Bermalam di Basrie Homestay Pagoh Jaya

10:37 PTG

Bismillahrrahmanirrahim.
Sepanjang perjalanan dari Batang Berjuntai hingga ke Muar, kita tertidur!
Sebaik terjaga , destinasi yang dituju hanya tinggal satu minit perjalanan sahaja. Kita terlupa pesanan tuan rumah, Basrie Homestay supaya menelefonnya satu jam lebih awal sebelum sampai! Aduhai... lena sungguh tidur dalam kereta.
Apa pun urusan masuk rumah berjalan lancar walaupun tidak menelefonnya sejam sebelum itu. 
Harga yang ditawarkan oleh Booking.com untuk penginapan di sini sebanyak RM322.65 sen dengan deposit transfer online kepada tuan rumah sebanyak RM100.00.

Homestay ini terletak di kawasan perumahan di alamat:

No.3, Jln Jaya 2/21, Taman Pagoh Jaya,
84600 Pagoh, Muar, Johor.

Selamat Datang ke Basrie Homestay Pagoh


Ruang letak kereta digantikan dengan mini kolam renang. Jadi, kereta berada di luar pagar. Abang Farid pula letakkan keretanya di simpang jalan bawah pokok berhampiran homestay.

Mini kolam renang.

Firdaus terus merebahkan diri sebaik sahaja masuk ke rumah. Penat sangat agaknya!

Ruang tamu.

Tangga menuju ke tingkat atas.

Bilik 1 (bawah) - Katil Queen

Bilik air terletak di bahagian luar bilik, sebelah dapur.


Mi Segera & Air Minuman

Makanan dan minuman yang disediakan di sini perlu dibayar dan harganya akan ditolak dari bayaran deposit:
  • Air Minuman - RM2
  • Air Tin - RM3
  • Air Kotak - RM2
  • Maggie - RM3
  • Ais Krim - RM1

Air Tin dan Air Kotak

Ini air refill penapis Coway untuk kegunaan minum dan masak. Percuma.

Ruang dapur.

Peralatan memasak.

Sudut tangga naik ke atas.



Bilik air. Kemas dan bersih.

Bilik 2 - Katil Queen

Ada sterika.

Ada extra bantal dan selimut serta penyangkut baju.

Bilik 3 - Katil Queen

Almari Solek


Ketiga-tiga bilik tiidur tidak disediakan almari pakaian, hanya ada tempat penyangkut sahaja.

Menyiapkan buah tangan yang akan dibawa untuk merisik dan meminang keesokan pagi.

Basrie Homestay ini pilihan Fuad. Katanya hanya dua minit perjalanan ke rumah bakal tunangnya. Malam itu kami membuat sedikit persiapan untuk merisik dan meminang. Pihak sebelah ingin mengadakan majlis yang ringkas dan kami,  menurut sahaja cadangan mereka. Pada mulanya hendak merisik saja. Hendak dijadikan cerita, terus meminang pula! Jadinya, merisik dan meminang anak orang Muarlah kisahnya.... ahaks!


Ada satu sudut yang agak menarik di hujung ruang tamu. Bolehlah ambil gambar di sini.




Susunan tidak berapa sempurna. Keesokan paginya, apabila Wak Aton sampai dari Selangor bersama suaminya, Wak Aton tolong susun semula.

Kenangan-kenangan di hari bersejarah Fuad.

19 comments

  1. Uncle ni pantang tengok kolam renang... nak terjun!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kolam renang ni untuk Daus... Uncle jangan terjun sini ye hihihiii.

      Padam
  2. Semoga dipermudahkan segala urusan merisik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.
      Semuanya dipermudahkan. Syukur.

      Padam
  3. kira lengkap jugalah homestay ni. macam2 ada utk tetamu... pandai owner tambat hati tetamu

    BalasPadam
  4. Mudah gitu..merisik dan meminang. Sebab memang sudah saling kenal.
    Cantik gubahan tema purple lembut 👍🏽

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah, bakal menambah ahli keluarga rupanya Kak Amie 👍
    Mudah-mudahan segala perancangan dipermudahkan oleh-Nya 🤲

    BalasPadam
    Balasan
    1. In syaa Allah PH.
      Terima kasih atas doanya.
      Amin ya Allah.

      Padam
  6. Nampak selesa homestay-nya. Siap ada swimming pool.
    Senang macam tu, merisik dan meminang. Sebab jauh lokasi nak datang, kan. Saya dan suami dulu, macam tu juga. Lepas tu, terus nikah. Tak de tunang pun. :)

    BalasPadam

  7. Meminang tu sama dengan bertunang tak cikgu?
    Konfius pulak.. biasanya dengar orang sebut cincin risik dan cincin tunang jadi saya assume meminang tu bertunang lah eh.

    BalasPadam
  8. Tak sabar menanti Fuad jadi raja sehari, Kak Amie.

    BalasPadam
  9. Ada pulak mini kolam renang. Homestay selesa juga ni. Kalau Kak Amie dah penat, apatah lagi si kecil Firdaus tu. Tapi kalau berjalan ke sana sini perjalan jauh pulak memang memenatkan. Alhamdulillah masing masing berjodoh dengan orang malaya. Jadi orang Muar pasni lepas Batu Pahat.

    BalasPadam
  10. cantik pilihan warna homestay ni, nampak ceria...kalau ada ramai budak2 kecik, kolam renang mini jd tumpuan..

    BalasPadam
  11. Selesai satu bab kan kak, berapa lama ikatan pertunangan ni...cantik2 haantaran walau simple je..SA ni x siap satu apa pun lagi

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe