Sweet 17 Ulang Tahun Perkahwinan

1:05 PTG

Assalamualaikum teman-teman pengunjung yang Amie hargai.  Amie ambil kesempatan berehat tengahari ini untuk berkongsi rasa memandangkan Amie terlibat dengan tugas-tugas mengurus agihan RM100 untuk para pelajar di sekolah hingga ke petang. Berduyun-duyun ibu bapa dan para pelajar datang untuk urusan tersebut dan sememangnya mereka merupakan pelanggan yang perlu diutamakan.  Apa pun sebelum mennyambung tugas pukul 2 petang nanti, Amie dahulukan dengan perkongsian rasa syukur, gembira dan bahagia kerana pada hari ini, 18 November merupakan ulang tahun ke 17 perkahwinan kami. Malam tadi sempat kami mengimbau kenangan manis 17 tahun yang telah berlalu... dan bertepatan pula pada tarikh tersebut (18 November 1994) bersamaan dengan jatuhnya hari dan tarikh yang sama pada hari ini iaitu hari Jumaat malam Sabtu, dengan sekali lafaz di Masjid Kampung Bukit Hijau, Jeram, Selangor, rasmilah  kami disatukan sebagai suami isteri yang sah. Mungkin tarikh dan hari ini dianggap kebetulan sahaja... tetapi kami sungguh teruja dengan ulangtahun perkahwinan yang jatuh tepat masanya dan sungguh istimewa ini!


Memandangkan kesibukan tugas, nampaknya kami sambut sahaja hari kenangan yang penuh kebahagiaan ini dengan penuh rasa syukur ke hadrat Ilahi yang telah memberikan kami rezeki sebagai sepasang suami isteri yang saling melengkapi bersama 3 orang cahayamata. Kami terima seadanya segala kelebihan dan kekurangan diri masing-masing. Tidak dinafikan memang ada pelbagai dugaan dan cabaran yang kami tempuhi sepanjang tempoh perkahwinan kami. Namun, semuanya kami anggap sebagai asam garam kemanisan hidup berumahtangga.


Hadiah? Oh....kami saling memberi dan menerima hadiah..... tapi rahsia tau..... dan sudah semestinya ia merupakan terjemahan erti sebuah kasih sayang dan cinta antara kami. Doakan kebahagiaan kami  bersama anak-anak tersayang dan mudah-mudahan jodoh kami akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin ya Rabbal Alamin.

33 comments

  1. Amin..
    Alhamdulillah..dah 17 tahun hidup bersama..semoga terus berbahagia didamping keluarga..

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum akak amie cayang..
    Selamat Ulang tahun perkahwinan buat akak dan suami.. Tahniah akak.. moga kekal bahagia hingga akhir hayat.. Amin..

    BalasPadam
  3. salam kak amie....alhamdulillah bahagia sampai sekarang...semoga terus berpanjangan hingga akhir nnti....

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah kak. Semoga terus kekal hingga ke Syurga. Amin..:D

    BalasPadam
  5. 17 tahun bersama pasti suka duka diharungi bersama, semoga kekal ke akhirnya amin

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah..dh 17 tahun..semoga Kak Amie sntiasa berbahagia :=)

    BalasPadam
  7. As'salam Amie

    Selamat ulang tahun perkahwinan buat Amie dan suami terchenta..semoga mahligai bahagia kekal bersama hingga kedalam syurga..insya'Allah..aminnn

    Tahniah dari ct buat Amie :)

    BalasPadam
  8. Alhamdullillah.. Selamat Ulang Tahun ke 17. Moga bahagia hingga ke akhir hayat.. Amin

    BalasPadam
  9. Kak Amie cayangggg...selamat hari ulang tahun..mieza doakan semoga kak amie akan sentiasa bahagia di samping suami tersayang..semoga kebahagiaan yang dikecapi hari ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat..insyaAllah...kak, post la gambar kawin dulu2 tu..mesti cun gitu..tahniah kak :)

    BalasPadam
  10. curlastt akak dah 17 thn kawen ekk...menten gituew
    semoga kekal hingga ke syurga hendaknyer...hugs"

    BalasPadam
  11. slm k'amie cayang...tak sangka k'amie sambut 2 hari istimewa pada bulan ini...tahniah kak, selamat hari ulangtahun perkahwinan buat akak dan suami...amin

    BalasPadam
  12. tahniah buat amie serta suami...
    semoga kekal abadi bahagia selamanya bersama cahaya mata....

    BalasPadam
  13. wah..wah...dapat hadiah nak rahsia2 pulak....
    doa ucu dikejauhan...selamat melayari star cruise..moga kebahagian akak n famili berkekalan dan sentiasa berada dalam keberkatan....

    Esok subuh2 bukak pagar ye ada delivery nak antar kek..hihihi..(acah aje..)

    BalasPadam
  14. Selamat berbahagia Kak Amie...semoga kekal hingga ke akhir hayat...amin.

    BalasPadam
  15. Alhamdulillah ,tahniah buat akak ,semoga kasih sentiasa mekar dan berpanjangan

    BalasPadam
  16. Assalamualaikum Amie,
    Happy Anniversary Amie, semuga bahagia hingga ke syurga. Semuga segala doa Amie dimakbulkan olehNYA, insyaAllah, Amin..... akak tumpang bahagia...

    BalasPadam
  17. Smga bebahagia hingga ke syurga.. amin.. happy anivsry amie..

    BalasPadam
  18. Tahniah kak...happy anniversary buat akak dan suami. semoga kekal bahagia hingga ke syurga..insyaAllah..amin:)

    BalasPadam
  19. amie..
    selamat ulang tahun pernikahan buat amie & suami.. doa maklong semuga kalian bahagia.. dunia dan akhirat

    BalasPadam
  20. Selamat menyambut hari ulang tahun yang ke 17 buat Amie,doa dari kak Zai semoga berbahagia dan kehidupan Amie sekeluarga sentiasa dirahmati Allah swt,amin.

    BalasPadam
  21. Assalam amie, maaf terlewat ucap selamat ya. Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke 17, semoga amie bahagi disamping famili tersayang dan semoga kekal ke akhir hayat

    BalasPadam
  22. Alhamdulillah...syukur...selamat hari ulangtahun perkhawinan yg ke 17...
    Doa kak cek...kekal bahagia hingga ke akhir hayat...

    BalasPadam
  23. tahniah Amie... 17 tahun bukan masa yg singkat... syukur kerna berjaya melayari bahtera rumahtangga hingga kini & didoakan dpt meneruskan pelayaran hingga ke destinasi bahagia yg tiada penghujungnya...

    BalasPadam
  24. Amie..
    Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat...

    BalasPadam
  25. selamat ulang tahun perkahwinan kak.. alhamdulillah dah 17 tahun seronok sangat dengar.. moga berbahagia hingga ke syurga

    BalasPadam
  26. Amin... doa kakak mengiringi sama. 17 tahun menganyam hidup bersama moga dipermudahkan dan berkekalan hingga keakhirnya Amie. tahniah dari kakak:)

    BalasPadam
  27. selamat mnyambut u/tahun perkhwinan yg ke 17...semoga kebahagiaan yg dikecapi berkekalan....

    BalasPadam
  28. Acik Erna,
    alhamdulillah....amin...

    Diana,
    Waalaikumusalam dik Diana cayangg.... insya-Allah...amin....

    Liza,
    Alhamdulillah....insya-Allah Taala...

    Asmara,
    Alhamdulillah...mudah-mudahan...aminn...

    Ajumohit,
    betul tu...asam garam rumah tangga tu...alhamdulillah.

    BalasPadam
  29. Yana,
    ya...yana...insya-Allah...

    Ct,
    terima kasih Ct...mudah-mudahan....amin...

    Rinna,
    alhamdulillah....amin...

    Mieza,
    insya-allah dik Miezaa... gambar dah usang dik.. he hehh

    Lady Ayu...
    harap begitulah..maintain selalu...insya-Allah..

    Ida,
    iya dik...2 sambutan pada hari yang berdekatan...alhamdulillah...

    BalasPadam
  30. ilahjy,
    terima kasih....insya-Allah...amin..

    Ucu,
    amboii...siap dari kejauhan lagi...syahdunya doanya tu...mudah-mudahan Allah kabulkan...insya-Allah...aminn...

    Rahel,
    terima kasih dik..insya-Allah..mudah-mudahan Dia mendengar...

    Chik Mimi,
    terima kasih..mudah-mudahan kasih sentiasa mekar...

    WC,
    insya-Allah WC...

    BalasPadam
  31. Wattie,
    terima kasih...sama-samalah kita rasa bahagia...

    Dzana,
    terima kasih dzana...mudah-mudahan Dia memperkenankan doa itu...amin...

    Rosa,
    terima kasih Rosa...insya-Allah, sama-samalah keluarga kita berbahagia...

    CikCek,
    terima kasih banyak-banyak...insya-Allah, Dia Maha Mendengar,....

    Nieza,
    terima kasih dik...amin-aminn...ya Allah...

    Maklong,
    terima kasih Maklong...itulah yang kita cari ya maklong...untukdunia dan akhirat!

    Zaitun,
    terima kasih...terima kasih...amin..amin ya Allah!

    BalasPadam
  32. Madiha,
    terima kasih...memang kita dalam pelayaran...banyak gelombang dan jurang yang dalam, insya-Allah Madiha...kita akan sampai destinasi yang dituju dengan penuh redha Ilahi...amin....ya Allah!

    Ummi,
    terima kasih ya Ummi...mudah-mudahan begitu...amin!

    Juwita,
    terima kasih Ita...mudah-mudahan sampai ke sana...amin ya Allah!

    KakZakie,
    terima kasih banyak-banyak...insya-Allah segalanya dipermudahkan oleh-Nya...amin...amin ya Rabbal Alami..

    MP,
    terimakasih dik...mudah-mudahan Allah perkenankan...amin!

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe