Firdaus Petik Strawberi di Lavender Garden Cameron Highland

4:53 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
30 Mei 2023 bersamaan pada hari Selasa. 
Dari Tronoh kami beralih tempat ke Cameron Highland. Hanya bertiga sahaja bersama Encik Suami dan Firdaus. Kononnya mencari sejuk-sejuk, masuk ke Lavender Garden menemani Firdaus memetik strawberi. Seronok sangatlah Firdaus kerana kali ketiga datang ke Cameron Highland, baru kali ini berpeluang petik buah strawberi.

Firdaus dengan buah strawberi yang hendak dipetik.




Pada mulanya hanya melihat buah strawberi yang masih muda. Nampak seperti tiada harapan untuk petik! Apabila bertanya di kaunter, rupanya ada strawberi yang masak terletak di bahagian belakang. Sekurang-kurangnya kena petik 200 gram buah strawberi dengan harga RM12. Kalau petik satu kilogram, harganya Rm60.00.

Kami sekadar hendak beri pengalaman manis untuk Firdaus merasai sendiri peti buah strawberi.


Memang seronok sungguhlah Firdaus dapat bakul dan gunting untuk petik strawberi. Laju jew dia bergerak dari satu pokok ke satu pokok yang lain untuk memilih dan memetik.







Kami nampak beberapa biji strawberi yang kena gigit. Tak tahulah manusia mana yang gigit dari tangkai. Sudah diberi peringatan tidak boleh makan buah strawberi sewaktu memetik!


Abadikan gambar kenangan sewaktu Firdaus petik buah strawberi.

Asyik senyum saja sewaktu memetik strawberi.



Encik Suami pun tak lepas peluang! Tak dapat petik buah strawberi di Kundasang, baiklah petik di Cameron Highland!

Tak henti-henti Firdaus ucapkan terima kasih kerana kami bawa ke sini.



Strawberi yang dipetik terus ditimbang di kaunter.
Beratnya hampir 1/2 kilogram dengan harga RM29.00.

Hasil tuaian Firdaus dan Encik Suami.

Belanja video Firdaus sedang memetik buah strawberi 
di Lavender Garden Cameron Highland.

24 comments

  1. seronoknya.. buah nya pun besar2 ye. dah lama tak ke CH. teringin pulak.

    BalasPadam
  2. Nampak seronoknya Firdaus dapat petik buah strawberry. Jauh perjalanan kak Amie sampai ke Cameron Highland nun. Hihi..Alang alang dah balik Malaya kan. Maksimakan masa yang ada.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sayang tak jalan-jalan sebab sewa kereta. Rugi bayar kalau kereta tak bergerak hihihii.

      Padam
  3. Seronoknya petik buah strawberry di CH. Dulu kami petik dapat buah yang besar2 jugak. Psst... kak Amie salah tarikh ke tu? Kat situ tulis 30 Jun 2023 🤭 Saya pergi check balik tarikh hari ni takut dah masuk bulan Julai tanpa saya sedar!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Carneyz, memang salah bulan. Sepatutnya Mei saya tertulis Jun pula. Terima kasih, saya sudah betulkan❤️❤️❤️

      Padam
  4. Mantap, Ami. Nengok buah strawberrynya saja udah kenyang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buahnya cantik dan manis pula. Tengok saja pun rasa kenyang ye Ibu Nur.

      Padam
  5. Nanti daus bolehlah buat karangan
    Melawat CH

    BalasPadam
  6. Kami lalu je Lavender Park ni. Nak singgah terlalu ramai orang. Seronok Firdaus, manis je senyum sambil petik strawberry.

    BalasPadam
  7. Bestnya, VM suka sangat p cameron..
    ni pon ada plan nak pegi lagi ahahhah.. insyaAllah

    BalasPadam
  8. Puas Firdaus dapat petik dan makan strawberi fresh ya!

    BalasPadam
  9. Sha tak pernah lagi berjaya buat aksi potong buah strawberry ini.. kikiki.. Comel je Firdaus memetik bua.. Suka betul dengan bunga lavender tu..

    BalasPadam
  10. Senyum simpul Daus ya, pandai pilih yg merah2.

    BalasPadam
  11. mahal memang mahal harganya tapi keseronokan dan pengalaman memetik sendiri tu yang kita nak kan kak. Dah lama tak bawak aiyan ke gohtong kt sana pun ada ladang strawberi jugak

    BalasPadam
  12. Wow..sedapnya buah strawberry.pinternya firdaus pilih buah yang besar"dan merah

    BalasPadam
  13. Freshly pick strawberries mmg sedap kan Kak Amie...lain rasanya dgn yg dah dipetik dan dijual hatta di CH pun...

    BalasPadam
  14. Geramnya nampak merah-merah strawberry tu.. saya ada ajak husband. Tp awal-awal saya bagitahu nak naik CH memang jalan berliku haha

    BalasPadam
  15. Daus tu depan kamera bukan main rajin lagi! hehehehehe

    BalasPadam
  16. Waaa... sekali petik rasa tak mau balik.

    BalasPadam
  17. wah kat lavender dah boleh petik strawberry besor plak tu. Mana lah firdas tak tersenggeh suka kalau saya pun memang syiok.

    BalasPadam
  18. Cantik buah strawberinya, merah-merah. Memang satu pengalaman yang menyeronokkan, ni. Saya sekali tumpang seronok, tengok video Firdaus petik strawberi. :D

    BalasPadam
  19. Seronok bila tengok Firdaus seronok Kak Amie...SA kalau pi CH memang bagi anak2 buah atau Dania petik strawberry tapi selalunya time kami pergi semua strawberry takde yang masak...hehehehe

    BalasPadam
  20. happy Daus dapat petik stroberi...cantik2 stroberi nya..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe