Masak Apa Tak Jadi Hari Ini?

9:13 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Balik kerja, rasa agak letih. Selepas solat zohor baiklah berehat dahulu sambil menonton televisyen. Sebelum itu sempat keluarkan ikan cencaru dan kelapa parut dari freezer. Cadangnya selepas berehat sebentar, hendak masuk dapur masak nasi dan bakar ikan cencaru sumbat kelapa. Teringat ada kacang panjang, bolehlah hiris-hiris dan tambahkan telur. Sudah terhidu-hidu aroma telur goreng kacang panjang yang semerbak!

Dipendekkan cerita, televisyen yang tonton kita tidur!
Terjaga dari tidur, sudah masuk waktu asar. Masuk ke dapur, tengok ikan dan kelapa parut sudah nyahbeku. Baiklah masak nasi dahulu. Kemudian kita solat asar dan masuk semula ke dapur. Terpandang pokok ketumbar jawa dalam pasu menerusi tingkap dapur, kita pun keluar dan ambil beberapa helai. Terbayang pula betapa sedapnya kalau buat sambal kicap bubuh hirisan daun ketumbar jawa!

Kita pun bilas ikan cencaru, bubuh garam kunyit dan sedikit minyak. Pasang api dapur dan letakkan kuali non stick. Susun ikan cencaru di atasnya.

Eh! Bukankah hendak panggang ikan cencaru sumbat!
Allahu Akbar!

Itulah! Banyak sangat mimpi dalam tidur sampai terlupa hendak masak apa.
Kelapa parut hendak dibuat apa?

Tak apa. Terlanjur panggang ikan cencaru, kita buatlah pula sambal kelapa. Tak dapat sumbat kelapa, kita makan ikan cencaru panggang dengan sambal kelapa.

Ikan Cencaru Panggang & The Gang

Pokok ketumbar jawa.

Daun ketumbar jawa.

Ikan Cencaru Panggang.

Sambal Kelapa


Sambal Kicap Ketumbar Jawa

Telur Dadar Kacang Panjang

Ikan Cencaru Panggang
Telur Dadar Kacang Panjang
Kacang Bendi
Daun Salad
Sambal Kelapa
Sambal Kicap Daun Ketumbar

Sambal Kelapa

Bahan-Bahan:

  • 2 cawan kelapa parut
  • 1 tangkai cili merah
  • 15 tangkai cili padi
  • 2 sudu besar udang kering - rendam hingga lembut - toskan airnya
  • 3 biji bawang merah
  • jus limau kasturi secukup rasa
  • garam / gula / perasa pilihan
Cara:
  1. Tumbuk cili merah dan cili padi. 
  2. Tambahkan garam / gula / perasa pilihan.
  3. Masukkan udang kering dan bawang merah. Tumbuk hingga sebati.
  4. Kemudian masukkan secawan kelapa parut dan tumbuk sedikit, jangan sampai hancur.
  5. Keluarkan bahan tumbuk, masukkan dalam sebuah bekas. Tuangkan secawan lagi kelapa parut.
  6. Tuangkan jus limau kasturi. Gaul rata.
  7. Jika kurang rasa, bolehlah tambah bahan perasa yang diperlukan.

23 comments

  1. Apa2 yang Kak Amie masak, semua nampak menyelerakan. Mesti cuba buat sambal kelapa tu makan dengan ulam2 atau ikan bakar 🤤

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Carneyz.
      Sambal kelapa memang sedap makan dengan ulam-ulaman. Gaul dengan nasi putih dan makan dengan ikan pun sudah cukup menyelerakan.

      Padam
  2. Baca blog k.amie mlm² camni tiba² rasa lapar la plak.. sedap betul lauk akk yg simple tu makan bersama nasi panas.. bestnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jemput makan Aini.
      memang menambah nasi kalau lauk begini hihihii.

      Padam
  3. sedapnya kak.. and cantik presentation nya.. baru terfikir jugak weekend ni nak masak ikan bakar + air asam..dap dap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedapnya ikan bakar air asam!
      Terus rasa kecur.

      Padam
  4. sempat jugak lelapkan mata ye kak, dana ni kadang kt opis menguap2 konon balik rumah lps kerja kul 5 lebih nak tidur kejap tapi tak boleh tidur. Takut terlajak hehhehehe. Subur pokok ketumbar jawa akak, sedap bau nya masuk dalam sambal cicah tu kan kak. Sedap tengok menu akak tu... terliur

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kakak memang layan dulu penat Dana.
      Kemudian barulah masuk dapur.
      Pokok ketumbar jawa Dana masih hidup subur tak?

      Padam
  5. pernah juga macam tu kak,nak masak lain tapi lain yang jadi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan.
      Entah apa yang difikirkan, lain pulak jadinya.

      Padam
  6. Kalau amie jadi adik saya..sure dapat makan sedap2..hehehehehe..

    BalasPadam
  7. Belum pernah jumpa pokok dan daun ketumbar jawa.. satu hari nanti nak cari dan tanam juga lah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, mungkin ada di pasar tani atau di nurseri.

      Padam
  8. Tak pernah guna daun ketumbar jawa. Nampak subur bila di tanam. Sedap ye kalau di bubuh dalam sambal kicap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya ikut-ikut buat sambal kicap bubuh daun ketumbar jawa macam kawan-kawan di sini. Sedaplah.

      Padam
  9. sambal kelapa akak tu mengancam.. Makan dengan nasik dan ikan bakar pun da bertambah nasi tu kak..

    BalasPadam
  10. SA pun x pernah makan ketumbar jawa...jumpa pun jarang rasanya...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe