Burger Ayam & Daging Berperisa Sate Haji Samuri Memang Sedap!

11:16 PG

Bismillahirrahmanirrahim.
Selepas makan di Nasi Arab Husna, kami singgah di Sate Haji Samuri Senawang. Beli sedikit sate dan nasi himpit untuk sesiapa yang lapar waktu malam sebab kami makan nasi sekitar pukul lima petang. Terpikat pula melihat Burger Ayam dan Burger Daging Berperisa Sate. Jadi Amie pun beli kedua-duanya. Setakat ini belum pernah rasa patty ayam dan patty daging perisa sate! Harga? Lupa..... ahaks!

Burger Ayam & Burger Daging Berperisa Sate

Sampai sahaja ke rumah, Abang Farid hendak makan sate! Eh, padahal baru saja makan nasi arab. Agaknya tak tahan aroma sate yang menggoda itu. Amie suruh anak-anak bersihkan diri dan selepas solat maghrib bolehlah makan malam sekali lagi. Kami bawa pulang lebihan nasi arab bersama lauk ayam dan lamb shank. Tak cukup makan sate, boleh ulang makan nasi arab.

Pada masa yang sama, selalulah Abang Farid dan Fuad sebut-sebut nama Fairuz! Ketiga-tiganya jarang terpisah kalau bercuti. Kali ini Fairuz terpaksa uruskan bekalan ikan yang agak banyak di Kota Kinabalu, jadi tidak berkesempatan untuk bersama kami. Encik Suami pun rasa sedih juga apabila dengar nama Fairuz disebut-sebut. 

Setiap hari mereka bervideo call. Kalau Fairuz sibuk, kami hanya bertanya khabar sahaja.


Sementara menunggu anak-anak berkumpul di meja makan, Amie goreng burger di dalam kuali non stick. Aromanya semerbak! Amie hanya goreng tiga keping burger ayam dan tiga keping burger daging. 

Hidangkan burger begitu sahaja bersama sate dan nasi himpit. 
Tiada roti dan tiada salad dan sebarang aksesori untuk burger.


Sedap sungguh rasa burger ayam dan burger daging perisa sate! Isinya padu, pejal tapi lembut dan tidak kedekut ayam atau daging! Di luar bungkusan, arahan yang diberi gunakan minyak, tapi kami tidak ada minyak. Amie letak saja di atas kuali dan gunakan api perlahan. Alhamdulillah walaupun hanya sedikit minyak yang keluar dari burger tetapi tidak melekat kerana gunakan kuali non stick.

Siapkan hidangan ringkas untuk makan malam kami di Mountain View Homestay.

Ada sate perut.

Dan sate ayam.

Sate dilengkapi dengan nasi himpit, hirisan bawang dan timun serta kuah yang sedap.

Saat bahagia sudah tentulah apabila seisi keluarga dapat berkumpul dan makan bersama, walaupun Fairuz nun jauh di Kota Kinabalu.



Lebihan makanan kami simpan di dalam peti sejuk. Nampaknya nasi arab masih berbaki, begitu juga dengan sate dan kuih-muih. Bolehlah dipanaskan dalam microwave keesokan pagi untuk dijadikan sarapan.


Keesokan paginya, Aseeyah panaskan sate, nasi arab, dan kuih di dalam microwave. Encik Suami bersama Fuad dan Abang Farid keluar membeli sarapan.


Nasi arab bersama baki ayam dan kambing yang dipanaskan.


Burger ayam dan daging perisa sate.

Bungkusan baki burger ayam dan sate yang disimpan dalam peti sejuk malam tadi, dikeluarkan dan digoreng. Tak sabar hendak sambung makan burger perisa sate yang sangat sedap ini!


Encik Suami membawa pulang lontong bersama kuah lodeh dan roti canai serta nasi lemak.



Syukur Alhamdulillah.
Maka yang mana satu di antara nikmat Tuhan kamu, yang hendak kamu dustakan?

29 comments

  1. Alhamdulillah, meriah makan malam dan sarapan macam berada di rumah sendiri. Seronok semuanya berkumpul sayang Fairuz jauh di bawah bayu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Moga dapat bersama Fairuz apabila bercuti pada masa yang lain.

      Padam
  2. Kalau balik ke Semenanjung memang meriah makan2 kan. Makanan sedap2 kat sini dan banyak pilihan. Baru tau Hj Samuri ada menjual daging burger. Dah lama tak makan di Satay Hj Samuri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun baru tahu juga ada burger ayam dan daging perisa sate. Tak rugi beli. Sedap!

      Padam
  3. belum jumpa lg burger perisa sate...menarik...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sambil menunggu sate siap dibungkus, mata memandang isi peti sejuk di sebelah kaunter. Di situlah terpandang burger perisa sate.

      Padam
  4. Wah.. bestnya.. ada daging berger perisa sate ye.. Bolehlah dicuba kalau jumpa nanti..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lepas ini kalau jumpa burger perisa sate, saya tak fikir dua kali dah. Terus sambar hahahaha!

      Padam
  5. bestnya kak makan ramai2 macam ni. makanan mcm ni tahan kan boleh makan esoknya..

    BalasPadam
  6. Seronoknya dapat menjamu selera sekeluarga

    BalasPadam
  7. kelihatan menggiurkan patty ayamnya...cocok fimaem bareng nasi arab yang berempah kak amie

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap sangat patty ayam dan daging perisa sate tu Mbul.

      Padam
  8. Ammi tak tau pun di Senawang ada satay Hj. Samuri ni.. bolehlah pergi ni sebab senawang dengan rumah ammi tak jauh pun. nampak burger satay dia pun macam moist juicy gitu

    BalasPadam
  9. menariknya daging burger perisa satay tu kak

    BalasPadam
  10. Lama tak komen di sini. Waktu makan tu lah kita akan jadi teringat sangat kat anak yang takde bersama. Burger berperisa tu memikat sungguh lah kak, nak cuba juga nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah, selalu bercuti bersama tapi kali ini seorang terpaksa bekerja.
      Cubalah, burger perisa sate lain dari burger biasa. Sedap.

      Padam
  11. Wahhh..lain kali kalau pi makan kat satay Hj.Samuri nak tengok juga ada tak daging burger tu. Boleh cuba beli.

    BalasPadam
  12. wah hj samuri dah ada jual berger sate. Kena carik ni. Seronok kan kalau jalan dapat berkumpul semuanya. Hati mak mesti sedih bila salah seorang anaknya tidak ada.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ingatkan banyak dah tahu pasal burger perisa sate Haji Samuri ni.
      Kena carilah juga Notie.
      Hati sedih, tapi kena telanlah juga makanan di depan mata hihihiii.

      Padam
  13. Memang bahagia, dapat makan seisi keluarga, walaupun tak cukup seorang.
    Saya baru tahu Hj. Samuri ada jual burger perasa sate. Kalau jumpa, nak belilah.

    BalasPadam
  14. Baru tahu ada patty perisa sate. Menarik juga tu. Mujur juga beli, kalau tidak menyesal tak dapat rasa. Sedih pulak bila tak cukup korum ni. Biasa kalau bercuti semua ada kan.

    BalasPadam
  15. Wow...ada daging burger perisa sate...keluaran HJ Samuri plak tu..menarik..ni..mana plak nak beli ni...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe