Mountain View Homestay Seremban - Tempat Penginapan Yang Sangat Selesa!

10:21 PG

Bismillahirrahmanirrahim.
Rasa letih jugalah hari-hari terawal balik kampung tempoh hari. Seawal pukul 5:45 gerak dari LD ke Airport Tawau. Sampai KLIA hampir pukul 4 petang. Sambung perjalanan ke kampung, dan terus ke Aroma Ikan Bakar di Jeram untuk makan malam bersama keluarga. Keesokan paginya selepas sarapan pagi dan daftar keluar homestay, sambung perjalanan ke Batang Berjuntai dan menuju ke Muar. Selesai urusan di Muar, kami tidak terus balik kampung. Singgah dahulu di Seremban untuk berehat melepas lelah.

Alhamdulillah. Di Seremban kami dapat homestay yang sangat selesa dengan harga yang sangat berpatutan. Terima kasih Abang Farid kerana tempahkan kami Mountain View Homestay. Semua rasa sangat gembira dapat merehatkan diri di rumah yang serba-serbi lengkap, kemas, bersih dan nyaman sepanjang masa. Abang Farid kata, potongan diberi di antara 10-20% kerana kami banyak kali melanggan melalui Booking.com. Harga penginapan di Mountain View Homestay di Seremban ini sebanyak RM315.00. Tidak rugi bermalam di homestay yang mendapat 9.5 skor yang terletak di:

No:9, Lorong Desa Flora 1/14,
Taman Desa Flora 2,
Seremban,
70450 Negeri Sembilan.

Sesiapa yang mencari tempat penginapan di Seremban bersama keluarga cubalah bermalam di sini.

Kami santai-santai berehat di Mountain View Homestay. Makan dan tidur saja untuk kembalikan tenaga.

Mountain View Homestay
Sumber : Google

Tempat BBQ sudah disediakan di hadapan rumah. Jika berkelapangan bolehlah berbarbeku bersama keluarga.

Ruang tamu yang luas dan berhawa dingin.


Ada mesin pengurut badan!

Encik Suami mengambil kesempatan untuk mengurut badan!


Booking.com memberikan 9.5 skor untuk Mountain View Homestay.

Firdaus tidak lepas peluang bermain catur dengan Kakak Aseeyah.

Lepas main catur, main SAHIBBA pula.

Ruang makan yang kemas dan selesa. Kerusi ada lapan buah. Cukuplah untuk kami lapan orang.

Kami banyak membeli buah-buahan di L&L BEST MART Taman Pagoh Jaya dan di ONE FAMILY FRUIT STORE di Bukit Pasir, Muar. Tak habis dimakan, kami bawa bersama ke Seremban. Ibu tunang Fuad bekalkan kami kuih-muih dan kami nikmati ketika minum petang.


Minum Petang.

Minum Malam.

Selepas berehat sepanjang petang, semuanya kembali ceria dan bertenaga di meja makan.

Sarapan bersama keesokan paginya.



Peralatan di homestay ini serba-serbi lengkap. 
Tidak ada yang hendak dikomen sangat.... ahaks!

Ruang dapur kelihatan kemas dan ceria.

Ada penapis air. Boleh minum seberapa banyak samada air sejuk atau panas.

Seronok kalau dapat masak-masak di sini. 

Peti sejuknya bersaiz besar. Boleh simpan banyak bahan makanan.

Nak bersteamboat pun boleh!



Wak Kanang memilih bilik tidur di bahagian bawah. Anak bujang bongsunya, Hakimi baru sahaja sembuh dari kemalangan jalan raya dan kakinya kurang kuat untuk melangkah naik tangga ke bahagian atas. Wak Kanang pencen November tahun lepas. Jadi, tak perlu ambil cuti kerja untuk bersama kami. Tabah sungguh Wak Kanang membesarkan empat orang anaknya seorang diri setelah kehilangan suami untuk selama-lamanya lebih kurang 16 tahun lalu. 

Harap Wak Kanang selesa di bilik ini yang dilengkapi dengan bilik air.



Jom naik ke tingkat atas.



Ada ruang rehat di atas yang dilengkapi dengan sofa dan televisyen skrin rata.

Sterika turut disediakan.

Bilik tidur Abang Farid dan Aseeyah.



Bilik air.

Bilik tidur Fuad.


Setiap bilik dilengkapi dengan almari, meja dan kerusi, tempat sangkut baju dan sejadah.

Bilik tidur utama.

Firdaus tukang rasmi!


Apa ada di bahagian luar bilik utama? Jom buka pintunya.

Dari sini boleh melihat pemandangan ke luar.


Selain tempat duduk, ada katil urut badan juga!

Mungkin pemandangan inilah yang menjadi inspirasi untuk menamakan tempat penginapan ini sebagai Mountain View Homestay.

Bilik airnya juga luas.


Anak-anak semuanya berpuas hati bermalam di sini.
Semoga tambah rezeki tuan punya homestay kerana telah memberikan keselesaan kepada setiap tetamu yang bermalam dan berehat di Mountain View Homestay.

Jumpa lagi!

30 comments

  1. wah..memang cantik, kemas & complete semua...

    BalasPadam
  2. Nampak sangat selesa sangat HS ni.. view luar tu pun cantik.. greeny!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sejuk mata memandang kan Faizah, walaupun cuaca panas.

      Padam
  3. Mewah homestay tu, Kak Amie.. baloi sgt RM315 jer.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Pandai Abang Farid pilih. Harga tu harga setelah tolak diskaun booking.com.

      Padam
  4. Wah…memang sangat lengkap selesa. Siap kerusi urut! Patutlah skor 9.5.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang boleh lena dibuatnya sewaktu duduk di kerusi urut.

      Padam
  5. patutlah dapat 9.5 markah tengok la betapa lengkap segala nya tu kak, paling best siap dengan permainan ada, set untuk berbbq ada, set pinggan mangkuk lengkap... macam kt rumah sendiri dah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Dana.
      Sebaiknya duduklah dua tiga hari di sini, barulah puas bercuti dan rehat bersama keluarga.

      Padam
  6. Puas nya lah hati dapat homestay gini gaya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang puas hati. Pakej lengkap dengan segala keselesaan.

      Padam
  7. Si Daus tengah tunggu turn nak duduk atas kerusi urut lah tu!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaaa... betul Uncle.
      Pandai Uncle baca dengan mata hati.

      Padam
  8. Lahh kak Amie stay Seremban ke. Kalau tahu boleh juga bersua muka. Homestay luas, bersih dan selesa nampaknya tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye Fizah. Lepaskan lelah dari perjalanan jauh.
      In syaa Allah, ada kesempatan lain boleh berjumpa Fizah.

      Padam
  9. Macam dekat dengan SA je homestay ni Kak Amie..rasanya dekat dengan taman SA ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oooo ye ke SA... itulah tempah homestay ini pun malam sebelumnya, tak sempat nak rancang apa-apa, sekadar tempat singgah saja sebelum sambung perjalanan balik kampung.

      Padam
  10. Lumayan luas ya bangunannya .dan terasa nyaman juga...lengkap juga fasilitasnya..bikin betah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu.
      Anak-anak suka kalau ditambah waktu bermalam di sini.

      Padam
  11. Fully furnished ni... mmg selesa kalau dpt homestay mcm ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Mira. Ada empat bilik tidur, besar dan semua ada air-cond.

      Padam
  12. terasa mcm duduk rumah sendiri serba lengkap rumah ni. view mmg cantik

    BalasPadam
  13. tampak nyaman dan homey..sprai biru kelihatan ranjang tu empuk kak

    BalasPadam
  14. tengok gambar yang kak amie share ni memang berbaloi sangat RM315 tu. rumah bersih dan lengkap semua kelengkapannya.

    baru nak tanya tadi... ada mountain ke di hadapan..rupanya memang ada ye di depan rumah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Homestay memang sesuai untuk percutian keluarga.
      Harganya memang berbaloi kan Ammi.

      Padam
  15. Alhamdulillah.. Cantik dan selesa penginapannya..

    BalasPadam
  16. serba luas & lengkap homestay ni...rumah teres yg besar...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe