Kelas Biskut Premium Raya Modul 1/2020
9:12 PTG
Alhamdulillah.
Rezeki Allah beri, berkesempatan menimba lagi ilmu Kelas Biskut Premium Raya Modul 1/2020 di KAK YONG'S COOKIES. Kelas ini diadakan pada 18 Januari 2020 lepas, dan yang Amie hadiri ini merupakan kelas ulangan. Kali pertama tak dapat ikut sebab kami ke Airport Tawau mengambil Farid dan Fuad yang pulang bercuti.
Antara resepi biskut raya yang kami pelajari di Kak Yong's Cookies termasuklah:
1. Snow Pistachio
2. Biskut Telur Rebus
3. Biskut Puteri Salju
4. Lidah Kucing Klasik
5. Scottish Shorthbread Butterscotch
6. Bangkit Ice Oreo
7. Nastar Special
8. Salted Egg Cornflakes Biscuit
9. Matcha Pecan Nut Cadbury
10. Coconut Crunchy
Dan, ada tiga lagi resepi tambahan percuma Kak Yong berikan iaitu Crunchy Green Peas, Biskut Kelapa Klasik dan Semperit Gold.
Setiap kali mengikuti kelas masakan Kak Yong, memang ada sahaja tips yang Kak Yong kongsikan. Tak rugi seharian di dapur Kak Yong sampai berkilat, berminyak-minyak muka...ahaks!
Sebelum memulakan kelas, kami dijamu dengan pelbagai kuih yang sedap-sedap belaka. Kuih koci di bawah ini memang sangat sedap. Pada mulanya Amie membayangkan, akan gigit perlahan-lahan kuih yang agak liat ini tetapi sekali gigit....eh! Lembut pula kuih koci ini. Nampaknya Kak Yong kena buka kelas kuih koci untuk kami pada masa akan datang.... ahaks!
Samosa inti kentang pun sedap!
Sardin roll dan juga karipap ini Amie makan setelah hari menjelang petang, sebab sebelah paginya sebenarnya perut sudah penuh makan nasi kuning dari rumah. Bila Amie gigit karipap yang Kak Yong hidangkan, aduhai....rangupnya kulit karipap walaupun dihidangkan dari sebelah pagi lagi! Intinya pun sedap!
Amie hadiri kelas ini pada hari Ahad, kelmarin.
Sebelum ini memang tak sempat ikut mana-mana kelas masakan Kak Yong sebab sibuk dengan pelbagai tugasan dan aktiviti sekolah. Maklumlah, adakalanya terpaksa bekerja 7 hari seminggu. Hari Ahad pun kena redah juga!
Jom kita lihat hasil biskut yang kami pelajari di kelas tersebut.
Ini Biskut Puteri Salju . Kata Kak Yong, resepinya dipelajari dari Bogor Sari.
Sebenarnya terlupa ambil gambar Biskut Puteri Salju yang sudah siap 'bersalju' dengan gula icing.
Ini pula Biskut Telur Rebus
Nak nampak cantik, sapukan dengan putih telur dan taburkan croquant di atasnya.
Wah! Biskut Telur Rebus sudah keluar dari oven! Jom kita cicipi sebiji!
Mari kita lihat biskut seterusnya.
Sedap tau biskut ini. Kak Yong gunakan minyak sapi, dan tambah harum dengan esen lemon.
Nama biskut ini ialah Snow Pistachio. Kita hias cantik-cantik dengan taburan kacang pistachio yang dikisar kasar dan taburkan sedikit snow sugar setelah keluar dari oven.
Sedapnya Salted Egg Cornflakes Biscuit!
Biskut telur masin cornflakes ini sangat sedap dengan campuran kacang tanah dan cornflakes kisar serta rasa pedas-pedas manja dari serbuk lada merah.
Naik serinya bila disapu dengan kuning telur dan ditabur dengan bijan hitam.
Makan biskut telur masin ini tak cukup sebiji ye...hiks!
Kak Yong sudah sediakan hidangan tengahari. Jom kita makan dulu.
Alhamdulillah. Rezeki Allah... Kak Yong masak sendiri hidangan tengahari. Ada sambal sotong dengan petai!
Sayur peria tumis.
Ayam masak kari.
Wah! Macam nak sambut raya pula bila nampak hidangan kelupis!
Nak makan mana satu?
Nasi?
Kelupis?
Nampaknya kelupis asyik memanggil-manggil untuk mendekatinya! Ada kuah kacang di sebelahnya tu!
Ada lagi, lauk ikan!
Jom sambung buat biskut Bangkit Ice Oreo pula.
Kalau dah namanya biskut bangkit, tak adalah yang tak sedap... ahaks!
Seterusnya kita pelajari cara mengadun bahan untuk Scottish Shortbread Butterscoth pula. Seronok rasanya dapat membuat biskut bersama kawan-kawan! Sambil mencanai dan mencetak sambil bergurau senda!
Kata Kak Yong, api oven terlebih panas, jadi butterscotch menjadi cair seperti gambar di atas. Lai kali kena jaga api, pesan Kak Yong.
Baiklah.
Kata Kak Yong, Nastar Special juga diperolehi dari Bogor Sari. Agak rumit sedikit sebab perlu ditimbang, kemudian dilubangkan untuk diisi dengan jem nanas.
Dan kemudian dihias dengan parutan keju.
Nastar Special dah siap!
Coconut Crunchy ini makan satu tak cukup. Nak lima hingga 7 ketul... hahahahha!
Memang sedap sangat tapi tak sanggup hendak menekan guna ibu jari dalam acuan!
Lidah Kucing Klasik!
Biasa dah dengan biskut lidah kucing! Ini juga dari Bogor Sari.
Entah berapa keping makan lidah kucing klasik nih!
Sedap weh!
Dan terakhir, Matcha Pecan Nut Cadbury.
Bila sampai rumah, inilah yang pertama Firdaus terkam... hahahahaaa!
Budak-budak memang suka coklat!
Selesai belajar, kami memborong pulak air tanga Kak Yong! Apa dia?
Haaa... ini dia! Kak Yong ada dim sum frozen pelbagai rasa.
Kak Yong ada karipap frozen, inti kentang, daging, ayam dan sardin!
Oh! Ada kelupis frozen!
Beli! Jangan tak beli. Balik rumah kukus sahaja! Tak perlu susah payah cari daun nyirik dan masak pulut!
Huurrmmm... yang pastinya tak sabar nak goreng karipap frozen intin sardin!
Wokey!
Terima kasih daun keladi Kak Yong.
Ada kelas masakan, kami datang lagi ye Kak Yong!
4 comments
wahhh tahun ni ada macam-macam lah biskut raya akak... terliur nengok segala jenis biskut yang ada tuh kak oi, mesti harum mewangi je masa dok belajara buat biskut tu kan...
BalasPadamlepas tu dapat makan sarapan dan lunch yang best, best betul lah kak Yong yang buat kelas tu
Kat sabah panggil tart nenes, nastar macam indonesia jugak ke kak? ke cuma jenis gitu je yang namanya nastar?
Dana, di sini pun dipanggil tart nanas.
BalasPadamNamanya begitu, nastar special sebab Kak Yong belajar di Bogor, jadi Kak Yong nak kekalkan namanya.
Rajin sungguh!
BalasPadammcm mane nak joint
BalasPadam