Potato Wedges & Cream of Mushroom Soup

11:21 PG

Selamat pagi semua. Eh.... masih pagi ke ni....di luar sinaran matahari terik memancar, pakaian di jemuran pun sudah mula mengering. Ibu-ibu di dapur mungkin sudah ada yang bersiap-siap untuk menyediakan hidangan tengahari. Amie.... he he hehhh baru ada kesempatan untuk menghidangkan menu sarapan pagi ini buat rakan pengunjung setia ke Amie's Little Kitchen. Amie belum berkira-kira untuk menyediakan menu tengahari memandangkan perut kami anak beranak masih lagi kenyang dengan pelbagai jenis sarapan pagi tadi.


Amie sediakan Kentang Wedges@Potato Wedges. Kali ini Amie goreng gunakan Tepung Goreng Pisang Adabi dan bukannya bancuhan tepung gandum, tepung jagung, serbuk lada hitam dan serbuk ENO seperti yang Amie selalu buat..... tapi lada hitam dan serbuk ENO masih digunakan dalam resepi ini. Bukan apa.... Tepung Goreng Pisang Adabi yang ada sebungkus dalam almari dapur tak pernah disentuh... nanti sampai tarikh luput, masuk tong sampah.... membazir pula. Baik gunakanlah untuk cuba-cuba goreng kentang ......


Permintaan anak-anak juga dapat dipenuhi dengan hidangan Cream of Mushroom Soup dan juga roti panggang. Anak-anak pun rajin cuci perut awal pagi dengan jus mangga hasil air tangan Amie. Di bawah ini Amie kongsikan resepi Potato Wedges yang menggunakan Tepung Goreng Pisang Adabi.


Resepi: Kentang Wedges
Sumber: Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
7 biji kentang - buang kulit dan potong wedges
1  1/2 cawan Tepung Goreng Pisang Adabi
1 sudu teh lada hitam - tumbuk
1 sudu teh serbuk ENO
1 sudu teh serbuk pati ayam
air secukupnya
minyak

Cara:
1. Rebus kentang dengan secubit garam sehingga lembut. Angkat dan toskan.
2. Campurkan kesemua bahan seperti tepung, serbuk lada hitam, serbuk pati ayam, serbuk ENO dan bancuh bersama air. Kacau sebati mengikut kepekatan pilihan masing-masing.
3. Celup kentang rebus tadi ke dalam adunan tepung dan goreng dalam minyak panas dan tenggelam.
4. Apabila kentang goreng berubah kuning keemasan, angkat dan toskan minyak.
5. Sedia dihidangkan bersama sos pilihan.

25 comments

  1. kak, sy ada jual jalapeno cheese powder..sedap la kalau nak cicah dgn potato wedges tu

    BalasPadam
  2. Pen Biru,
    ...oooh ya...terima kasih sudi kongsi maklumat itu...tengoklah nanti kalau kakak berminat nak beli, nanti kakak bagitau ye ..

    BalasPadam
  3. Assalam Amie, salam maal hijrah, moga sentiasa semakin baik dalam hayat yg mendatang.... Amboii bekfes ala2 mat saleh hari ni yea... :))

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum akak amie cayang..
    wah nampak sedap sesgt ler tgk potato wedges tu akak... geramnye diana tgk.... sedaaap2!!

    BalasPadam
  5. bestnya dapat resepi kentang wedges, ummi kalau ke KFC memang suka sangat kentang wedges ni, nanti ummi cuba ye Amie, nampak sedap sangat tu..

    BalasPadam
  6. ucu pun mlm tadi buat potato wedges tp dek kerana malas nk buat bahan2, ucu guna tepung goreng adabi (ayam) jer...celup terus goreng..pastu ngap..ngap...

    BalasPadam
  7. Kak Ummi,
    waalaikumussalam ....salam maal hijrah,
    sekali-sekala tukar warna mata cokelat jadi mata biru kak.

    Diana,
    waalaikumussalam Diana cayanggg...
    jom makan sama Diana.

    Ummi,
    suka-suka aja ni Ummi...buat rangup2 sikit...

    BalasPadam
  8. Ucu,
    apa-apa pun boleh buat ye Ucu... yang penting ada kemahuan, semua jadi sedap!

    BalasPadam
  9. salam Amie..bestnya klu sekali sekala bersantap ngan menu 'omputih' ni kan? ;D

    BalasPadam
  10. Potato wedges memang kesukaan kite..cicah ngan sos cili n mayonis je...

    BalasPadam
  11. Azatie....
    betul tu Atie... menu di negara kita ni lengkap, kulit putih, gelap, berwarna...semua ada... itu yang bestnya!

    Rahel,
    anak-anak pun suka cicah dengan sos cili & mayonis berbanding dgn pencicah lain...

    BalasPadam
  12. Tpg grg grg pisang adabi ada tp ENO xde jd ke klu nak buat resepi k.amie ni...;)

    BalasPadam
  13. syoknyer jd anak akak
    boley request nk mkn apa jer ngeee

    BalasPadam
  14. wah mesti lebih sedap mempelbagaikan resepi kan! :D

    BalasPadam
  15. sy pernah try buat potato wedges ni guna tepong gandum,tp x jadi..nnt nk try pakai tepung adabi ni la..hehe

    BalasPadam
  16. E-na,
    takde ENO pun boleh...sebenarnya ENO tu resepi kakak ipar, campur tepung gandum & tepung jagung, hasilnya memang rangup...

    Lady Ayu,
    kadang-kadang je Ayu.... he he hehh selalunya ikut kepala ibunya aje...

    Asmara,
    cuba-cuba saja Asmara....bolehlah kalau untuk makan keluarga.

    Nens,
    tepung gandum pun ok tapi campur sebahagian dengan tepung jagung untuk lebih rangup tambah ENO, pakai tepung goreng pisang ni sebenarnya dah terlebih rangup... he he hehhh

    BalasPadam
  17. Assalamualaikum Amie,
    Kalau sarapan cam ni hari2 pun takper, mesti berebut sakan anak2 kat rumah. Ubi rebus ngan sambal tumis pun best la, dok tunggu ubi dikebun membesar baru leh sarapan ubi kayu ni, bila la agaknya ya...

    BalasPadam
  18. uishh sedapnya mashroom soup tu kak amie, pekena ptg2 ni mmg terbaeekk

    BalasPadam
  19. Wattie,
    sekali-sekala saja ibunya sempat sedia sarapan untuk anak-anak... memang anak-aak berebut...

    Aju,
    suka sup mushroom ye Aju...anak-anak pun suka!

    BalasPadam
  20. Assalam Kak Amie, sedapnya menu akak ni..mushroom soup tu my fav tu...suka bangat:)

    BalasPadam
  21. salam maal hijrah ya amie.
    akak suka makan wedges dgn jalapeno cheese tu.ala2 berada di KFC rasanya.hehe
    potato wedges amie ni buat akak teringat2, terkenang2 rasa mcm nak buat juga..huhu

    BalasPadam
  22. sedapnya kak makan wedges ngan sup cendawan....lama betul tak buat wedges ni...malas nak kupas kentang..kekeke

    BalasPadam
  23. Kak Amie..mieza suka potato wedges..babysitter mieza dulu2 pernah ajar mieza kalau nak sedap buat wedges ni masukkan nasi yang diblend halus ke dalam bancuhan tepung..dan juga gunakan rempahan masakan cap rose..rempah tu byk di jual di terengganu...jadi mieza kirimla kat dia bila dia nak blk kg..mmg sedap dan rangup walaupun dah sejuk...nanti bila mieza ada rempah rose tu mieza tunjukkan kat akak...tapi kalau nak cepat, rempah adabi tu mmg pilihan yg tepat..baunya harum :)

    BalasPadam
  24. Nieza,
    sedap hirup suop mushroom di musim sejuk ye Nieza..

    Kak Anim,
    Amie belum jumpa lagi jalapeno cheese tu Kak Anim, memang sedap agaknya sebab Pen Biru pun cadangkan juga..

    Quinnie,
    menu begini anak-anak suka dik, tu pasal kena merajinkan diri mengupas kulit kentang...hi hi hiii

    WC,
    anak-anak memang suka menu beginikan WC... cuma kita kena rajin atau tidaklah nak sediakan.

    Mieza,
    ooo... banyak jalannya nak buat kentang wedges ye Mieza... memang kalau dah nak buat, apa yang ada sajalah... he he hehh termasuk tepung goreng pisang adabi...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe