Terlajak 77 Kilometer Dari Tronoh! Patah Balik ke Seri Iskandar Cari Char Kuetiaw

10:32 PG

Bismillahirrahmanirrahim.
Petang Isnin, 29 Mei 2023. Kami sempat solat jamak taqdim di rumah Wak Kanang. Cadangnya hendak terus ke Tronoh, rumah sewa Abang Farid. Encik Suami hendak cepat sampai kerana katanya nanti Abang Farid lebih laju bawa kereta. Jadi, kami berdua bergerak dahulu kerana Abang Farid dan Aseeyah belum selesai solat. Firdaus ikut kereta Abang Farid.

Biasanya Amie gunakan Google Maps untuk menuju ke satu-satu destinasi. Kali ini Abang Farid sarankan gunakan WAZE pula untuk sampai ke rumahnya. Jadi, kami pun gunakan aplikasi Waze, ikut lebuhraya. Dijangka lebih kurang dalam dua jam perjalanan untuk sampai destinasi.

Beberapa kali jugalah Abang Farid menelefon bertanya kedudukan kami. Sudah melepasi tol kah? Berapa lama lagi akan sampai ke Tronoh? Kami singgah di stesen minyak untuk isi minyak kereta dan ketika itu Abang Farid melepasi kami. Encik Suami kata kalau mengantuk tidurlah. Kita pun terlelap, dan sekejap-sekejap terjaga semula.

Waze menunjukkan 4.5 kilometer lagi untuk sampai apabila Abang Farid beritahu mereka sudah sampai ke rumah. Apabila satu kilometer lagi hendak sampai destinasi, Waze arahkan dalam 200 meter belok ke kanan, tetapi kami tidak jumpa simpang masuk! Yang ada hanyalah hutan. Kami pusing semula untuk mencari arah yang sama. Sekali lagi Waze arahkan dalam 200 meter belok ke kanan, dan tetaplah kami nampak hutan di situ. Tidak ada sebarang jalan untuk masuk.

Ketika itu sudah menjelang senja dan jam menunjukkan pukul 7:30 malam! Sepatutnya kami sampai ke rumah Abang Farid sekitar pukul 6:30 petang. Melihat suasana yang semakin gelap dan sepi serta dikelilingi bukit-bukit batu kapur, Encik Suami perlahankan kereta. Tiba-tiba suara perempuan dalam Waze bertukar menjadi suara lelaki pula!

Aik???
Alamak!
Boleh pula bertukar suara jantina!
Kami berpandangan!
Ya Allah!
Untuk meredakan perasaan, Amie bergurau : Agaknya perempuan tadi dah penat beri arahan, jadi digantikan dengan lelaki pula.
 
Tiba-tiba rasa seram sebab melihat skrin terpapar 12 kilometer pula untuk sampai ke rumah Abang Farid. Sebentar tadi hanya satu kilometer sahaja, sekarang berubah menjadi 12 kilometer pula.

Encik suami berhentikan kereta di tepi jalan, dan Amie telefon Abang Farid. Abang Farid sudah sampai di rumahnya!
Amie mencari arah ke Tronoh menggunakan Google Maps.
Rupanya kami sudah terlajak sejauh 77 kilometer dari Tronoh!
Dan terpaksa patah balik sejauh 77 kilometer pula ke Tronoh.
Bermakna 154 kilometer kami membazir waktu di jalan raya!

Hampir pukul 9:30 kami akan menghampiri Tronoh. Perut pun bukan main lapar. Maklumlah hanya makan pizza sahaja di Domino's Setia Alam. Encik Suami terus menghala ke Lock Luck Char Kuey Tiaw Seri Iskandar kerana tempat makan di sini dibuka sehingga lewat malam. Kami pernah makan di sini Disember 2022.

Amie telefon Abang farid untuk turut serta makan di Lock Luck Char Kuey Tiaw Seri Iskandar, tetapi Abang Farid kata sudah tidak larat untuk bersiap keluar. Jadi, Abang Farid minta bungkuskan makanan sahaja. Kami belikan Char Kueytiaw dan Otak-Otak. Sebenarnya tidaklah begitu berselera sangat untuk makan apabila mengenangkan perjalanan jauh, sesat dan keletihan! Untuk tidak membiarkan perut kosong, kami memesan:
  • Char Kuetiaw
  • Sate & Nasi Himpit
  • Otak-Otak
  • Jus Oren & Jus Lobak Merah

Char Kuetiaw

Char Kuetiaw ini sedap tapi seco'et sahaja. Encik Suami kurang berselera makan, mungkin letih dan ingin cepat-cepat berehat. Apa yang menyeronokkan sudah tentulah sebab ada otak-otak. 

Otak-Otak

Jus Oren & Jus Lobak Merah


Kami makan sate dan nasi himpit. Ada dua jenis sate, iaitu sate ayam dan satu lagi sate paru.

Agaknya kena pesan dua pinggan kalau hendak puas makan char kuetiaw di sini. Sangatlah sedapnya apabila ditambah dengan cili jeruk!

Cerita sesat jalan dan suara perempuan berubah menjadi suara lelaki dalam Waze sudah tentu tidak dapat kami lupakan!


16 comments

  1. boleh tahan jauh gak uturn nya amie hehe :) nasib baik ada char kuew tiau :)

    BalasPadam
  2. Allahu Akbar, mujurlah semuanya baik2 sahaja, Kak Amie.
    Dalam pada sesat, jumpa pulak Char Kuey Teow yang sedap, hihi.

    BalasPadam
  3. aduh jauh betul tu kak sesat jalannya tu, tang waze tu tukar suara udahla malam seram jugak la kalau kita kan kan...

    BalasPadam
  4. Saya dah lama tak guna Waze, sebab app tu pernah bagi salah jalan pada saya juga, tapi di KL waktu tu. Sejak tu, saya setia dengan google maps.
    Sesat rupanya, hikmah, dapat makan char kuetiau sedap, dan sate paru, di Seri Iskandar. :)

    BalasPadam
  5. Cerita sesat perjalanan ni memang selalu berlaku

    BalasPadam
  6. Lain kali kalau nak pergi rumah abang farid, mesti akan terkenang cerita seram ni kan cikgu. Alhamdulillah semuanya baik² je. Dapat makan charkuetiaw sedap pulak tu.

    BalasPadam
  7. jauh juga disesatkan waze ya..seram juga suara tiba2 bertukar tu

    BalasPadam
  8. Allahuakbar! Seram pulak Kak Amie bila bertukar suara tu. Sekarang waze ni suka menyesatkan orang. Tak pasal pasal kena patah balik semula.

    BalasPadam
  9. Nasib baiklah kak amie tau jugak ada kedai makan lepas tersesat tu... kalau x tau mau menggagau lapar dgn stress terpaksa patah balik tu.. syukur semuanya dah dipermudahkan

    BalasPadam
  10. Letih lah kalau terlajak sampai 77km tu..
    Saya suka guna waze tapi asben lebih gemar guna GM.

    BalasPadam
  11. Pergh!! Jauh betul tersasar tu.. Sha memang kurang minat guna waze.. Pernah cuba sekali sahaja dan tersesat sampai ke tengah sawah.. Lepas tu give up terus dengan waze.. kikiki..

    BalasPadam
  12. 254 km mubazir? Tak apa2. Yang penting sampai di alamat.

    BalasPadam
  13. Menyeramkan waze bertukar suara

    BalasPadam
  14. Waze bertukar jantina tu buat SA ketawa tapi dalam masa sama seram kak...kalau SA sure dha panik sebab sesat kan..

    BalasPadam
  15. belum pernah lg experience waze bersuara lelaki..seram jg..tukar shift kot....char kuetiau tu nampak sedap tapi sikit portion dia..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe