ADSENSE

Jumaat, 27 Mac 2020

Mee Goreng Seafood

Assalamualaikum.
Selamat pagi semua.
Setakat 26 Mac 2020, jumlah positif Covid 19 di negara kita menjadi 2,031 orang dengan pertambahan 235 dari hari sebelumnya. Innalillahiwainnailaihirajiuunn... jumlah korban meningkat kepada 23 orang!
Negara kita menduduki tangga teratas di antara negara-negara ASEAN diikuti dengan negara Thailand, Indonesia, Filipina, ingapura, Vietnam dan Brunei. Indonesia sudah menjangkau angka kematian sebanyak 78 orang, manakala Filipna pula sebanyak 45 orang.
Dan paling menakutkan, dalam tempoh 24 jam sahaja bilangan positif Covid 19 di USA meningkat sebanyak 17 075 kes membabitkan 266 kematian! Allahu Akbar! Kalau sebelum ini Itali merupakan negara paling teruk selepas China, kini USA pula mengatasi China!
Berbalik cerita di negara kita, dua buah kampung di Johor dikenakan 'perintah berkurung' kerana kenaikan mendadak Covid 19. Moga penduduk kedua-dua kampung ini tabah menghadapi ujian yang tidak diduga ini. 
STAY AT HOME!

Sarapan apa hari ini?
Hari ini Amie kongsikan resepi Mee Goreng Seafood. Meni ini Amie masak pada hari ulang tahun Firdaus yang ketujuh, 2 Mac 2020 lalu. Amie sengaja rendam mee kuning agar lebih kembang, dan hilang bau serta minyak. Hasilnya Mee Goreng seafood kelihatan agak basah.

Jom kita lihat resepinya di bawah ini.

Bahan-bahan:
500 gram mee kuning (basah) - rendam 5 minit di dalam air biasa - toskan - bilas lagi sekali dan toskan lagi
15 ekor isi udang basah
2 ekor sotong - potong ikut citarasa
1 pokok sayur sawi - potong - pisahkan batang dan daun
1 batang lobak merah Australia - kupas kulit - hiris bulat nipis
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos cili
4 sudu besar minyak
garam / gula / perasa pilihan

Bahan hiris:
3 ulas bawang putih
1/2 labu bawang besar (gantikan bawang merah)
2 tangkai cili merah

Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan hiris hingga layu dan terbit aroma.
2. Masukkan lobak merah dan udang. 
3. Setelah udang berubah warna, masukkan sotong dan batang sawi. Kacau beberapa kali.
4. Kemudian masukkan mee kuning bersama daun sawi, kicap pekat, kicap manis dan sos cili.
5. Gaul rata dan kemudian perasakan dengan sedikit garam / gula / perasa pilihan.
6. Padamkan api dapur.

2 ulasan:

norhidana berkata...

Kak, tahun berapa tu 20110 tu kak heheh..
Sedapny mee goreng, tak pernah tak serap kan... lagi lah bila banyak isi

Membimbangkan betul masalah covid19 kt negara kita...

Amie berkata...

Dana,
terima kasih... dah betulkan 2020 hahaaaa.
Ye, makin banyak aksesori, makin banyaklah mee goreng masuk pinggan kihkihkihhh.