Ikan Jelawat @ Sultan Panggang - Amie ke Lembah Danum

9:13 PTG

Entah berapa lama mengidam makan ikan jelawat! Akhirnya bertemu juga dengannya di Cold Storage Green Apple Lahad Datu. Ikan ini datangnya dari Sarawak dan memang tercatat namanya sebagai Sultan Fish. Tentu Ummiross@Salam Borneo biasa makan ikan sultan@jelawat ini di Sarawak. Resepi apa agaknya yang sesuai dan enak untuk ikan sultan ya Ummi? Amie sediakan hidangan ringkas sahaja memandangkan hari ini Amie kesuntukan masa sibuk membeli-belah pelbagai persiapan untuk ke Lembah Danum. Amie panggang saja ikan jelawat@sultan dengan bertemankan sambal belacan dengan mangga serta ulam-ulaman. Macam biasalah....ulam-ulaman Amie tidak lari dari lobak merah celur, anak jagung celur, bendi celur dan kacang peas celur. Nampaknya resepi kali ini sampai masanya untuk dihantar ke Kuching... ke rumah Ummiross! Biarpun mungkin Ummi sudah terbiasa makan ikan sultan, tapi yang ini hasil air tangan Amie ye Ummi... he hehehh ikan sultan dari Sarawak dibawa ke Sabah, sekarang ikan sultan kembali semula ke Sarawak...


Bahan:
1 ekor ikan jelawat@sultan- bersihkan dan kelar-kelar
  3 biji bawang putih
1.5cm halia
1/2 sudu lada putih
1/2 sudu serbuk kunyit
minyak bijan - pilihan anak Amie
daun pisang / daun kunyit alas memanggang
1/2 sudu teh pati asam jawa
garam

Cara:
1. Tumbuk bawang putih, halia dan lada putih.
2. Gaul bersama garam, serbukkunyit dan pati asam jawa.
3. Lumurkan kesemua bahan di atas ke seluruh badan ikan.
4. Panggang ikan hingga masak.


Untuk Sambal Belacan Dengan Mangga pula, Amie tumbuk 7 biji cili padi bersama  3 biji bawang merah serta sedikit belacan. Campurkan secubit garam dan gula. Gaul bersama buah mangga cincang. Jika suka lebih masam, bubuh jus limau kasturi atau limau nipis. Amie lihat si dia makan sampai berpeluh-peluh. Amie tanya, pedas sangatkah sambal? Tidak, katanya. Tapi itulah...... setiap kali Amie hidangkan ikan panggang mesti habis berpeluh-peluh seluruh mukanya ketika dia makan.



Esok pagi kami dijangka bertolak ke Lembah Danum yang terletak di Hutan Simpan Ulu Segama Malua. Hutan ini merupakan hutan simpan kerajaan negeri yang berstatus Kelas Satu dan  dilindungi daripada kegiatan pembalakan. Di Lembah Danum yang seluas 43,000 hektar itu, terletak sebuah Pusat Pemuliharaan dan Pusat Kaji Selidik Danum, kira-kira 83 kilometer ke Barat Daya Lahad Datu. Lembah ini merupakan kawasan habitat semula jadi hidupan liar yang hampir pupus seperti beberapa ekor badak sumbu Sumatera, orang utan, ungka, kancil, harimau bintang serta sebanyak 270 spesies burung telah direkodkan kawasan hutan simpan ini. 

Amie tidak mahu melepaskan peluang keemasan untuk mengikuti Program Pendidikan Khas Alam Sekitar yang hanya terbuka kepada semua sekolah rendah dan menengah Daerah Lahad Datu, Kunak, Tungku dan Kota Kinabatangan ini. Oleh kerana telah menunggu bertahun-tahun lamanya, dan terhad kepada 25 orang peserta termasuk murid dan guru pengiring, terpaksalah Amie korbankan Hari Raya Aidil Adha tahun ini dengan berhari raya di dalam hutan. Rasa sangat teruja untuk masuk ke dalam hutan yang menjadi pusat penyelidikan dari seluruh dunia ini..... jadi setakat ini dahulu celoteh Amie untuk kali ini ye... Amie perlu tidur awal sebab esok pagi akan melihat dunia baru....dunia hutan tertua di dunia! Jumpa lagi....dan Selamat Menyambut Aidil Adha.

15 comments

  1. Selamat 'meneroka' hutan ye amie :)
    sedappnya kan jelawat tu ...makan pula dgn ulam2an...perrghh

    BalasPadam
  2. Assalam Amie..tak pernah tau pulak ikan jelawat ada nama lain.ia itu ikan sultan..

    BalasPadam
  3. baru semalam berjaya masak ikan jelawat ni 4 the1st time.. heheh mmg sedaplaa ikan ni.. tq ek.. nnt ain cubalak resepi amie ni...

    BalasPadam
  4. mana aci k'amie..asyik tayang lauk sedap2 ni..dh la kt sini tak der ikan jelawat ni...have a nice trip ye kak

    BalasPadam
  5. Salam kenal kak amie....sedap ikan jelawat bakar tu....
    jemput ziarah blog liza yer..Liza follow akak...

    BalasPadam
  6. Selamat pagi Kak Amie..
    betul2 tak tahan tengok ikan dalam pinggan tu...macam nak terkam jew..menyelerakan betullll..ehhh..

    BalasPadam
  7. ikan sultan..ikan mahal..
    tak pernah makan pun..

    BalasPadam
  8. Kak Amie..waaaa baru hari ni sempat curi masa jap di waktu lunch untuk BW ke blog akak..rindu kat Akak muah muah muahhhhs

    Akak, ikan jelawat ni jenis yg banyak tulang mcm ikan terubuk tu kan? walau[un byk tulang tp isinya lemak..sedap! cuma kalau nak suap anak2 lambat la skit sebab nak kena asing tulang dulu...tapi mieza mmg suka jenis yg panggang mcm ni..tulang byk pun tak per hehehe

    BalasPadam
  9. sedapnya...

    lapar balik dah ena ni kak.. heheh

    BalasPadam
  10. kak amie mmg suka kasi ayu terlioq ni....rindu nak makan gini....nak blk mesiaaaaaaaaa

    BalasPadam
  11. kak amie..bila saya tengok rupa2 ikan yg akak duk tayang ni..rasa mcam semua nya rupa ikan terubuk...hheheheh...tak tau penah makan ke dak ikan jelawat ni..hehhehe

    BalasPadam
  12. selamat hari raya aidil adha amie.. take care yer.. selamat menikmati keindahan di lembah danum yer..

    BalasPadam
  13. Kak amie... Terliurnya sy tgk, have a nice trip kak...

    BalasPadam
  14. selamat hari raya kak amie...baguslah kak amie ni..masih lagi aktif..kalau guru2 kat tempat nani, jarang yang ada family ni bersemangat macam ni..masing2 nak lepaskan kepada guru2 bujang...

    kecur liur tau tengok sambal tu...cicah ikan tu sedap nye...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe