Kari Ikan Nyok-Nyok
5:29 PTG
Jumpa lagi di dapur kecil Amie.
Masak apa hari ini?
Amie tiba-tiba rasa rajin pula nak masak kari ikan. Kami beli 3 ekor ikan nyok-nyok, dan minta penjual ikan bersihkan dan potong-potong. Balik rumah terus masak!
Oleh kerana kepala telah bercerai dengan badan, jadi mudahlah kita nak pilih bahagian yang kita suka nak masak... ahaks! Jadi Amie pilih 2 potong bahagian kepala, dan tiga potong bahagian isi ikan. Sedap weh kalau kepala ikan dibuat masak kari!
5 kepingan ikan nyok-nyok
800 ml santan - dikisar dari 1/2 biji kelapa
4 sudu besar serbuk kari ikan
2 sudu besar serbuk cili kering
1 sudu besar halba campuran
3 tangkai daun kari - lurutkan daun dri tangkai
2 biji tomato - belah 4
7 batang kacang bendi - potong 2
5 biji cili hijau - belah 2
2 keping asam gelugor
1/2 cawan minyak
garam / gula / perasa pilihan
Bahan hiris:
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
1 labu bawang besar
Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan goreng bahan hiris, halba campuran dan daun kari.
2. Perlahankan api dapur dan masukkan serbuk kari bersama serbuk cili kering. Kacau-kacau dan tambahkan sedikit air jika terlalu kering.
3. Setelah tumisan pecah minyak, masukkan asam gelugor dan santan. Masak dengan api sederhana sehingga kuah mendidih.
4. Masukkan ikan, kacang bendi dan tomato serta cili hijau.
5. Setelah ikan masak, perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.
6. Kacau sekali dua, dan kemudian padamkan api dapur.
Jom ratah kepala ikan nyok-nyok!
Bismillah.
Sedapnya... ya ampuuunnn!
1 comments
dana tak pernah buat kari tanpa santan gini, tapi nampak sedap betul la kak...
BalasPadamdana pun suka ratah kepala ikan kak... layan betul kan