Serunding Daging Rusa

4:23 PTG

Assalamualaikum semua. Jom cuba resepi Serunding Daging Rusa yang Amie buat selama 2 hari! Apa tidaknya, satu hari digunakan untuk merebus dan menyiat dan 1 hari lagi digunakan untuk memasaknya! Kebetulan pula daging rusa yang ditempah sejak Hari Raya Puasa baru dapat beberapa hari lepas selepas Hari Raya Korban. Terima kasihlah buat Cikgu Nordianshah yang berusaha bersungguh-sungguh mendapatkan daging rusa yang segar dan halal dari kampung halamannya di Tawau. Sebenarnya, walaupun orang kata rusa senang diperolehi di Sabah tetapi bukan semudah yang disangka. Kalau dahulu memang boleh dikatakan begitu, tetapi memandangkan haiwan ini di bawah lindungan hidupan liar, bermakna tidaklah sewenang-wenangnya boleh diburu. Syukurlah ada penjual daging rusa ternak, jadi tidakperlu ragu-ragu untuk membelinya. Itu pun, kuantitinya sangat terhad. Alhamdulillah, Cikgu Nordianshah bawakan untuk Amie daging rusa seberat 4 kilogram. Apalagi.... bermulalah kerja-kerja  untuk menyerunding!


Inilah hasilnya Serunding Daging Rusa hasil air tangan Amie selama 2 hari. Amie ikut resepi Kak Ros, iaitu kakak Amie yang memang biasa buat serunding. Nampak kasar-kasar saja rupa paras serunding Amie tu... tapi itulah maksima kemampuan Amie dalam hal serunding ini. Bermula pada pagi Sabtu, Amie rebus daging rusa hingga empuk dan kemudian toskan airnya. Oleh kerana Amie memang tahu kerja paling rumit dan membosankan tentulah menyiat daging, jadi Amie hanya rebus 3 kg sahaja. Apabila daging agak sejuk, Amie pun mula menyiat.... seorang dirilah Amie duduk di dapur. Penat duduk di kerusi, turun ke bawah duduk bersila pula. Anak-anak tak ada yang mahu tolong, masing-masing ada urusan sendiri. Syukurlah ada Radio Klasik Nasional sebagai peneman Amie di dapur. Nampaknya Amie terpaksa menyimpan daging yang disiat ke dalam peti sejuk dan terpaksa sambung keesokan harinya memandangkan agak lama juga Amie mengerjakannya.....


Inilah rupa daging rusa yang sudah siap disiat. Ada yang halus ada yang kasar. Seronok juga buat benda begini kalau ramai-ramai.... yang tak seronoknya Amie buat seorang! Wokey.... sekarang kerja memasak akan dimulakan. Kita semak bahan-bahan yang digunakan. Amie ikut cara Kak Ros masak serunding. Opppps! Kena guna kuali saiz besar ye.... supaya mudah untuk mengacau dan 'membeberkan' serunding yang  masih basah.


Bahan-bahan:
3 kg daging rusa - rebus hingga empuk dan siat-siat halus
4 cawan santan pekat
1/2 cawan serbuk kari daging
150gram gula Melaka
garam secukup rasa
3 keping asam gelugur
minyak

Bahan kisar:
20 biji cili kering
10 batang serai
5cm halia
5cm lengkuas
20 biji bawang putih
3 labu bawang besar
1 genggam ketumbar biji - sangan
1 genggam jintan putih - sangan
1 genggam jintan manis - sangan

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar, asam gelugur, dan serbuk kari sehingga pecah minyak.
2. Masukkan gula Melaka dan garam. Kacau sebati.
3. Masukkan daging rusa dan gaul rata.



5. Masukkan pula santan pekat. 


6. Gaul rata dan pastikan api tidak terlalu kuat supaya serunding tidak mudah hangus serta melekat di dasar kuali.
7. Setelah serunding menjadi kering dan garing, bolehlah angkat.


Inilah rupa serunding yang sudah kering dalam kuali. Amie tidak sempat kira berapa jam Amie masak serunding atas dapur sebab kalau penat, Amie tutup api, tinggalkan dapur sebentar untuk berehat. Kemudian Amie sambung lagi. Lebih kurang 3 kali Amie berhenti rehat. Akhinya siap juga!


Bolehlah cuba sedikit makan dengan nasi himpit! Kak Ros kata kalau serunding kasar-kasar begini namanya serunding tali... he hehehh macam tali rafia. Jom makan sama.

