Hendak Sarapan Nasi Kerabu, Tapi Dapat Nasi Lemak!
7:57 PTGBanyak deretan gerai makan atau warung di sini. Kami singgah di sebuah gerai untuk sarapan. Melihat ramai pelanggan di situ sudah tentu makanannya sedap. Encik Suami dan Firdaus hendak makan roti telur. Amie hendak makan nasi kerabu tapi sudah habis. Awal juga habisnya. Waktu itu jam menunjukkan angka 8:30 pagi.
Hendak ke gerai lain mencari nasi kerabu, sudah terduduk di situ. Jadi, pilihlah sahaja makanan yang ada iaitu nasi lemak. Peniaga di situ berikan Amie sepinggan nasi lemak dengan hirisan timun, ikan bilis goreng dan sambal tumis. Katanya, pilihlah mana lauk yang disukai. Lauk-pauknya pula banyak yang sudah habis. Hendak ambil ayam goreng, jemulah pula asyik makan ayam. Akhirnya Amie ambil sekeping ikan patin masak lemak kuning. Kuahnya pula sudah habis. Laku betul jualan di sini. Pagi-pagi lagi makanan sudah berkurangan.
Deretan warung makan yang kami singgahi. |
Nasi Lemak |
Bismillah. |
Encik Suami : Kopi |
Encik Suami dan Firdaus memesan roti telur tetapi Firdaus tak cukup makan sekeping. Dimintanya lagi sekeping. |
Roti telur kedua masuk ke perut Firdaus! |
Lebih kurang pukul 9:15 pagi, kami mula meninggalkan Gua Musang. |
8 comments
Daus tu nak makan ke nak main makanan...?
BalasPadamSeronok sangatlah tu dapat tambah roti telur.
PadamJalan Merapoh - Gua Musang, antara laluan yang saya suka sebab kanan kiri bukit batu kapur. Kalau lalu awal pagi, cantik suasana berkabus.
BalasPadamSaya rasa puas sepanjang perjalanan menatap kehijauan alam semula jadi.
Padamkene duduk lama lagi kat situ kak baru dapat layan nasi kerabu dan semua makanan special kelantan
BalasPadamwahhh firdaus smpi 2 keping tu. mesti sedap sgt tu kan kak...
BalasPadamseronok la jenjalan macam ni...nak buat jugak la nanti mana tau lepas kawen ada yang nak melayan SA jenjalan...hehehehe
BalasPadamCepat betul habis makanannya.. mesti ramai yang singgah..
BalasPadam