Menginap Tiga Malam di Portola Arabia Hotel Banca Aceh
7:33 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Kami daftar masuk ke Portola Arabia Hotel pada pukul 9:35 minit malam waktu Indonesia. Bermakna di negara kita sudah pukul 10:35 minit malam.
Portola Arabia Hotel, ada juga yang menyebut Portola Grand Arabia merupakan hotel tiga bintang, kategori kelas bajet yang terletak di Banda Aceh. Hotel ini beroperasi sekitar pertengahan 2010-an dan popular untuk pelancong yang inginkan lokasi di pusat bandar.
Terletak di Jalan Khairil Anwar No.55, Banda Aceh (23122) dan mudah untuk berjalan kaki ke beberapa tempat makan, pasar dan berhampiran juga dengan Masjid Raya Baiturrahman.
Kemudahan utama.
WIFI percuma turut disediakan.
Hotel ini sesuai untuk mereka yang mencari penginapan ekonomi tetapi selesa, dekat dengan kedai kopi dan tempat makan tempatan. Tempat ini merupakan pilihan popular untuk backpacker, pasangan atau penginap singkat.
Sebenarnya badan masih letih melalui perjalanan panjang, jadi apabila ternampak katil memang tidak sabar untuk rebahkan diri dan luruskan kaki. Oleh kerana kami sudah menunaikan solat jamak di Masjid Jami' Baiturrahim, jadi hanya perlu bersihkan diri dan menukar pakaian sahaja sebelum tidur.
Sarapan bermula pada pukul 6:30 pagi dan Pak Arman akan datang mengambil kami pada pukul 8:30 pagi. Jadi tidaklah perlu tergesa-gesa untuk bersiap. Lagi pun kami tidak berpindah hotel kerana selama berada di sini kami menginap selama tiga malam di tempat yang sama.
Alhamdulillah. Ada sejadah dan al-Quran.
Secara keseluruhannya, tempat penginapan kami memang ringkas dan seadanya sebagai hotel taraf tiga bintang di Banda Acheh.
Gambar di atas merupakan pemandangan di hadapan Hotel Portola Arabia. Pak Arman telah memberi penerangan panjang lebar susur keluar masuk hotel, dan sekiranya kami mahu bolehlah pada sebelah malam berjalan-jalan di sekitarnya. Banyak kedai dan tempat mengopi ada di situ. Sayang sekali setiap kali kami bercadang hendak keluar, setiap kali itu jugalah dibatalkan kerana setiap malam hujan tanpa henti dari siang! Jadinya, walaupun menginap selama tiga malam, namun tidak sekali pun kami berkesempatan untuk keluar shopping di sekitar hotel!
1 comments
Uncle dah 2 kali sampai Banda Aceh..Kali pertama dulu kesan2 tsunami masih kelihatan lagi...
BalasPadam