chop
- Nasi Lemak Ikan Tnggiri
- Lemon Sui (Hot)
- Calamansi Sour Plum Jelly Ball Ais
- Strawberry Jelly Ball Ais
Encik Suami - Lemon Sui (Hot) |
Firdaus - Strawberry Jelly Ball Ais Amie - Calamansi Sour Plum Jelly Ball Ais |
Wantan Goreng |
Selepas sampai minuman ke meja, datang pula Wantan Goreng.
Snack ini memang sekelip mata saja licin!
Kemudian datang Nasi Lemak Ikan Tenggiri. Wah, dengan harga RM16.80 sen, dapat set nasi lemak berlauk kari ikan tenggiri yang sangat berbaloi! Asa dua keping, bahagian isi ikan tenggiri di bahagian bawah, dan bahagian ekor dibelah dua bertenggek di atas. Lengkap dengan di biji kacang bendi.
Sesekali hendak juga merasa lauk nasi lemak yang berbeza. Di sini banyak lauk pilihan, selain menu nasi lemak biasa. Boleh pesan udang, sotong, lobster, pelbagai jenis ikan, rendang daging, ayam, sambal paru dan lain-lain. Tidaklah pelik sangat rasa Nasi Lemak Ikan tenggiri sebab kuah karinya pekat dan boleh bersahabat dengan nasi lemak.
Nasi Lemak Chicken Chop |
Firdaus pula apabila terbampak Nasi Lemak Chicken Chop terus jatuh hati. Dia tak nampak ada snack kentang goreng! Kalau tidak, itulah yang dipilihnya.
Banyak juga chicken chopnya, sampai Firdaus pelawa kami makan sama.
Wat Tan Sang Mian |
Menu terakhir sampai ialah pesanan Encik Suami iaitu Wat Tan Sang Mian @ Wat Tan Hor Sang Mee. Menu ini merupakan hidangan Mi Kantonis yang terdiri daripada mi sang atau mi yang digoreng rangup, dihidang dengan kuah telur putih pekat dan campuran lauk udang, sotong, fich cake dan sayuran.
Wat Tan Sang Mian didatangkan bersama cili jeruk.
Cili Jeruk |
Encik Suami simpan resit pembayaran. Sudah keronyok baru teringat untuk ambil gambar. |
9 comments
ini dah ala-ala nasi dagang ni kak amie... hihihi... selamat bercuti peristiwa yaaa
BalasPadamHuntungnyer di daus nak makan apa semua dapat.
BalasPadamEnak semua ini sih kak... Jadi nambah terus 😄
BalasPadamfuhhh memang sedap tengok tu...tapi tang ikan tenggiri tu memang menggoda betul
BalasPadamikan tenggiri, kalau dpt ekor mmg habis sy kerjakan. sbb suka sgt rasa lemak2 kat bahagian ekor tu hahahaha
BalasPadamsedapnyaaaa....ikan tenggiri tu mencuit hati.....kalau saya dah makan berat waktu pagi sampai ke petang kenyang....
BalasPadamNasi lemak dengan kari ikan tenggiri tu, feeling macam makan nasi dagang kot, Kak Amie. Sebab tu serasi bersama.
BalasPadamAlahaiii Daus samale dgn acik notie nampak ada nasi lemak chicken chop terus order tu. Biasa nasi lemak layan dengan lauk paru goreng lah rendang lah sambal ayam lah jarang saya dengar layan dengan kari ikan tenggiri. Pekat kuah dia
BalasPadamMenarik dan berbaloi bayar kalau begitu banyak ikan diberi.. Puas hatilah.. Sedap juga ni makan nasi lemak dengan lauk begini..
BalasPadam