32 comments

  1. Selamat petang Kak Amie
    hem rajinnye dia buat serunding..sedap ni makan ngan nasi pulut...emm menyelerakan.

    BalasPadam
  2. Assalam amie, wah sekali oder 4 kg, byk tu, berapa sekilo amie, mesti mahal tu, kita ni usahkan seruding dgg biasa pun tak pernah mkn, mesti rasa berbezakan dari dgg lembu

    BalasPadam
  3. x pernah mkn lagi serunding daging rusa ni....tapi daging rusa masa sekolah biasa mkn sekali....teringat masa kat mesia bila raya umi nk buat serunding kami adik beradik perempuan la yg kena dok menyiat....buhsan gak kalo berkilo2 nak buat khen...but best biler reramai buat siap blh sembang2 lagik.

    BalasPadam
  4. wah serunding daging rusa lagi tu, susah nak dapat ni kak..

    teringat dulu masa kecik selalu tolong mek siat daging buat serunding ni.

    BalasPadam
  5. Tak pernah makan daging rusa... aoalagi yang dibuat serunding... Tapi nampak menyelerakan sungguh.. cantik, berminyak!

    BalasPadam
  6. Adoiyai!...rajinnya buat serunding daging...daging rusa lagi....daging lembu pun kak cek tak terbuat...sedapnya kalau dapat makan ni...:D...nak buat sendiri tak cukup rajin...

    BalasPadam
  7. Rahel,
    memang sedap makan dengan nasi pulut... tapi kena makan pulut sikit je...anginlaaa...

    Rosa,
    kalau order dengan orang kampung yang memburu di Lahad Datu biasanya dapat sekitar RM15, tapi Amie order dari Tawau, kalau di pasar (rusa ternak sekitar RM23-25) per kg.... lembut sikit dari lembu.

    Lady Ayu,
    memang seronok siat ramai-ramai, sambil sembang-sembang, cepat siap pun iye... nak makan sejkejap aje ye Ayu...

    BalasPadam
  8. Qema,
    sesekali ada juga dapat daging ni, tapi kena tempah & sabar menanti...

    Norlie,
    betul tu, tapi kalau ada kenalan yang suka memburu, selalu juga dapat..

    Kamariah,
    lebih kurang dengan daging lembu, tapi lebih lembut sikit...

    Cik Cek,
    puas hati buat sendiri Cik, walaupun penat tapi berbaloi sebab serunding tu dah kering garing dah tahan lama.... (he hehehhh sebenarnya anak-anak siang malam makan..... dah nak habis pun,lariss)

    BalasPadam
  9. sedapnya kak tgk serunding ni..terliur sudah. kat sini byk daging rusa tapi lum jumpa yg halal lagi.

    BalasPadam
  10. wow sedapnya daging rusa..dah lama betul akak tak makan daging rusa ni.biasa di nismilan ni diorang buat rendang atau masak lemak cili padi..terror betul amie dok menyiat daging sorang2...tentu mengantuk tu kan?.

    BalasPadam
  11. Nieza,
    betul tu dik, memang kena cari yang halal...

    Kak Anim,
    alhamdulillah tak ngantuk kak... sebab menyiat sambil nyanyi di dapur dengar klasik nasional.... he hehehhh

    BalasPadam
  12. akak saya pulak yg terasa letih bila tengok part melerai daging tu..hehehhe....saya serunding suka makan tapi nak buatnya tu yg tersangat lah malas...kekekke

    BalasPadam
  13. Kak Amie sayangggg...kesiannya kak amie menyiat daging rusa sorang2..kalau umah kita dekat mieza nak datang membantu..boleh belajar sekali..kalau kat sini daging rusa mmg payang nak jumpa lah..tapi serunding daging memang banyak..lama tu nak masak serunding..mieza pasti hasil air tangan kak amie ini mesti sedap..tak sabar nak tunggu ketibaan postor nyer..makan dengan roti masa bekpes pun sedap ni kan kak..terima kasih kak amie...muah muah muuuahhhsss!

    BalasPadam
  14. Kesiannya Amie penat sorang2, kenapa tak ajak ummi tolong, hehe..Sedap betul tu Amie, ummi tak pernah makan tapi orang kata daging rusa ni sedap..

    BalasPadam
  15. wah..dagingg rusa tu..mesti lenguh buat serunding kan..xpe la..hasilnya sodap..
    Alhamdulillah..setakat ni sume sihat kak amie..

    BalasPadam
  16. kak amie, saya kan dah lama sangat dok teringin nak makan daging rusa, tiap kali akak post resepi daging rusa, macam nak terkam kat skrin ni tau... salam kenalan ya!

    BalasPadam
  17. Tak pernah mkan serunding daging rusa...Daging rusa pun jarang2 jumpa...
    tentu sedap....kalau saya, mmng tak snggup nak myiat daging tu sorang2...

    BalasPadam
  18. salam kak amie...kalau dekat niliza dah terjah dah umah akak mintak sepiring serunding tu....mst sedapkan, tmbah pulak guna dgg rusa.....Liza malas nk buat serunding, bab nak menyiat dgg tu yg malsa tp mkn suka....hihihihi

    BalasPadam
  19. kena banyak bersdabar buat serunding ni kan? kat tempat bundo ni memang susah nak dapat daging rusa.

    BalasPadam
  20. Quinnie,
    memang perlu sabar dan tekun untuk menyiapkannya...

    Mieza,
    inilah salah satu pilihan ole-ole kalau nak balik semenanjung, tapi tak semestinya nak balik sana baru nak buat...

    Ummi,
    lain kali Amie panggil Ummi datang rewang ye...

    Nora,
    kalau rasa lenguh, berhenti kejap...lepas tu sambung semula...akhirnya siaplah, cuma kena sabar dan pelan2...

    BalasPadam
  21. Cheq Sue,
    insya-Allah ada rezeki suatu hari nanti Cheq Sue dapat merasa juga....

    MP,
    kakak memang dah biasa buat sorang2 kerja menyiat ni MP, tapi lain kali nak panggil MP pulak datang rewang menyiat daging rusa untuk serunding akan datang.... he heheh

    Liza,
    marilah datang sini.... boleh tapau...

    Ibundo,
    memang kena sabar ..tu sebab makan masa lama sikit sampai 2 hari... kalau buat sekali harung, siat dan masak... mahu pengsan di buatnya he heheh

    BalasPadam
  22. Assalam kak Amie,mak aii 3kilo akak carik sesorang,kalo sy mau ngantuk kat situ,sekilo pon bercinta nak abiskan kak,nih kan pula 3kg kak,sekali jer pernah sy wat serunding nih,pastu mls dah,sbb nak carik2 tuh yg malas.Murahnyer kak 23 hingget jersekg,lbh kurang rega daging lembu btg pinang kat sini lah..

    BalasPadam
  23. As'salam Amie

    Alhamdulillah..dapat juga makan daging rusa tu ya. ct ni daging rusa tak pernah makan lagi Amie. setakat ni daging kuda pernah makanlah sebab itu yang paling ct suka makan. pas makan mula ler naik panas satu badan..hahaha

    Rajin betul Amie menyiat2 daging tu, kalau ct harus upah orang lah nak membuatnya. mana larat nak buat sorang2 kan..letih naik kejang kaki..hehehe. Kalau dapat rasa sikit ehh..salah cakap, rasa banyak kan sedapppp!...hahahashetr

    BalasPadam
  24. Rajin betul Amie memasak begitu lama tapi berbaloilah tentu sedap rasa dia kan.

    Kak Zai belum pernah makan daging rusa apalagi serundingnya.

    BalasPadam
  25. hihihi..walaupun dah tertinggal bas..tpi stok serunding mesti ada lagi kan...bungkuskan sekilo..

    kenapa tak calling2 dulu kt ucu..nanti ucu datang bawak rakyat jelata tolong siatkan....
    lama menyiat tu bunga2 kt tapak tangan ada lagi tak..?hehehe..

    BalasPadam
  26. sedapnye kak ami..sy kalo dpt daging rusa ni xnak buat serunding,nk mkn puas2 dulu br buat serunding..bukan senang nk dpt dgg rusa ni..

    rela buat serunding ikan,ayam @ daging lagik..hehe

    BalasPadam
  27. Sedapnya nampak serunding daging rusa tu.

    Kak ani selalu juga dapat daging rusa ni bila adik yang bekerja di KK balik. Selalunya kalau bawa daging rusa kena naik MAS. Air Asia tak boleh.

    BalasPadam
  28. Dana,
    memang bosan, tu sebab bahagi 2 fasa... fasa pertama menyiat, fasa kedua memasak... amacam?

    CT,
    makan daging kuda? wah...! hebatnya!... siapalah nak ambil upah siat daging ni Ct, anak-anak pun tak mau... he he hehh takpelah, sambil menyiat sambil melalak di dapur, kalau penat berehat kejap lepas tu sambung balik... akhirnya siap juga.

    Kak Zai,
    sesekali kena rajin... buatnya pun beberapa tahun sekali, itupun kalau ada daging rusa segar..., memang suka buat serunding sebab kurang minat dagingnya kecuali kalau dibuat sate..

    BalasPadam
  29. Ucu,
    siat ekspress style tau... takde tinggal bunga-bunga di tangan...., nak sekilo ye... boleh...

    Nens,
    buat serunding ikan & udang lebih senang ye Nens....

    Kunang-Kunang,
    bawa daging rusa mentah ye...pernah juga dulu sekali masa naik MAS tapi lepas tu tak berani bawa sebab kena tahan polis airport

    BalasPadam
  30. papa mifz tak ponah makan daging ruso lagi...

    BalasPadam
  31. Salam Kak Amie..Wahhhhhh..hebat betul kak Amie kerjakan serunding 3kg tu sengsorang..Kalo saya, nangis leeee.....

    Serunding makan ngan pulut best ni.....

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe