Kaki Ayam Masak dengan Kundur
6:08 PTG
Assalamualaikum dan selamat petang.
Mahu atau pun tidak, terpaksa terima hakikat hari demi hari seolah-olah menunggu dan menghitung korban Covid 19 di seluruh negara. Dan hari ini, jumlah bertambah, pagi tadi 11, beberapa minit tadi sudah menjadi 14 mangsa. Allahu Akbar!
Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada penyakit sopak, gila, kusta dan penyakit-penyakit yang buruk. Hanya pada-Mu tempat kami bermohon dan berlindung.
Sesungguhnya wabak penyakit seperti Covid 19 yang sedang melanda dunia pada hari ini merupakan dugaan dan ujian dari-Nya. Kun Fayakun. Sebagai hamba-Nya yang sedang diuji, marilah kita bersama-sama berusaha mengatasinya dengan mencari jalan seperti menjaga kesihatan dan meningkatkan keimanan. Kerana sesungguhnya Allah telah berfirman, maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan kesabaran dan (menunaikan) solat.” (Surah Al-Baqarah: 153).
Hari ini, Amie masak Kaki Ayam dengan Kundur. Resepi asalnya di sini: MANUK BALLAHAN LAHAD. Manuk Ballahan Lahad bermaksud Ayam Masak Kampung. Resepi ini Amie perolehi dari Puan Hajjah Al-Maidah, rakan setugas yang sudah bersara awal mulai tahun ini. Terima kasih sekali lagi Puan Hajjah Al-Maidah di atas perkongsian resepi ini. Sebelum ini Amie masak menggunakan bahagian daging ayam, tetapi hari ini Amie gunakan bahagian kaki ayam pula. Beberapa hari asyik terpandang sebiji buah kundur bergolek-golek di sudut dapur, eloklah diolah bersama kaki ayam.
Masakan ini memang sedap! Penggunaan kunyit hidup, halia, serai dan bawang menaikkan aroma ketika ditumis. Kuahnya pula menjadi pekat kerana direnih agak lama untuk menghasilkan kaki ayam yang empuk.
Jom kita lihat resepinya di bawah ini.
Bahan-bahan:
1/2 daging kaki ayam - buang bahagian kuku - potong 2
500 gram labu kundur - kupas kulit dan potong dadu
1 batang serai - dititik
1 liter air
garam / gula / perasa pilihan
4 sudu besar minyak
Bahan tumbuk / kisar:
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar (gantikan 5 biji bawang merah)
3 cm kunyit hidup
3 cm halia
20 biji cili padi
Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk serta serai hingga wangi.
2. Masukkan kaki ayam dan kacau rata.
3. Setelah kaki ayam berubah warna, tambahkan air. Biarkan hingga kuah mendidih.
4. Masukkan labu kundur, dan masak dengan api sederhana sehingga kaki ayam menjadi empuk.
5. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.
Jika sukakan lebih pedas, tambahkan cili padi dalam masakan. Sewaktu makan, boleh picit cili padi untuk lebih pedas.
4 comments
Mana nak cari kundur ni kak amie? Huhu... Di kampung saya, kami biasa buat kari ayam/ikan kembung bersama kundur terutamanya waktu kenduri. Kuahnya biar cair sedikit. Sedap!
BalasPadamsedapnya, if tak keja ni cfrm saya dah cuba resepi ni. bahan semua dah ada
BalasPadamSedapnya makan kaki ayam. Maq suka..
BalasPadamTeringat labu kundur ni orang suka buat manisan.... tak pernah lg dana buat masak sayur gini kak
BalasPadam