Cerita Buah Sepanjang Jalan

4:04 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Kami tak sempat ke pasar malam sewaktu di kampung, tetapi sempat intai buah-buahan di L&L Best  Mart Pagoh Jaya dan di One Family Fruit Store Bukit Pasir. Seronoklah sangat jumpa mangga harga RM3.99 sekilogram. Maklumlah mangga paling murah di LD RM15.99. Itu pun saiz kecil. Saiz besar sudah harga kayangan RM20+++. Jangan mimpi dengan makan buah-buahan kalau sampai LD, kecuali buah tembikai yang sudah turun harga RM5.00 sekilogram. Buah tarap yang dulu orang kata buah monyet pun sudah jadi buah merak kayangan! Kalah harga durian!
Harapkan harga ikan sahajalah yang agak rendah berbanding harga ikan di Malaya. Sayangnya selalu orang tayang di FB mengatakan harga makanan laut seperti sotong RM5.00 sekilogram. Kalau di LD, itu harga 30 tahun yang lalu! Kalau nampak sotong di pasar, kita tak berani dekat melihat harganya! Dan satu lagi, jangan terkejut kalau melihat semua harga barangan runcit lebih tinggi berbanding harga di tempat kita. Memang dari zaman dahulu harganya begitu.

Japan Mini Watermelon

Japan Mini Watermelon ini berharga RM7.50 sen sebiji. Kami beli empat biji di One Family Fruit Store. Buahnya kecil comel tapi isinya manis.

Sebiji Japan Mini Watermelon


Jambu Air Jing Kang 

Antara buah-buahan yang dibeli di One Family Fruit Store


Tak cukup kami beli buah, abang ipar pula belanja durian!

Tak larat nak makan durian banyak-banyak!

Baki buah kami bawa ke Seremban. Hanya tinggal beberapa biji mangga, limau, buah pear dan anggur. Tak habis makan buah di Seremban, kami bawa pula ke Tronoh, ke rumah Abang Farid. Sebenarnya tak berani makan buah banyak, sebab perlu teruskan perjalanan. Takut tak sedap perut di tengah jalan. Ikutkan hati hendak puluh semua buah yang ada terutama durian dan mangga!


Di Cameron Highlands pula Firdaus petik buah strawberry sampai setengah kilogram. Esok paginya semua masak ranum! Manis pula. Nak buat macamana. Rezeki sudah ada depan mata. makan sajalah!

Di pertengahan jalan balik dari Cameron Highlands, berhenti makan durian bukit.

Kita seorang makan sebiji durian sampai habis! Syukurlah hanya beli sebiji seberat satu kilogram. Encik Suami dan Firdaus tidak mahu makan.


Berhenti seketika di Lata Iskandar. Jalan-jalan cari buah kelapa muda. Minum air kelapanya, sebiji RM8.00 kelapa saiz besar. Encik Suami beli nangka madu.

Nangka madu.

Sewaktu kami bermalam di Puncak Alam, kami bawa Bonda bersama. Kita belikan Bonda buah ciku. Lama yang tering makan sebenarnya! Beli buah mangga, jambu madu dan nanas.

Ciku & Mangga

Bonda tak mahu makan ciku kerana katanya: Melambak ciku gugur di belakang rumah, tak ada yang kutip!

Hehehee.... teringat waktu kecil dulu selalu bantu petik buah ciku, bersihkan dengan sabut sebelum Bonda peram dalam tin! Rupanya masih ada beberapa batang pokok ciku di tepi rumah Bonda.

Jambu Madu & Nanas

Anggur Kayangan RM80.00 sekilogram.
Sumber : One Family Fruit Store

Kami beli banyak jenis buah di One Family Fruit Store. Mudah-mudahan nanti ada kesempatan untuk singgah di sini sekiranya ada urusan di Muar. Ada beberapa jenis anggur harga kayangan RM50.00 dan RM80.00 sekilogram. Kami pilih anggur harga marhaen sahaja. Sebelum pulang, kami dipelawa mencuba buah anggur harga kayangan, RM80.00. Percuma sahaja, katanya. Setiap seorang makan sebiji. Rasanya? Bukan jenis anggur biasa. Isinya kenyal, berjus dan manis seakan-akan buah kurma segar! Sangat sedap! Terima kasih.... terima kasih! Tak ingat apa nama anggur ini. Nampak gambar di atas  pun kita sudah dapat bayangkan bezanya dengan anggur biasa.

29 comments

  1. Meriahnya buah-buahan sedap. Ikutkan hati nak je makan buah banyak-banyak. Tapi itulah kang makan banyak melawas pula. Dahlah nak travel sana sini kan. Sekarang harga dah tak macam dulu dah. Beli buah sikit pun dah cecah RM100 kadang. Lagilah kalau buah kayangan. Kot kalau ke Muar boleh singgah sini juga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Di One Family Fruit Store macam-macam jenis buah dari luar negara. Geram sangat!
      Tapi apabila tengok harga, telan liur sajalah hihihiiii.

      Padam
  2. Wahhhh, puas la makan buah-buahan pelbagai rupa, warna dan rasa. Ada ya anggur RM80 sekilogram, lagi mahal dari harga durian kayangan!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah SK... nanti jalan-jalan singgah Muar, masuk sini. Cari anggur harga RM80.00 sekilogram. Aduhai... dapat sebiji percuma, macam kunyah intan berlian saja kihkihkihhh.

      Padam
  3. Alhamdulillah, kita pun tumpang kenyang tengok buah-buahan tu semua 🤩

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buah yang manis, memang mengenyangkan kan PH.

      Padam
  4. Sedapnya anggur kayangan tu..pernah makan boss lama beli sekotak besar...siap paksa makan lagi .kita plak segan kan..amik je la sebiji dua..cuma x ingat nama buah anggur ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tak jumpa anggur kayangan tu di LD. First time jumpa di Muar.

      Padam
  5. Di JDT ni kalau nak cari buah murah2, kena pegi pasar minggu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tunggu Fuad jadi orang JDT Wak. Bolehlah jalan-jalan ke pasar minggu.

      Padam
  6. sedapp2 semua. kenyangg buah skrg musum durian merata ada jual. bauuu semerbak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nampak cantik-cantik buah durian, berlonggok di gerai.

      Padam
  7. Banyaknya buah-buahan yg di beli kak Amie...sedap"jugak liatnya..semangka 🍉 nya tuh merah bangeet...sudah pasti manis rasanya...sinipun dah mulai ada buah durian

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semangka @ tembikai tu saiz kecil memang baka kecil. Isinya manis.

      Padam
  8. Cantik kalernya semua buah ni.. colorful & ceria.. segar² buahnya kak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan... hijau, merah, oren memang warna ceria!

      Padam
  9. puas makan buah di semenanjung ye kak, almaklum murah kan harganya. Mangga tengah murah ni kak memang puas la makan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Puas Dana. Hari-hari makan buah, tapi durian dan mangga tu kena kawal juga. Takut asyik melawas pula hihihiii.

      Padam
  10. merahnya isi buah tembikai tu kak, confirm manis tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Merah betul warnanya tu Mamapp, dan memang manis.

      Padam
  11. jambu air merah legit dan sawo itu kesukan mbul banget...buah lainnya juga mauk heheheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap semua tu Mbul. Sawonya juga sangat manis.

      Padam
  12. Lama dah tak makan ciku. Macam tak pernah nampak orang berjualan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun lama tak makan ciku. Nampak ciku sudah siap kupas, terus beli. Sedap & lemak manis.

      Padam
  13. Meriah buah-buahan ye.. Macam-macam ada.. paling menggoda dah tentula durian.. kikiki.. Kecik dan merah isi tembikai tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Raja durian muncul bermusim. Itulah yang paling menggoda ye Sha.

      Padam
  14. seronoknya tenguk amie memborong buah-buahan. kalau saya pun cepat terliur kalau banyak buah-buahan di jual. Orsng muo pun tak tahu lagi kedai buah kat bukit pasir dan pagoh tu. tak lalu jadi tak tahu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bestnya tengok macam-macam jenis buah di Bukit Pasir tu Notie.
      Dah pasang angan-angan, kalau ke Muar lagi mesti nak singgah situ. Nak beli anggur kayangan pula hihihiii.

      Padam
  15. jamu mata dgn pelbagai buah2an...sedapnya...lama tak makan buah ciku..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe