Ayam Masak Kicap (Semur)

11:13 PG

Assalamualaikum.
Selamat berhujung minggu bersama keluarga dalam usaha membanteras Covid 19, dengan melaksanakan arahan kawalan pergerakan sehingga 31 Mac 2020. Dengar khabarnya, setakat malam tadi, sudah 8 kes kematian akibat korban Covid 19. Ya Allah Ya Tuhanku... sesungguhnya segala isi bumi dan langit hanyalah milik-Mu jua! Ampunilah segala dosa hamba-Mu yang lalai dan kerdil ini. Sesungguhnya kami tidak berdaya melayan ujian dan musibah yang sedang menimpa ini melainkan dengan usaha dan ikhtiar serta bertawakl pada-Mu ya Allah.
Marilah sama-sama membantu dan bekerjasama mematuhi arahan pihak berkuasa untuk kuarantinkan diri di rumah. Mudah-mudahan usaha ini akan membuahkan hasil. In shaa Allah.
Pagi tadi Encik Suami keluar ke kedai untuk membeli barang keperluan dapur, tetapi nampaknya banyak bahan yang tidak ada. Encik Suami terus ke pasar LD. Dapat bawa pulang sedikit bahan yang diperlukan termasuk buah-buahan yang memang Amie wajibkan 'ada' di rumah untuk anak-anak. Katanya, tomato yang dibeli hanya setengah kilogram kerana harga sudah naik menjadi RM12 untuk sekilogram. Sebelum ini harga tomato antara RM5-RM6 sahaja.

Hari ini Amie belum masak untuk hidangan tengahari. Sementara itu Amie siapkan paparan Ayam Masak Kicap yang Amie masak beberapa hari lalu. Masakan begini memang sangat terkenal dalam keluarga Amie di kampung sanun. Mudah-mudahan keluarga Amie sihat-sihat semuanya dan mematuhi arahan kawalan pergerakan. Maklumlah, Selangor dikatakan negeri tertinggi penularan wabak COvid 19 diikuti negeri Sabah, dan LD pula merupakan kawasan paling tinggi jumlah penularannya. Allahu Akbar!

Berbalik kepada Ayam Masak Kicap atau Semur (dalam bahasa Jawa Ayam Masak Kicap disebut Ayam Semur), Amie kongsikan resepinya di bawah ini. Masakan begini memang selalu disediakan ketika sambutan hari raya, majlis aqiqah, kenduri-kendara yang lain serta dijadikan sebagai salah satu lauk nasi ambeng.
Oleh kerana tidak ada cili hijau atau cili merah, Amie gantikan dengan cili kering yang digoreng terlebih dahulu.

Bahan-bahan:
700 gram daging ayam - potong menjadi 10 bahagian
3 biji kentang - kupas kulit dan belah 4
4 sudu besar kicap pekat
1 labu bawang besar - belah 6
5 tangkai cili kering - potong 2
1 sudu kecil pati asam jawa
1 cawan air
1 sudu besar lada putih - tumbuk
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
garam / gula / perasa pilihan


Bahan tumbuk :
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
2 cm halia
1 sudu makan biji ketumbar
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh jintan manis




Cara:
1. Gaul ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga separuh masak dan ketepikan.
2. Goreng kentang hingga kuning keemasan atau sehingga masak dan ketepikan.
3. Goreng cili kering hingga garing. Angkat dan toskan.
4. Panaskan sedikit minyak. Tumis semua bahan tumbuk bersama kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang sehingga wangi.
4. Masukkan asam jawa, air dan kicap. Biarkan sehingga kuah mendidih.
5. Masukkan ayam dan masak sehingga kuah pekat.
6. Masukkan lada putih dan gaul sebati.
7. Perasakan dengan sedikit garam dan gula, tetapi sekiranya anda menggunakan kicap manis seperti Kicap Cap Kipas Udang (Habhals), tidak perlu masukkan garam dan gula kerana kicap ini sudah cukup rasa.
8. Setelah kuah kelihatan pekat seperti yang dikehendaki, barulah masukkan kentang goreng, bawang besar dan cili kering goreng. Gaul seketika dan segera padamkan api.

Resepi ini diubahsuai mengikut bahan yang ada. Untuk resepi lengkap yang Amie pernah masak sebelum ini, boleh klik di sini: SEMUR AYAM.

0 comments

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe