Smoothie Mangga Wani@Kuinin

1:06 PTG

Menu yang sukar untuk ditinggalkan dalam diet harian keluarga Amie tentulah smoothie. Sebelum ini Amie hanya beli dari seorang kawan kerana anak-anak sangat menggemarinya. Kadang-kadang kalau terlambat buat pesanan, kami hanya dapat Smoothie Betik@Papaya, dan anak-anak kurang meminati buah tersebut. Akhirnya Amie putuskan lebih baiklah Amie sediakan sendiri di rumah. Bahan asasnya pun tidaklah susah sangat untuk dicari. Kita boleh ubahsuai sendiri mengikut citarasa. Misalnya kalau buah pilihan kita itu sudah sedia manis, bolehlah kurangkan gula atau tak perlu bubuh langsung. Satu lagi, tentulah untuk menikmati yogurt dengan campuran buah-buahan dan susu segar dalam keadaan yang memenuhi kehendak serta selera keluarga. Khasiat yogurt memang tidak boleh disangkal lagi dan Amie sebenarnya telah mempelajari cara membuat yogurt daripada seorang rakan keturunan India tetapi sehingga kini masih belum berani mencuba. Amie gunakan yogurt asli yang banyak didapati di pasaraya. Hari ini Amie buat Smoothie Mangga Wani (nama yang diberikan oleh masyarakat tempatan, dan buah ini kebanyakannya didatangkan dari Filipina). Amie gunakan sebiji buah mangga wani@kuinin untuk mendapatkan 2 gelas smoothie seperti di bawah ini.


Resepi: Smoothie Mangga Wani@Kuinin
Sumber: Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 biji mangga wani@kuinin - kupas kulit dan potong dadu
60ml yogurt asli
50ml susu segar
1 sudu gula - Amie kurangkan gula kerana mangga ini manis

Cara:
1. Sejukbekukan mangga wani@kuinin selama 4-5 jam.
2. Campurkan mangga wani@kuinin bersama yogurt asli, susu segar dan gula ke dalam pengisar.
3. Kisar hingga halus.
4. Tuang ke dalam gelas dan sedia untuk dinikmati.

Oleh kerana cuaca hari ini sekejap panas dan sekejap mendung.... ia tidak memberi kesan bagi membuat keputusan untuk menyediakan smoothie atau pun tidak. Apabila smoothie sudah terhidang, tidak sampai 5 minit..... habis.....

10 comments

  1. selamat petang Kak Amie..
    waa..time panas sesuai betul dg hidangan ni..nyaman dan segar je kan..

    BalasPadam
  2. Salam Kak Amie, lama tak singgah sini..
    mintak secawan smoothie tu :)

    BalasPadam
  3. Makan smoothie ni Amie guna straw yang besar tu atau sudu je..?

    BalasPadam
  4. salam kak amie: terserdak wani bila baca smoothie mangga wani hihi.. rupanya ada nama lain bagi kuinin ya .. first time dengar ... sedappnya ... hujan2 ni minum smoothie... nyaman walaupun suasana sejuk.. kat sini pun sekejap panas sekejap mendung sekejap hujan ..

    BalasPadam
  5. Amie..acik dah buat strawberriy..anak baru cakap..kalau mangga lagi sedap ni mak..katanya.sekali tengok dah ada disini..terima kasih Amie.

    BalasPadam
  6. Rahel,
    yuppp....nyaman di tekak...slurrppp...slurrrppp..

    Ixora,
    oo.. baru nampak batang hidung dia... he he hhh jom nikmati smoothie...

    Che Mid,
    guna sudu Che Mid... kalau yang pekat, kalau dah cair tu guna straw besar pun boleh...

    Wani,
    orang sini sebut begitulah...ooo..terdengar sampai sana ye...

    Acik Erna,
    smoothie mangga memang sedapppp...!!!! nak cari mangga harum manislah pulak nanti...

    BalasPadam
  7. Kalau musim panas sedapnyaaaa...

    BalasPadam
  8. tak pernah rasa smoothie..tp teringin nak mencuba...

    BalasPadam
  9. Nampak macam puding, kelas gitu...

    BalasPadam
  10. Kak Zaitun,
    memang sedap kalau panas... kenyang pun iye, hilang dahaga pun iye...

    Totie,
    boleh cuba...mudah saja...

    Ummi,
    smoothie tu pekat sikit Ummi...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe