Santai Petang Minggu di Kampung
10:53 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Minggu lepas pada petang Ahad, tiba-tiba kakak ipar Encik Suami ajak ke kampung. Katanya, lama tidak berkumpul minum petang bersama adik-beradik. Kebetulan pula, hari itu hari bapa dan sehari sebelumnya ulang tahun Encik Suami. Jadi, kakak ipar beli sebiji kek merangkap hari bapa dan ulang tahun Encik Suami.
Nampak special pula keknya! |
Adik-beradik Encik Suami. |
Kami santai-santai saja, minum teh sambil makan kuih yang sempat dibeli oleh kakak ipar. Ada pisang goreng bersama kuah kacang.
Ada keropok lekor, epok-epok, wajik dan kuih kasturi. |
Ada kuih terang bulan. Di tempat kita kuih terang bulan dipanggil apam balik. |
Biras kita goreng karipap pusing. |
Datang anak buah lagi satu, Anis bawa cucur udang. |
Anak buah seterusnya, Rini goreng nasi. |
Ada yang bawa roti john. |
Banyaklah kuih-muih petang itu, termasuklah murtabak jawa!
Balik rumah tak masak, sebab perut sudah kenyang makan macam-macam di kampung.
Encik Suami bersama adik-adiknya dan anak-anak buah. |
Firdaus suap kek! |
Petang tadi, kami berkumpul lagi di kampung. Kali ini anak buah, Hasna buat kuih Raja Musa. MIL selalu buat kuih ini kalau kami ramai-ramai datang ke kampung di waktu petang. Biasanya MIL akan buat sambal sardin atau sambal telur. Makan dengan susu pekat pun sedap.
Kebetulan Amie masak lebih Kari Ikan Tenggiri dengan Mangga Muda untuk makan tengah hari. Kami bawa ke kampung. Bolehlah makan dengan kuih Raja Musa.
Kari Ikan Tenggiri dengan Mangga Muda |
Bawa juga sedikit buah-buahan.
Sewaktu hendak keluar dari rumah, terpandang buah mata kucing brazil yang sudah masak di atas pokok. Setiap kali pulang dari kerja memang Amie akan duduk bawah pokok dan makan beberapa biji sebelum masuk rumah. Eloklah petik sedikit dan bawa ke kampung.
Inilah kuih Raja Musa hasil air tangan anak buah. Biras kita masak kari ayam untuk cicah dengan kuih ini. |
Dan ini pecal hasil air tangan kakak ipar dan anak buah. Semua bahan digaul sekali dengan kuah kacang. |
Kuih Raja Musa cicah kari ikan tenggiri dan kari ayam! |
Hari minggu sudah berakhir. Esok hari Isnin. Jangan ada yang ber'monday blues' pula ya!
Selamat malam!
18 comments
Kuih Raja Musa nampak macam roti puri pula.
BalasPadamBesarnya saiz buah mata kucing brazil tu.
Rasanya sama dengan roti puri, cuma namanya di kampung Encik Suami lain.
PadamMemang besar saiz buah mata kucing brazil. makan tiga empat biji rasa kenyang.
Kuih Raja Musa, macam puri ya Kak Amie. Comel sangat kek father's day tu.
BalasPadamKiranya begitulah SK. Rasanya pun macam roti puri juga.
PadamMemang comelkan kek tu.
ya Allah meriahnya kak, meriah dengan segala makanan potluck tu...
BalasPadamTak terancang sebenarnya Dana.
PadamDatang di waktu petang, sempat pula anak-anak buah singgah beli kuih dan masak-masak sikit.
Cantik sangat2 kek tu
BalasPadamBetul Syaz. Nampak unik kan.
PadamSeronok dapat berkumpul sambil minum petang...
BalasPadamKuih Raja Musa tu nampak macam roti puri...
Betul tu PH. Sama dengan roti puri.
PadamSetuju dengan komen kawan-kawan di atas. Kuih Raja Musa nampak macam puri. Seronoknya, acara makan-makan dengan keluarga.
BalasPadamYe Nur. Di sana dipanggil roti puri, di sini sijil lahirnya nama raja musa hihihiii.
Padam1st time dgr kuih raja musa
BalasPadamOrang Cocos punya panggilan ni Mira.
PadamMungkin juga macam roti puri, cuma namanya berbeza mengikut tempat.
BalasPadamTercari-cari Sha kuih raja musa tu.. Rupanya dihujung entry.. macam roti puri..
BalasPadambesar betul buah mata kucing tu.. puas makannya..
Ooooo macam roti puri makan ngan kuah kari...puas fikir..Raja Musa mana plak punya kuih ni...hahaha..bestnya buah matakucing tuuuuu...besaq2
BalasPadamwahhhh macam macam makanan ada! rambang nak pilih. semuanyaaaa sedapppp... dpt kak amie gantung periuk sekejap😀
BalasPadam