Jom Nikmati Lebih 100 Pilihan Menu di Highland Steamboat Cheese & Grill Tanah Rata
12:49 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Semasa berada di Cameron Highland, kami bermalam di Haritage Hotel Tanah Rata. Jadi, kami mempunyai banyak masa untuk bersiar-siar di kawasan sekitar serta mengambil kesempatan untuk menikmati hidangan steamboat di restoran berhampiran. Menjelang petang, kami menuju ke Steamboat Highland Cheese & Grill. Tempat letak kereta sudah penuh. Kami terpaksa meletak kereta agak jauh tetapi rasa selamat kerana pengawal keselamatan yang bertugas di situ sentiasa meronda tempat pelanggan meletakkan kereta walaupun di tepi jalan.
Dengarnya ada dua cawangan Highland Steamboat Cheese & Grill di Tanah Rata. Kami memilih untuk makan di Rainbow Garden Center. Kedudukan restoran ini agak tersorok di Animal Rainbow Feeding Fair.
Sewaktu kami sampai, tempat penuh dengan pelanggan. Alhamdulillah, kami dapat juga tempat makan. Dari semasa ke semasa, pelanggan keluar dan masuk, dan rasa kagum dengan kesabaran para pelanggan yang sanggup berbaris di luar pintu masuk! Apa agaknya yang istimewa di Highland Steamboat Cheese & Grill sehingga menyebabkan orang ramai tetap sabar menunggu giliran untuk menikmati hidangan yang ditawarkan?
Antara menu yang terdapat di sini termasuklah:
- 12 jenis seafood
- 12 jenis steamboat - ayam / daging / kambing - setiap satu ada 4 jenis perapan
- Pelbagai jenis sayuran
- 12 jenis air
- Nasi & Bihun Goreng
- Dessert
- Buah-buahan
Mengenangkan pelbagai jenis air yang sedap-sedap disajikan, terasa ingin berkunjung lagi ke sini. Bukan setakat air sirap biasa! Ada air jagung, air green tea, soft drink dan pelbagai lagi. Hendak merasa semua jenis memang tak laratlah! Berapa ml saja air boleh masuk perut, sebab nak sediakan ruangan untuk menampung makanan lain.
Bihun dan Nasi Goreng kena ketepikan dahulu. Kalau sudah masuk makanan ini ke dalam perut, memang sempitlah sudah kantung! Mana nak bubuh ayam, kambing dan lain-lain ... ahaks! |
Pilihan buah pun pelbagai. Nampak ramai yang ambil strawberi, kita teringat banyak lagi baki buah strawberi yang Firdaus petik ada dalam bilik hotel. Tak payahlah ambil lagi, takut terlebih makan nanti perut terkejut pula!
Jagung Kukus |
Antara ais krim dan ABC, kita pilih saja jagung yang sedang dikukus berasap-asap. Mata terpikat pula dengan waffle gebu-gebu dan panas-panas serta wangi! Ambillah sekeping.
Waffle inti peanut butter. |
Ayam dalam empat jenis perapan. |
Jom kita pilih-pilih menu untuk dipanggang dan direbus dalam kuah tom yam.
Kambing dan daging lembu juga disediakan mengikut empat jenis perapan.
Kesemua dulang hidangan tidak pernah kosong. Isinya ditambah dengan cepat dari semasa ke semasa.
Bahagian sayur-sayuran segar kelihatan ceria dan berwarna-warni.
Firdaus sukakan ketam dan lebih banyak meratah ketam berbanding makanan lain.
Ada kupang, lala dan sebagainya. |
Firdaus hendak tambah cheese. Bayaran dikenakan sebanyak RM10.00 untuk semangkuk cheese.
Kami juga membuat tempahan tambahan iaitu semangkuk itik salai dengan tambahan bayaran RM10.00 juga. Oh ya, bayaran yang dikenakan seperti di bawah:
- Dewasa - RM40.00 X 2 = RM80.00
- Kanak-kanak - RM25
- Smoked Duck BBQ - RM10.00
- Cheese - RM10.00
Total = RM125
Sekarang kami sudah bersedia untuk menjamu selera sepenuhnya.
Belanja video Firdaus sedang bersteamboat.
Walaupun itik salai bergarga RM10.00 tetapi penuh semangkuk dengan isinya yang lembut. Memang sangat puas hati. Berbaloi-baloi makan di sini!
Firdaus sibuk menguruskan ketam-ketamnya!
Encik Suami pula berkali-kali mengambil air minuman tetapi tetap air yang sama: Air soda ditambah dengan limau kasturi. |
Tambah lagi satu video.
Beberapa kali juga kami toleh arah pintu masuk. Terpandang orang ramai sedang beratur menanti giliran masuk. Encik Suami kata, marilah kiat keluar. Kesian ramai yang sedang berdiri menunggu. Baiklah. Perut pun sudah sendat.
Alhamdulillah.
Kami atur langkah keluar dengan harapan dapat datang ke sini lain pada masa yang lain.
Alhamdulillah.
Kami atur langkah keluar dengan harapan dapat datang ke sini lain pada masa yang lain.
14 comments
Boleh masuk list ni. Kiteorang selalu pergi dekat Hijjaz Steamboat Cheese & Grill tapi nampak yang ni lebih banyak pilihan dan harga pun tak silap sama dengan di Hijjaz. Terima kasih share Kak Amie.
BalasPadamSama-sama Carneyz.
PadamAduhai, tak sabar kita nak pergi CH bila Iman cuti semester nanti. Tak tahulah jadi ke tak jadinya Pak Inche kita tu nak bawa makan steamboat di Cameron Highlands, hehe.
BalasPadamSedap makan panas dalam suasana sejuk ni SK.
Padammakannns., hehe
BalasPadamYa makan-makan.
PadamSe se seratus!?!?!?
BalasPadamDia kira setiap jenis termasuk air, segala jenis buah dan dessert, sayur-sayuran DLL memang lebih 100.
PadamBanyaknya pilihan utk steamboat... air pun sama... mmg berbaloi utk yg makan byk... kalau kami ni rugi je byr seratus sorang
BalasPadamWah, memang banyak pilihan makanan. Patut ramai orang. Naik lapar saya baca entri ni. :)
BalasPadamNengok air Encik Majid rasa sejuk pulak badan heheh.. refreshing gitu!
BalasPadamBanyak betul pilihan kat sini kak amie..seronok betul firdaus tu...
BalasPadamItik salai tu yang tak tahan
BalasPadambanyak pilihan, berbaloi-baloi...makan masakan panas di cuaca yg sejuk..
BalasPadam