Sepinggan Nasi Le Mak Cik Penuh Lauk!
10:35 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Perjalanan dari Gua Musang menemui perhentiannya di Ipoh. Kami bermalam di Tambun In. Menjelang senja Abang Farid menyusul dari Tronoh dan menginap di hotel yang sama. Malam itu Abang Farid bawa kami makan di Plan B.
Masing-masing memilih menu yang digemari.
Encik Suami memesan Nasi Le Mak Cik. Begitulah nama menunya. Ejaannya bukan nasi lemak tapi Nasi Le Mak Cik. Banyak lauknya. Termasuk nasi, rasanya ada 10 benda dalam pinggan!
Encik Suami memesan Nasi Le Mak Cik. Begitulah nama menunya. Ejaannya bukan nasi lemak tapi Nasi Le Mak Cik. Banyak lauknya. Termasuk nasi, rasanya ada 10 benda dalam pinggan!
Nasi Le Mak Cik |
Nasi Le Mak Cik penuh lauk! Pertama kali jumpa nasi lemak dengan keropok belinjo. |
Firdaus : Iced Matcha Latte |
Abang Farid & Aseeyah : Lemonade |
Amie & Encik Suami: Chamomile & Peppermint |
Chamomile & Peppermint |
Bismillah. |
Encik Suami : Nasi Le Mak Cik Oleh kerana banyak lauk nasi lemak, jadi terpaksalah kami bantu Encik Suami habiskan lauk. Sekiraya makanan tidak dihabiskan, denda RM1.00 akan dikenakan. |
Aseeyah : Buttermilk Chicken Carbonara |
Abang Farid : Vietnamese Rice Bowl Chiicken |
Amie : Mom's Laksa Johor |
Mom's Laksa Johor ini memang mewah dengan segala aksesori sehingga menenggelamkan spaghetti! Eh, jumpa jodoh dengan Laksa Johor di Ipoh pula. Agaknya belum sampai jodoh nak makan Laksa Johor di JDT.
Firdaus : Chicken Popcorn Fries Sour Cream & Onion Fries |
Senyum lebar Firdaus dapat makanan kegemarannya. |
Harga makanan RM199.00 tetapi setelah dicampur 10% service charge dan 6% sevice tax jumlahnya menjadi RM230.85 sen.
Sewaktu menuju ke kereta, sempat rakam gambar waktu malam.
Selamat malam Ipoh!
14 comments
Eh, orang belum minta bil, dia dah suruh bayar ya.. hihi. Unik nama makanan tu, mula tak faham ia adalah nasi lemak. Laksa Johor pun nampak sedap. Selalu ke Ipoh, belum pernah mencuba di sini.
BalasPadamMemang macam tu SK. Dari meja ke meja dia bergerak hulur bil dan minta bayar terus.
PadamSaya pun tak sampai lagi ke Ipoh, huhu... Memang ronda2 satu Malaysia Kak Amie & keluarga ye.
BalasPadamKebetulan Abang Farid tinggal di Tronoh, jadi kami saja jew jalan-jalan di kawasan sekitarnya.
Padamwow! fries dia dalam pasu!
BalasPadamKreatifkan Uncle.
PadamHarga makanan dia nampak berpatutan...tapi harga air... macam mahal je
BalasPadamBegitulah, selalu terlajak kayangan harga airnya.
PadamHarga makanan wowww nmpkk sedap jer makanan tuu
BalasPadamMemang sedap Rabia. Lagilah apabila makan sekeluarga, tambahlah sedapnya.
PadamWowwww nasi lemak dia.... tak nampak nasi, accessories banyak betul!
BalasPadamKan!
PadamKami bantu Encik Suami habiskan aksesorinya tu.
Sukanya bila kacang dna ikan bilis tak kedekut.. Puas hati tengok.. Siap ada tempe.. ohsem..
BalasPadamAik..memang konsep dia kena bayar dulu baru makan ke apa ni..hehehe..apapun pemandangan waktu malam kat situ nampak klasik dan cantik sangat
BalasPadam