Kongsi Beli Bingka Labu Cheese

9:28 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini ada program penyerahan rekod prestasi murid. Kalau murid sesi petang, ibu bapa dikehendaki hadir pada pukul 10:00 pagi sehingga 12:30 tengahari. Manakala murid sesi pagi pula, ibu bapa boleh ambil rekod prestasi pada pukul 12:30 sehingga pukul 2:00 petang.

Memang tak sempatlah hendak isi perut sebab sebaik keluar kelas terus ke dewan terbuka berurusan dengan ibu bapa. Jadi, kami mencari makanan untuk kudap-kudapan supaya perut tidak masuk angin.

Kebetulan Kavvy mengambil pesanan bingka labu cheese daripada Kak Yong Cookies. Satu bekas berisi 75 biji berharga RM60. Bentuknya kecil saja. Sebiji sekali masuk dalam mulut. Ada yang beli satu bekas dan ada yang kongsi berdua. Apabila dihitung panjang, sebiji bingka berharga RM0.80. Kita beli kongsi dengan Nano dan Sitti. 

Bingka Labu Cheese.


Seperti biasa, kita bawa dua biji telur rebus dari rumah. Kita makan sebiji saja. Sebiji lagi jadi rezeki orang lain.

 
Tidak lupa bawa buah betik. Kalau boleh hari-hari nak bawa buah betik. Makan ramai-ramai.


Sempat singgah warung, beli kuih nagasari. Kita makan sebiji. % biji lagi rezeki kawan-kawan.



Beli nasi kuning lauk sambal ikan dan telur rebus separuh. Tambah sebiji telur rebus dari rumah, puas makan.
Bingka Labu Cheese.

Sebelum berurusan dengan ibu bapa, sempatlah makan 10 biji bingka labu cheese! Kenyanglah juga perut sampai selesai tugas.

11 comments

  1. Nampak sedap bingka labu tu...bercheese pulak tu..Nasi kuning sambal ikan pun terliur..haish...

    BalasPadam
  2. salam singgah. bingka tu sangat2 mengiurkan. adeh

    BalasPadam
  3. Comel pulak bingka buat kecik2 macam tu, senang nak masuk mulut, hihi. Ada cheese mesti lagi sedap, kan.

    BalasPadam
  4. nampak menggoda bingka labu cheese tu kak, dahla rupanya pun comel2 je

    BalasPadam
  5. Comel lah bingka nya. Bagus lah amie bawa betik hari-hari. Lawas perut dan sedap kalau dapat betik yang manis.

    BalasPadam
  6. Comel kuih bingka tu ... Bila dibuat begitu, senang juga nak makan ye...sekali ngap je :D

    BalasPadam
  7. Versi moden ni...bingka labu cheese. Mesti sedap, tu boleh makan sampai 10 biji.

    Kak Amie beli nasi kuning tu terus mintak penjual isi dalam bekas sendiri ya?

    BalasPadam
  8. Amboi 10 biji banyak tu. tapi kalau kecil memang logiklah. belum pernah makan kuih ni. mesti sedap

    BalasPadam
  9. Uiks kenyang ke makan kuih sahaja?
    Lapar pula. Belum makan lagi.

    BalasPadam
  10. Binga labu moden ni campur cheese. Cantik rupa bentuknya pun. Senang buat satu satu, tak payah potong. Nak makan pun senang. Standard harga kuih sekarang agaknya. Dah susah nak dapat kuih harga 50sen. Yang banyak jumpa 60sen.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe