Kari Pedas Sardin Tanpa Santan

8:31 PTG

Assalamualaikum.
Apa khabar semua?
Nampaknya setiap saat kita masih diselubungi kebimbangan dan kesugulan berikutan wabak Covid 19 yang berada di sekeliling kita! Hari ini sahaja sudah mencecah 26 kematian, dengan pertambahan 130 kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan 2, 261. Itulah angka rasmi yang dikeluarkan dalam Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia, dapatan maklumat sehingga pukul 5 petang tadi.
Pada masa yang sama seluruh rakyat patut berterima kasih di atas pengumuman bantuan PRIHATIN  (Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat) bernilai RM250 billion oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin.
Lega rasanya apabila mendapat khabar tiada yang terkecuali dari menerima bantuan tersebut. Teks penuh boleh klik di sini : PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT. Sejak beberapa hari tular tentang kesusahan golongan berpendapatan rendah dan peniaga kecil untuk menyara keluarga. Dengan usaha murni ini, diharapkan semua golongan penerima mendapat manfaat besar dan hiduplah dengan cara sederhana serta berjimat-cermat.

Kita beralih cerita tentang resepi pula. Kali ini Amie kongsikan menu Kari Pedas Sardin Tanpa Santan. Anak-anak dan Encik Suami inginkan kuah yang pedas dan pekat untuk dicecah dengan roti.


Bahan-bahan:
1 tin ikan sardin saiz besar
3 sudu besar rempah kari ikan
1 biji tomato saiz besar - belah 6
4 biji kentang - kupas kulit - potong 6 - goreng hingga masak - toskan
2 tangkai daun kari - lurutkan
1 sudu kecil pati asam jawa - bancuh dengan 1/2 cawan air
3 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1 batang serai - diketuk
1 tangkai cili merah -hiris
1/2 labu bawang besar - hiris
3 sudu besar minyak
garam / gula / perasa pilihan

Bahan kisar:
1/2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
7 biji cili padi
1 cm halia

Cara memasak:
1. Panaskan minyak. Masukkan bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis dan serai dan daun kari. 
2. Setelah terbit aroma, masukkan bahan kisar dan tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan serbuk kari dan perlahankan api dapur. Gaul rata.
4. Tuangkan air bancuhan asam jawa. Jika terlalu kering atau pekat, tambahkan sedikit air lagi. Biarkan kuah mendidih.
5. Masukkan ikan sardin bersama sosnya, diikuti dengan kentang yang sudah digoreng, hirisan cili serta tomato.
6. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.
7. Kacau sekali dua, dan padamkan api dapur.

4 comments

  1. Pertama kali tengok sardin masak kari. Macam menarik dan nampak sedap tu. Boleh cuba nanti. Terima kasih share resepi kak :)

    BalasPadam
  2. sedap ni, kak ana ni penggemar sardin gak amie. done follow amie sini :)

    BalasPadam
  3. Azhafizah,
    boleh cuba resepi ni, in shaa Allah sedap.

    Ana,
    terima kasih follow saya.
    Sardin memang sedap kan.

    BalasPadam
  4. Pasal jumlah di China, adalah yg tidak tepat.
    Jumlah kematian yg asal adalah tidak dilaporkan sblm January 2020.dan jumlah yg dilaporkan Banyak dipertikaikan kerana censorship yg ketat.
    Kena discount kesahihan berita mereka.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe