Singgah di Lata Iskandar

11:52 PG

Bismillahirrahmanirrahim.
Dalam perjalanan pulang dari Gua Musang menuju ke Ipoh, kami singgah di Lata Iskandar. Terkenang berpuluh tahun lalu pernah berada di sini, mandi-manda bersama rakan sekolah pada penghujung tahun 1987. Sudah 36 tahun berlalu! 

Singgah saja, tidak sempat mandi-manda.


Sebelum itu, kami sempat berhenti tepi jalan makan durian bukit. Istimewanya durian jenis ini ditanam di kawasan tanah tinggi. Walaupun durian bukit ini kategori durian kampung tetapi rasanya 'istimewa' berbanding durian kahwin atau durian kacukan yang hanya mempunyai rasa lemak atau manis sahaja. Ini disebabkan durian kahwin atau durian kacukan boleh ditanam di kawasan tanah rata, manakala durian bukit hanya ditanam di kawasan tanah tinggi. Keunikan lain ialah durian bukit hanya berbuah sekali sahaja dalam setahun manakala durian kahwin boleh berbuah dua hingga tiga kali setahun.


Sayangnya Encik Suami dan Firdaus tidak mahu temankan makan durian. Kami beli sebiji durian bukit dengan harga RM20.00 sekilogram. Kebetulan pula berat sebiji durian yang dipilih hanya satu kilogram sahaja. Jadi, terpaksalah Amie habiskan seorang! Biasanya Encik Suami dan Firdaus makan durian, tapi entah mengapa kali ini tak mahu pula.

Kombinasi rasa  durian bukit :
Lemak
Manis
 Pahit


Sampai di Lata Iskandar, kami mencari tempat letak kereta sehingga ke hujung selekoh. Walaupun hari menjelang petang tetapi kami tidak melepaskan peluang untuk berhenti seketika di kawasan rekreasi air terjun yang cantik. Lata Iskandar terletak di pertengahan jalan sewaktu kami keluar dari arah Cameron Highlands ke Tapah. 


Pemandangan di selekoh jalan berhampiran dengan air terjun Lata Iskandar.




Di sepanjang selekoh jalan, banyak gerai kraftangan yang cantik-cantik!




Kami singgah untuk basahkan tekak di gerai air kelapa.

Sebiji kelapa : RM8.00

Isi kelapanya nampak tebal!

Sudah kenyang makan durian bukit, tangkap gambar sahajalah di sini.

Encik Suami beli sebungkus nangka madu. Manis dan wangi.



Petai-petai bergantungan dengan matanya yang besar dan gambar di bawah, bertandan-tandan petai segar dari pokok!


Ada rambutan juga. Mungkin sekarang musim rambutan.



Buah mangga ada di mana-mana.

Firdaus tidak lepaskan peluang melihat bulus! Lama juga temankan Firdaus di sini.


Jom sambung jalan ke hadapan.


Jumpa gerai Lempeng Pisang Kelapa!


Jom singgah beli Lempeng Pisang Kelapa. kalau tak silap harganya RM3.00 sekeping.

Kami beli dua keping sahaja. Cukuplah untuk bekal makan dalam kereta dengan sebungkus buah nangka madu.



Kemudian kami bergerak menuju ke kawasan air terjun. Memang ramai sungguh pengunjung ketika ini. Hendak tangkap gambar pun banyaklah tersangkut 'aksesori'.... ahaks!

Ambil sahajalah gambar Firdaus di sini. Eh, gendut pula perut budak kecil ini!

18 comments

  1. Kalau dapat mandi sure best kan..tapi leceh la pulak nak tukar2 baju.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah... sebab sekejap saja singgah sini. Lagi pun sudah petang.

      Padam
  2. Saya lumayan sering buat lempeng pisang tapi ga pakai kelapa, sepetinya lebih gurih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, memang ada lempeng pisang tanpa kelapa. Yang ini lempeng pisang tradisi di Perak. Sedap rasanya. Pisang yang manis, ditambah inti kelapa parut ditambah sedikit garam. Kombinasi rasa yang sungguh menyelerakan.

      Padam
  3. Tentu comel jer durian nan sebiji tu. Kalau Daus dan babah nak durian tu kena beli dua biji baru cukup Kak Amie. Tu la dia bagi chance mommy pulun seorang, hihi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun hairan kenapa sekarang Firdaus tak suka makan durian seperti dulu.
      Encik Suami pula takut gula naik dalam darah. Seulas pun tak mahu dia rasa.

      Padam
  4. tengok gambar air terjun Lata Iskandar ni pun dah terasa sejuk.
    ehh... sedap pulak tengok lempeng pisang kelapa tu... pasti terasa lemak manisnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap lempeng pisang tu Faizah. Masih panas. Aromanya wangi. Habis kami makan berdua dengan Encik Suami.

      Padam
  5. Aduhaiiiii kalau saya orang lain tak nak lagi suka sebab boleh pulun durian sendiri. hehehe nampak cantik duriannya. Petai tu aduhaiiiiiiii memang nampak cantik isinya tebal. Mesti murah tu sebab kawasannya. Kalau kat KL em mahal

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cantik kan isi durian bukit tu Notie. Sedap pula rasanya, manis, lemak dan sedikit pahit.
      Tak sempat pula tanya harga petai.

      Padam
  6. Memang susah nak dapat parking kat kawasan tu. Akhirnya malas nak berhenti, teruskan sajalah.
    Dulu2 tak susah berhenti dan orang pun tak ramai. Boleh berfoto tanpa aksesori 🤭

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam bahaya pula kawasannya sebab di selekoh jalan, kiri kanan ada pelbagai gerai jualan. Kena hati-hati ketika memandu atau berjalan di sini.

      Padam
  7. menarik hasil kraftangan yg dijual...durian bukit nampak sedap...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, kraftangannya nampak menarik.
      Tak rugi makan durian bukit. Sedap.

      Padam
  8. Itu bukan gendut.... itu kuasa simpanan....

    BalasPadam
  9. Teringin juga nak rasa durian bukit ini.. Sedang elok je sekilo buahnya ye.. Tapi jenuh juga nak habiskan kalau makan seorang..

    BalasPadam
  10. alaaaa....sedapnya durian..SA x makan lagi durian tahun ni..eh 2 tahun lepas pun...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe